Penuntut Cina Luar Negara Memburukkan Malaysia

Tinggalkan komen

Hari ini saya telah bertemu dengan seorang usahawan motel warga asing dari Australia. Dalam pada berbual itu usahawan tersebut menceritakan bahawa dia sering bertemu dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Kebetulan kerananya motelnya berdekatan dengan universiti, maka ramai jugalah penuntut yg menginap disitu terutama mereka yang baru tiba sebelum mendapat kediaman yang sebenar.

Usahawan tersebut menceritakan pada saya betapa kesihannya dia pada penuntut Cina yg sering menceritakan padanya bahawa mereka ditindas di Malaysia. Tempat mereka dinafikan di IPTA walaupun “konon” mereka mempunyai gred yang sama.

Kalau hendak membeli kereta pula mereka perlu membayar lebih mahal. Mereka ditindas semata-mata kerana mereka adalah keturunan Cina.

Usahawan itu membuat kesimpulan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang amat teruk.

Saya hanya tersenyum mendengar kisah dari usahawan itu sebelum saya membuka mulut. Saya nyatakan bahawa mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA ataupun biasiswa bukanlah kerana mereka Cina. Tetapi mereka sendiri tewas kerana tidak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding yg lain. Kalau ada 1000 orang calon pelajar, sedangkan tempat yang ada hanyalah 100, sudah tentu kita akan mencari markah bonus dari bahagian yang lain.

Tentang kereta pulak agak kurang pasti sama ada ia wujud atau tidak, kerana apa yg saya ketahui kalau mahu membeli rumah adalah. Itupun kerana bumiputera adalah warga asal Malaysia. Ianya adalah satu perjanjian sosial yang telah dipersetujui oleh kaum pendatang pada 1957 dahulu.

Fasal pinjaman kereta pula, saya pernah membuat pinjaman bank dengan Hong Leong Bank. Mereka telah memberikan saya diskaun 10% semata-mata kerana saya ada degree. Bukan kerana saya Melayu atau Islam.

Usahawan tersebut lagi terkejut bila saya katakan bahawa di Malaysia dalam 10 org terkaya, org melayu yg kaya hanya seorang sahaja. itupun dlm ranking pertengahan. Nombor satu atau 2 sering bertukar antara Robert Kuok atau pun Ananda Krisnan.

Terkejut usahawan itu mendengar penjelasan saya. Tak tahulah sama ada dia bersetuju atau tidak. Tapi dia benar-benar terkejut.  Mungkin dia akan merujuk ke internet dan membuat sedikit kajian. Eloklah kalau begitu.

Saya pun agak terkejut kerana inilah rupanya maklumat yang telah disebarkan oleh penuntut cina dinegara luar. Ini benar-benar satu tohmahan. Bagaimanakah ianya boleh jadi begitu. Namun ternyata sikap mereka agak perkauman.

Advertisements

PRK Permatang Pasir – Perang Karektor

Tinggalkan komen

PRK permatang pasir mungkin yang terburuk dlm tahun ini kerana parti bertahan PAS berkempen dengan taktik pembunuhan karaktor. Tak sampai beberapa hari dari penamaan calon, calon BN telah diserang peribadinya berkali-kali dengan pelbagai isu. Apa yg jelas isu2 yang dibangkitnya bukanlah isu pun, tetapi sengaja direka isu-isu tersebut. Dlm erti kata lain fitnah.

Mungkinkah PAS amat tertekan dengan situasi sekarang yang nampaknya sokongan sebahagian besar rakyat Malaysia sudah kembali semula ke arah BN. Jika PAS tewas, ini bermakna ketewasan kali pertama calon-calon Pakatan DAP/PKR/PAS.

Apa pun hanya pengundi permatang pasir yang berhak menentukan siapakah calon yang akan mereka pilih.

Halal Hanya Untuk Umat Islam

Tinggalkan komen

Dalam pada negara mengwaar-warkan HALAL HUB masih terdapat kekurangan terutama didalam penguatkuasaan persijilan HALAL. Saya adalah tergolong dikalangan umat Islam yang percaya sijil HALAL adalah hak ekslusif untuk umat Islam. Bermaksud, HALAL hanya boleh diperolehi jika perniagaan tersebit diusahakan oleh umat Islam dan dimiliki oleh umat Islam.

Laman IMP membincangkan dengan lebih lanjut tentang usaha untuk mengawal pengutkuasaan persijilan halal. Ruangan forum mykmu pula membicarakan tentang kepentingan mendahulukan industri “orang kita”. Terdapat juga satu senarai yang membezakan antara industri Islam dengan bukan Islam. Usaha-usaha tersebut adalah satu usaha murni yang harus disokong oleh umat Islam.

Islam makin dihina di Selangor

Tinggalkan komen

PAS mengaku bahawa mereka mempertahankan Islam, dan keterlibatan mereka dalam Pakatan DAP/PKR/PAS akan mendaulatkan Islam lebih tinggi berbanding BN. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Islam makin dihina. Sudahlah Nik Aziz menghalalkan perbuatan DAP menghina Islam, Hassan Ali (pesuruhjaya PAS Selangor) pun tunduk pada Ronnie Liu yang mahukan agar arak dijual dikawasan majoriti melayu di Shah Alam. Terbaru pembinaan kuil pun berleluasaan. Hairan bagaimankah seorang kafir boleh mempengerusi hal-ehwal berkaitan ugama di Selangor, sedangkan Islam adalah agama Persekutuan seluruh Negara.

Utusan 18/9/2009: JAIS Persoal EXCO Lulus Bina Kuil

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.

Hina Raja Lucut Kerakyatan

Tinggalkan komen

Tan Sri Harussaini menyarankan agar mereka yg menghina institusi beraja dilucutkan kerakyatan mereka. Saranan ini tepat pada masanya kerana mutakhir ini golongan ekstremis minoriti telah benar-benar melampau batas. Bukan sahaja institusi beraja dihina, malahan kesucian Islam sebagai agama persekutuan sering dipertikaikan.  Adalah amat wajar tindakan yang tegas dapat diambil untuk menangkis anasir-anasir yang memudaratkan seperti ini.

Jelaslah politik pembawakan Anwar Ibrahim yang didalangi oleh DAP dan disokong oleh PAS semakin menghimpit rakyat dan menghuru-rakan negara. Patutlah mereka beriaya-iya mahukan ISA dimansuhkan supaya mereka dapat melakukan huru-hara yang lebih teruk lagi dari apa yang berlaku kini.

Mudah-mudahan UMNO akan bangkit dari kemelut yang sedang dialami. Hanya UMNO sahaja medium politik yang terbaik yang mampu memimpin Malaysia kearah kemakmuran dan kesejahteraan.

Utusan Malaysia, 13/8/2009:

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.