Sejujur mana PAS

Tinggalkan komen

Idea kerajaan perpaduan adalah idea Dato Seri Hadi Awang. Sebagai Presiden PAS beliaulah yang mengemukan idea tersebut. Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak menyambut baik mana-mana cadangan yang difikirkan baik untuk rakyat, untuk perpaduan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Pun begitu setelah Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa berhempas pulas mempertahankan idea mereka sendiri yang ditentang oleh Dato Nik Aziz, seluruh DAP dan PKR, kita UMNO pula yang dipersalahkan. UMNO juga yang diperdajalkan.

Cukup-cukuplah, rakyat sudah nampak kini siapa yang jujur siapa yang tidak. Ingatlah bukan UMNO yang memulakan idea kerajaan Perpaduan. Ini idea PAS, idea kumpulan Hadi Awang. Amatlah tidak adil bila UMNO yang dipersalahkan. Seharusnya PAS dan Hadi Awang sendiri yang harus menyalahkan diri sendiri.

Ada baiknya jika Hadi Awang berundur dari kerusi Presiden PAS. Ini kerana telah terbukti Hadi Awang ditolak oleh org2 PAS sendiri dan pakatan pembangkangnya.  Hadi Awang jelas merupakan seorang Presiden PAS yang lemah.

Dalam UMNO sendiri, bila berlaku perkara yg sedemikian, Presiden UMNO yg ideanya ditolak akan mengundur diri. Begitulah yang dilakukan oleh Dato’ Onn Presiden UMNO yang pertama, dan Tun Abdullah, Presiden UMNO yg ke-6.

Kerana raba-meraba

Tinggalkan komen

Kes raba-meraba biasa berlaku dalam keadaan yang sesak. Lelaki biasanya dikaitakan sebagai peraba, manakala wanita pula sebagai yang kene raba. Mengapa kes raba boleh berlaku? Salah satu sebabnya adalah kerana ransangan nafsu yang diperolehi secara visual ataupun bau yang memberikan tafsiran pada mental untuk menggerakkan anggota seperti tangan untuk memegang bahagian tertentu individu yang lain.

Sebelum anggota badan diaktifkan, mental peraba telah membuat penilaian terperinci dengan keadaan semasa. Dalam hal ini keadaan yang sesak memberikan satu kesempatan pada siperaba untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dengan perbuatannya.

Di Jepun khabarnya, golongan wanita telah meminta untuk diwujudkan coach khas untuk wanita demi untuk mengelak dari diraba. Golongan lelaki juga turut meminta agar diwujudkan satu coach khas untuk lelaki sahaja, untuk mengelakkan diri dari dituduh meraba. Ini kerana terdapat kes-kes tuduhan palsu tetang lelaki meraba.

Nampaknya kalau nak berlaku adil memang kena wujudlah coach berasingan untuk lelaki dan perempuan.  Tapi boleh jadi juga yang perempuan itu diraba oleh perempuan juga. Dan lelaki itu diraba oleh lelaki juga. Dunia akhir zaman macam-macam boleh jadi. Samalah dengan kes Dato’ Seri Anwar dengan bekas “coffee boy” nya Saiful Bukhari. Kes bakal disebut dimahkamah pada 1 Julai ini.

Apa pun, janganlah diamalkan perbuatan meraba ini, baik antara lelaki-perempuan, perempuan-lelaki, perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki.

Kerajaan Perpaduan

Tinggalkan komen

Kerajaan perpaduan adalah satu ilham yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Ia adalah satu cadangan untuk membentuk satu kerjasama antara PAS dan parti-parti politik lain, selain dari PKR dan DAP.

Ia menjadi isu hangat diantara pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan juga pemimpin-pemimpin PKR. Isu tersebut mula menjadi hangat apabila rahsia pertemuan diantara tokoh-tokoh PAS yang diketuai oleh Tim Presiden Nasaruddin Mat Isa dan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah tersebar.

