Pemandu “Jahat” mempunyai “Jin” jahat didalam tubuh ….

Tinggalkan komen

Begitulah kesimpulan sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat. Ia dibuat setelah satu ujikaji dijalankan di University of California, Irvine. Sebanyak 29 orang telah uji. Dikalangan mereka, 22 tidak mempunyai kod genetik buruk, tujuh yang lain mempunyai kod genetik tersebut. Kesemua subjek telah diuji dengan dikehendaki memandu sebanyak 15 pusingan didalam sebuah alat simulator. Seminggu kemudian mereka dikehendaki mengulanginya semula. Penyelidik telah mendapati bahawa mereka yang mempunyai kod genetik buruk didalam DNA mereka melakukan kesilapan dijalanraya secara konsisten.  

Kalau begitu rasanya JPJ bolehlah menyediakan dua set ujian berdasarkan DNA pemohon. Mereka yang mempunyai ‘Jin Jahat’  harus diberikan ujian yang lebih teruk, jika tidak mereka inilah yang akan menambahkan statistik kemalangan dijalan raya.

Advertisements

Kredibiliti Nik Aziz tercabar

Tinggalkan komen

Minggu ini Nik Aziz sekali lagi menggemparkan dunia politik negara dengan kenyataan kontroversinya. Kalau sebelum ini yang sentiasa menjadi bahan kritikan Nik Aziz ialah UMNO, kali ini berbeza pula. Kritikan dilemparkan pada Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa, Mustafa Ali dan juga presiden PAS sendiri, Hadi Awang. Nik Aziz dengan lantang mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas untuk menyingkirkan nama-nama tersebut sama ada dari PAS ataupun dari jawatan PAS. Katanya, tokoh-tokoh ini masih lagi berminat untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun Hadi Awang menafikannya berikutan persaraan Paklah. PAS Selangor menolak diadakan muktamar khas. Dewan Ulama PAS juga menolak. Kini Nik Aziz pula yang tertekan. Apapun pada malan ini satu mesyuarat khas PAS akan diadakan.  Siapakah yang akan menang. Adakah Nik Aziz atau pun yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh PAS yang proAnwar yagn dipanggil kumpulan erdogan ataupun tokoh tradisi PAS.

Drama DUN Perak

Tinggalkan komen

Drama DUN Perak berlaku lagi. Pelakon utamanya tak lain tak bukan Nizar dan Sivakumar. Pengarah drama pula Ngeh dan Nga, dari DAP production. Macam-macam cara dibuat untuk menimbulkan huru-hara. Akhirnya Sivakumar telah kehilangan jubah “precious” kesayangannya. Kasihan …

Hakikatnya jikalau seluruh ADUN pembangkang Perak tidak hadir pun dewan tetap boleh bersidang dan meluluskan usul bajet negeri Perak. Rata-rata warga Perak sudah merasa meluat dengan pakatan DAP-PKR-PAS yang semakin meracau.

Pemanduan yang tidak berhemah

Tinggalkan komen

Setelah lapan tahun diperantauan, kini saya telah betul-betul bermastautin di Malaysia, negara yang tercinta dan dicemburui ramai oleh orang-orang lain, lebih-lebih lagi dari kalangan para muslimin dari Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab. Namun, saya agak terkejut dengan sikap para pengguna jalan raya yang semakin teruk. Pemanduan cuai dimana-mana, baik dijalan kampung, bandar dan lebuh raya.  Sebelum saya meninggalkan tanah air, boleh dikatakan mereka yang memandu secara tidak berhemah agak kurang ditemui, terutama pada waktu siang. Tetapi kini, tak sampai dua bulan pun saya ditanah air, bilangan pemandu yang tidak mematuhi undang-undang yang berlaku dihadapan mata saya sudah tak cukup jari nak dibilang, walaupun sudah dimasukkan jari kaki. Tidak hairanlah statistik kemalangan semakin tinggi.

Baru-baru ini saya telah bertembung dengan sepasang lelaki/perempuan berada didalam sebuah Naza/Peugoet 206 berwarna metalik. Kereta itu dipandu oleh pasangan lelakinya.  Kereta kami berada dilaluan yang ditengah manakala mereka berada dilaluan yang kiri. Setelah beberapa ketika kereta kami meluncur memintas kereta tersebut yang memang sepatutnya perlahan pun, sesuai dengan kedudukan mereka dilaluan kiri.