Pertemuan tersebut telah menyebabkan Dato’ Nik Aziz hampir merajuk dan berpatah arang dengan Hadi Awang. Demi meredakan ketegangan didalam pihak PAS sendiri, istilah yang pada mulanya dikenali sebagai Muzakarah, telah ditukar kepada Muqabalah.

Dikalangan parti politik lain, UMNO menyambut baik cadangan tersebut. Namun MCA membantah keras atas dengan alasan yang berbaur prejudis dan perkauman.

PKR dan DAP juga turut membantah. Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Hadi Awang dan PAS dengan kenyataan bahawa PAS hanyalah sebuah parti yang menang kerusi parlimen paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Satu perkara yang Karpal juga agak terlepas pandang ialah, walaupun jumlah kerusi PAS paling sedikit, jika PAS menarik balik kesemua kerusinya, 1/3 kekuatan pakatan DAP-PKR-PAS turut terjejas. Ini kerana perbezaan kerusi diantara mereka hanya sedikit.

Malahan beberapa orang tokoh terkemuka PAS turut membantah. Selain dari bantahan oleh Nik Aziz, nada yang sama turut dilaungkan oleh bekas Naib Presiden PAS Husam Musa. Ia menjadi pendorong bagi Husam Musa untuk mencabar sekurang-kurangnya Nasharuddin Mat Isa sebagai Tim Presiden. Namun Husam tewas dalam pertandingan tersebut.

PKR akan menghadkan tempoh jawatan Presiden

Tinggalkan komen

PKR dilaporkan akan mengadakan satu persidangan khas untuk menggubal perlembagaan parti tersebut. Isu utama yang akan dibentangkan ialah menghadkan tempoh jawatan Presiden parti, membolehkan semua ahli mengundi untuk menentukan penyandang jawatan utama parti dan menambah jumlah Naib Presiden dari lima kepada tujuh, dengan tiga daripadanya adalah lantikan dari presiden.

Langkah tersebut amat dialu-alukan, malah ia juga akan memberikan persepsi bahawa PKR mengamalkan demokrasi pada tahap yang lebih tinggi dari mana-mana parti politik di Malaysia.

Pun begitu, didalam PKR jawatan Presiden bukanlah jawatan tertinggi didalam parti. Ini kerana jawatan tertinggi parti ialah jawatan Penasihat AM parti yang disandang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Jikalau PKR membubarkan jawatan Penasihat AM ini barulah boleh nak kata PKR mengamalkan demokrasi, jika tidak ia hanya sekadar make-up sahaja. Sekarang ini pun Presiden Parti ialah Dr. Wan Azizah. Beliau walaupun sudah menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan tak lebih sekadar memegang jawatan sahaja. Ini kerana kuasanya tidak ada. Malah lebih melucukan ialah bila Presiden parti boleh meletak jawatan AP demi memberi laluan pada Penasihat parti.

Satu lagi wayang kulit dari PKR.

Sejarah Malaysia dan Hak Orang Melayu

Tinggalkan komen

Kebelakangan ini hak orang-orang Melayu sering dipertikaikan malah bila orang melayu mahu mempertahankan hak, orang melayu dilabelkan sebagai racist. Amat malang sekali nasib orang melayu yang sering ditindas oleh bangsa-bangsa asing dari Tanah Melayu.

Berikut adalah dokumen asal Suruhanjaya Reid yang siarkan oleh blog parpukari dan blog Hot Zoom Komuniti.

Tun Dr. Mahathir turut membuat komen tentang kritikan pelbagai pihak tentang jasa-jasa UMNO mencapai kemerdekaan malah sikap sesetengah kaum asing bumi melayu yang mengagung-agungkan pengganas Chin Peng (terroist Malaya).

Jawatankuasa PAS Pusat, 2009-2011

Tinggalkan komen

Berikut adalah keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat bagi sessi 2009-2011 selepas muktamar PAS yang ke 55.