Tidak lama kemudian, kereta Naza itu memecut lalu cuba untuk memintas sebuah kereta lain yang juga berada dilaluan kiri. Percubaan memintas memerlukan mereka bertukar laluan dari sebelah kiri ke sebelah tengah. Pun begitu belum pun kereta Naza itu berjaya melepasi kereta kami kereta itu cuba memaksa masuk ke laluan tengah hingga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kereta kami. Apa yang lebih buruk ialah sipemandu tersebut telah mengeluarkan tangannya dari tingkap lalu memberikan isyarat marahnya pada kami. Kerana telah diprovokasi, saya juga telah mengeluarkan tangan saya tanda protes. Mereka ternyata tidak berpuas hati lalu cuba untuk melakukan brek kecemasan untuk mengakibatkan kami melanggar mereka dari belakang. Percubaan tersebut tidak berjaya kerana isteri saya yang memandu sudah boleh mengagak perbuatan mereka itu. Kereta kami kemudiannya memintas kereta Naza-206 tersebut. Mungkin kerana merasa egonya tercabar, sipemandu terus mengeluarkan isyarat tangan pada kami. Saya pun membalasnya tengan tangan saya juga. Lalu kereta Naza itu terus memecut memburu kami dah cuba pula menghimpit dari laluan kanan ke tengah. Kereta Naza tersebut kemudiannya masuk kelaluan kiri, cuba memaksa kami supaya memotong mereka. Mungkin dengan niat untuk bermain kasar lagi, tetapi isteri saya terus memandu kereta itu dibelakang kereta Naza tersebut.

Kereta Naza tersebut semakin perlahan dah akhirnya berhenti. Kereta kami juga berhenti. Sipamandu Naza, seorang lelaki berusia 33 tahun, bersaiz kecil, berbadan kurus dan mempunyai berat diantara 45-50 kg terus meluru kearah pintu saya disebelah kiri. Ketika saya baru hendak melangkah keluar dia terus menyerang saya dengan menolak pintu kereta saya. Mungkin dengan niat untuk menakut-nakutkan. Kemudian saya keluar dan menolaknya kebelakang.

Kalau itukan hati saya sudah pun membelasah lelaki ini pada ketika itu. Namun  semata-mata kerana undang-undang melarang saya mengambil tindakan yang ganas, maka saya tidak meneruskan niat saya. Dengan tegas saya menyatakan bahawa “you adalah seorang pemandu yang tidak berdisiplin, cuba memotong dan menukar laluan tanpa memberikan sebarang lampu isyarat dan memandu secara merbahaya hingga boleh mengakibatkan kemalangan dengan orang lain”. Lelaki tersebut menyalahkan kereta saya yang kononnya perlahan, sedangkan saya tegaskan bahawa kereta berada pada kadar kelajuan yang betul, tetapi dia tidak memandu dengan berhemah.

Dengan nada ego lelaki tersebut mahu saya meminta maaf kerana telah membalas isyarat tangannya. Namun saya membalas bahawa saya tidak akan meminta maaf, sebaliknya lelaki tersebut yang harus meminta maaf pada saya dan berjanji untuk memandu kereta dengan lebih berdisiplin. Masih dengan ego lelaki tersebut meminta maaf pada saya. Setelah dia meminta maaf saya juga meminta maaf jika ada terkasar bahasa. Sebelum pulang kekeretanya, saya sempat mengingatkan pasangan tersebut agar lebih berdisiplin dan memandu dengan cermat.

Pengalaman diperantauan telah mematang saya dengan disiplin dan undang-undang. Pun begitu agak kecewa kerana sikap pemandu-pamandu ditanah air tampak semakin teruk. Baik yang muda, tua, lelaki, perempuan, mahupun yang memakai serban dan kopiah. Patutlah pihak PDRM sendiri semakin kecewa dengan sikap pemandu yang buruk dan statistik kemalangan yang tinggi dijalanraya, terutama ketika musim perayaan. Bagi pemandu Naza-206 tersebut, saya ada tiga pertuduhan yang saya “simpan” dahulu. Pertama, gagal mematuhi undang-undang jalanraya, kedua memandu secara tidak berhingga hemah hingga boleh mengakibatkan kemalangan jalanraya dan yang ketiga serangan keatas saya dengan dengan niat untuk mencederakan. Saya tidak akan ragu-ragu untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Mungkin inilah cara yang lebih baik untuk membantu negara membetulkan sikap dan disiplin masyarakat yang semakin menjadi-jadi.

British Overseas Citizenship (BOC)

Tinggalkan komen

Diberitakan terdapat hampir ratusan bekas warganegara Malaysia tersadai di United Kingdom kerana telah pun menggugurkan kewarganegaraan Malaysia. Mereka dilaporkan telah dengan nekad mengambil keputusan tersebut gara-gara sikap tamak dan haloba yang menginginkan kewarganegaraan UK. Mereka-mereka ini adalah berketurunan Cina yang lahir di Melaka dan Pulau Pinang. Mereka mengaggap bahawa mereka layak untuk mendapat taraf kewarganegaraan British Seberang Laut.

Dari segi perlembagaan, Malaysia dan juga mana-mana negara lain tidak akan menggugurkan kewarganegaraan seseorang dengan mudah, kecualilah mereka yg memohon itu telah berjaya membuktikan bahawa mereka sudah ada warganegara yang lain. Tindakan menggugurkan kewarganegaraan yang dilakukan sendiri oleh individu tersebut adalah satu perbuatan yang jelas telah menghina negara. Malaysia tidak seharusnya menerima kembali kesemua mereka ini. Biarkanlah mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Kalau mereka tu bertaraf tiada negara pun biar pergilah.

Makanan Halal untuk Kucing anda ….

Tinggalkan komen

Alhamdullilah ada gak yang buat inisitif untuk membuat makanan halal untuk kucing. Memang betul bagi yang membela kucing memang ada yang rasa geli untuk pegang makanan kucing tersebut kerana tidak tahu status halal haram. Iyelah walaupun kita tak makan, tapi kalau tahu halal, nak pegang pun tak de hal, kalau tidak siap la kene samak tangan. Kalau tak samak nanti rasa semak.

———————————————-

Bernama:

‘Halal’ Food For Cats?

<!–

By: Ramjit

–>


By Izham Shuhaimi Ahmad

KUALA LUMPUR, Oct 12 (Bernama) — Halal food for your cat? Why bother in the first place when your feline does not discriminate what it eats?

But not for Halim Baba, 42, of Alor Star, Kedah.

As the sole local entrepreneur in the production of halal cat food in Malaysia, for Halim it is more than cat food to begin with.

“Yes, cats are animals but animals have rights too. If they are house cats, they must not only be taken care properly but also be fed with nourishing food.”

INSPIRATION

Halim, a mechanical engineer, started work with Sony Mechantronics in Seberang Prai, Penang in 1998. A year later he was sent to Shizuoka, Japan, to study boiler engineering for two years.

Upon returning home, Halim was instructed by his employer to develop a processing machine together with the integrated systems for the production of fish food pellets in Semarang, Indonesia. Halim spent three years to complete the undertaking.

However, the turning point for Halim is the inspiration from former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in 2004. Dr Mahathir suggested that he should ‘do things different’ instead of ‘do different things’.

He was motivated by Dr Mahathir’s words and soon an idea began to develop. Next, Halim visited Dubai in the United Arab Emirates (UAE) to do research on animal food and study about cats.

After learning a little but valuable knowledge, Halim brought back his new found recipe for cat food.

In explaining the concept of ‘halal food’ for cat, Halim noted that it starts from the source, process, facility system, delivery, storage, and all of these had to adhere to the international and Islamic standards and practices in the context of cleanliness.

MISSION AS A MUSLIM

Halim decided to set up Vita Cat Sdn Bhd, a small and medium enterprise (SME), in April 2008. He then leased a shop lot at Mergong, Kedah, and started production in October 2008.

He spent RM160,000 on machinery and with a capacity to produce one metric tonne of cat food per day.