Presiden: Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

Tim Presiden: Nasharuddin Mat Isa

Naib Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS:

1) Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
2) Idris Haji Ahmad
3) Dato’ Kamarudin Jaffar
4) Dato’ Seri Azizan Abd Razak
5) Dato’ Dr Hasan Mohd Ali
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli
7) Abdul Ghani Samsudin
8′) Dato’ Abu Bakar Chik
9) Mohamed Hanipa Maidin
10) Ir Amiruddin Hamzah
11) Dr Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali
12) Abdul Ghani Abdul Rahman
13) Dr Dzulkefly Ahmad
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
15) Ustaz Hashim Jasin
16) Mazlan Aliman
17) Taib Azamudden Md Taib
18) Dr Mujahid Yusof Rawa

Apa yg tersurat/tersirat dengan DUN Penanti

Tinggalkan komen

Dun Penanti mencatatkan rekod sebagai peratusan pengundian terendah dalam sejarah. Rekod terendah sebelum ini adalah di DUN Telang Usan Sarawak pada Pilihnaraya Negeri Sarawak 2006, iaitu 52.6%. 

Secara amnya calon PKR telah menang besar di Penanti dengan majoriti 5,585 undi. Kemenangan besar ini turut disertai dengan kekalahan teruk pencabar-pencabar bebas yang turut hilang wang pertaruhan. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh calon PKR adalah 1,000+ kurang dari pilihanraya sebelumnya, ia tidak menggambar kekuatan sebenar BN.

Ukuran kekuatan diantara PKR dan BN hanya dapat dibuat perbandingan jikalau kedua-duanya turut bertanding. Namun jika jumlah undi yang menjadi ukuran, Dr. Mansor tetap menang jikalah katakan undi yg diperolehi BN tetap sama iaitu 5,000+. 

Jelaslah BN masih belum mampu untuk bangkit dari pukulan kuat yang diterima dari tsunami pilihanraya ke-12 yang lalu. Momentum kebencian pada BN yang telah terbina semasa pentadbiran Tun Abdullah sangat menebal. Pun begitu untuk mengatakan bahawa PKR-PAS-DAP juga semakin kuat juga tidak ada asas kerana BN masih mempunyai majoriti yang agak banyak di Dewan Rakyat. 

Apa yang nyata kedua-dua BN dan juga gabungan PKR-DAP-PAS berada dalam keadaan yg setara. Pilihanraya ke-13 akan tiba dalam masa 2-3 tahun sahaja dari sekarang. Baik BN mahupun gabungan PKR-DAP-PAS, kedua-duanya sedang dinilai oleh rakyat. Kejayaan atau kegagalan BN akan dinilai dari segi sejauh mana kedudukan ekonomi negara dlm masa 2 tahun dari sekarang.

Gabungan PKR-DAP-PAS pula akan dinilai dari segi sejauh mana gabungan ini dapat bertahan. “Pakatan Rakyat” mungkin satu nama popular masa kini, tetapi jika berterusan dalam keadaan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah, nama “Pakatan Rakyat” akan menjadi senjata yang makan tuan pada gabungan PKR-DAP-PAS ini. Jangan dipandang rendah akan perkara ini kerana barisan Pemuda UMNO kini berketuakan YB Khairy Jamaluddin. Beliau mungkin nampak senyap sahaja pada waktu ini, malah mungkin ada yang sedang mentertawakan beliau kerana tidak terpilih jadi menteri …

Politik Malaysia adalah politik persepsi yang mana peranan persepsi boleh dikatakan 90% berbanding analisis yang kritikal. Bagi warga Malaysia, berita dinilai dipermukaannya. Sedang Anwar bermatian menyerang Najib dengan isu “Altantuya” … Najib pula boleh memenangi hati rakyat dengan mudah dengan memperbanyakkan program jalan2 dan lawatan2 ke kampung2, rumah2 anak yatim dan tempat orang susah. Akhirnya siapa yg lebih banyak melakukan propaganda merekalah yang akan menang. Itulah hakikat politik Malaysia. Dan itulah yang tersirat dan tersurat dari DUN Penanti ini.