“By early next year, God Willing, Vita Cat will be fully automated. Eight metric tonnes can be produced at a permanent lot at Simpang Empat, Alor Star,” he said.

To increase production volume, Halim has secured a reliable fresh fish supplier from Padang in Indonesia. At the moment his daily supply of fresh tuna comes from Batu Maung, Penang.

The production process at the facility covering an area of 100 feet by 120 feet is expected to pick up momentum early next year. Currently he employs six workers.

By increasing the capacity to cater for the local market, Halim believes he could help in reducing the foreign exchange outflow.

At the same time, he wants to promote the Made-in-Malaysia products of quality.

OTHER ACTIVITIES

Halim has also unveiled plans to produce made-to-order dog food based on ingredients like chicken and beef of ‘halal’ origin. This is because his production facility can be switched easily to produce dog food when there are orders for them.

“Another venture is the fish food pellets that does not easily dissolve in water. This pellets developed by my company helps to keep pond water clean much longer,” he said, adding that such variety offered by his company would help facilitate business growth.

Asked about his business philosophy, Halim replied that he subscribes to a simple approach – try to stand out on the niche market and do not follow others blindly.

Halim believes that researching, relearning and acquiring more knowledge helped him to get where he is today.

Halim said he has developed a ‘reverse cycle marketing strategy’ to capture a segment of the market for his cat food.

‘Reverse cycle’ means that first he identifies the segment of cat food market before he commits into the food production. He also checks the marketing strategy, including the presentation on food shelves at selected hypermarkets.

With relevant data, he would be able to determine production output and then set the price of cat food product between 20 and 30 per cent lower than the rivals’ pricing.

— BERNAMA

 

GST = Harga Barang Naik

Tinggalkan komen

Cadangan untuk melaksanakan GST dikemukakan lagi. Kali ini atas alasan bahawa pendapatan negara semakin berkurangan, dan GST dikatakan mampu untuk meningkatkan lagi hal tersebut. GST ataupun cukai barangan adalah satu perkara yg masih asing lagi bagi Malaysia, namun ia telah dilaksanakan dipelbagai negara maju antaranya Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Kadar GST dinegara-negara terbabit ada juga perbezaan diantara negeri-negeri dan wilayah masing mengikut undang-undang setempat.

Di Australia misalnya GST dimasukkan sekali didalam resit pembayaran, pembeli dapat merujuk pada resit sebanyak mana yg dikenakan cukai tersebut.

Di Kanada pula ada sesetengah wilayah yang turut mengenakan lagi GST, dipanggil PST, jadi cukai dah dibayar dua kali, satu pada kerajaan pusat, satu pada kerajaan negeri. Kalau setiap satu kena 7%, bila dah dua jadi 14%. Maka harga barang yg dibeli kena campur lagi 14% tax. Mampuih bayar tax. Tapi ada pula baiknya kerana dipenghujung tahun mereka yg dibawah kadar pendapat bercukai dapat rebat dalam bentuk cek ataupun dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Kalau isteri tidak bekerja dapat tambah lagi sikit, kalau anak-anak masih kecil dapat tambah lagi, kira macam bonus kerajaan la.

Sebenarnya perlaksanaan GST ni kena ambil perhatian yang serious. Ahli ekonomi mungkin tiada pengetahuan dari segi psikologi pengguna maka terdorong untuk mencadangkan sesuatu yang termaktub didalam buku.

Isu harga barang memang sesuatu yang cukup serious bagi Malaysia. Tengok sahaja apa yang terjadi bila harga petrol naik RM2.00 tahun lepas. Natijahnya parti BN yang memerintah hampir lingkup dikerjakan rakyat. Harga barang memang boleh menjadi pemangkin mendidihnya darah rakyat. 

Dalam hal ekonomi, Malaysia tidak seharusnya bulat-bulat mengamalkan pendekatan negara barat. Sistem mereka telah terbukti boleh hancur lebur. Lehman brothers, GM, Chrysler dan Bank of America pun terlingkup. Kerajaan kena mengambil contoh Tun Dr. Mahathir ketika krisis gawat 1997. Tun Mahathir telah memacu Malaysia ikut cara yang diluar dari kotak, hasilnya Malaysia berjaya. Maka carilah pendekatan lain, yang terpernah terpikir oleh orang lain. Ingatlah Malaysia ini unik, maka teknik penyelesaian masalahnya pun patutnya unik jugalah.

 —————————————————————————————————————–

Utusan Malaysia 15/10/2009:

Elak bahayakan ekonomi

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Kerajaan perlu melakukan pembaharuan cukai di negara ini termasuk meluaskan asasnya bagi meningkatkan sumber pendapatan yang banyak bergantung kepada sumber asli.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, perluasan sumber pendapatan perlu dilakukan sebelum kekurangannya menimbulkan kesan bahaya kepada ekonomi negara dalam jangka panjang.

Beliau berkata, pendapatan negara telah menunjukkan penurunan ketara sedangkan perbelanjaan semakin meningkat.

Pada 2008, daripada jumlah pendapatan kerajaan sebanyak RM160 bilion, sebahagian besarnya atau 41 peratus disumbangkan oleh minyak dan gas, cukai korporat 24 peratus, pendapatan lain 26 peratus dan personal sebanyak sembilan peratus.

”Berdasarkan pendapatan semasa dan aliran perbelanjaan, MIER mengunjurkan defisit bajet negara boleh mencapai 15.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

”Kita tidak boleh bergantung sangat kepada sumber minyak dan gas kerana harga komoditi semakin tidak menentu dan rizab juga berkurangan.

”Saya pasti kerajaan mempunyai pelbagai pendekatan untuk meningkatkan pendapatannya kerana jika sudah mencapai paras ini (15.2 peratus) kita sudah berada ditahap bahaya,” katanya.

Malaysia pernah mengalami defisit fiskal terbesar sehingga 16 peratus pada tahun 1980an.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan sewajarnya mengumumkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Bajet 2010 sebelum ia diperkenalkan pada 2011 atau 2012.

Jelas beliau, Malaysia sepatutnya memperkenalkan GST pada 2007, tetapi menangguhkannya kerana kadar inflasi tinggi ketika itu.

”Kita patut melaksanakan GST kerana bilangan pembayar cukai di negara ini masih lagi kecil.

”Jadi, kalau GST dilaksanakan, semua pihak perlu membayarnya kerana cukai itu berdasarkan perbelanjaan dan bukannya pendapatan. Mereka yang kurang berbelanja tidak terjejas,” ujarnya.

Beliau juga meramalkan kerajaan menurunkan cukai korporat dan individu sebanyak satu hingga dua peratus dalam Bajet 2010.

Katanya, penurunan cukai-cukai itu tidak akan menjejaskan pendapatan kerajaan kerana ia mengambil kira prestasi ekonomi pada 2010 lebih baik pada tahun ini.

”Saya menganggapnya sebagai tonik kepada keperluan ekonomi selepas kerajaan melonggarkan polisi liberalisasi dan untuk merealisasi hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan serantau,” tambahnya.

Kadar semasa cukai korporat adalah 25 peratus manakala cukai ke atas pendapatan pula sebanyak 12 peratus berdasarkan pendapatan tahunan berjumlah RM35,000 hingga RM50,000.

Beliau juga meramalkan Bajet 2010 bakal menyaksikan peningkatan kadar defisit fiskal yang lebih besar kepada lapan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 4.8 peratus pada tahun lalu.

Angka itu lebih besar berbanding unjuran kerajaan sebanyak 7.6 peratus.

”Saya berpendapat pungutan cukai tahun ini tidak akan mencapai sasaran kerajaan dan sekiranya jumlahnya lebih rendah berbanding jangkaan, perbelanjaan akan meningkat.

”Kemungkinan besar defisit bajet untuk 2010 naik antara lapan dan sembilan peratus pada 2010 tetapi ia bukan sesuatu yang membimbangkan,” katanya.

Mohamed Ariff berkata, Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun sejak kemerdekaan 52 tahun lalu.

Malaysia hanya mengalami lebihan pendapatan selama enam tahun sahaja.

Beliau menambah, keadaan itu berlaku kerana Malaysia kurang disiplin fiskal dan takut untuk mencuba mengimbangi akaun meskipun ketika ekonomi stabil.