Lantik SUK – Khalid Ibrahim bohong

Tinggalkan komen

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30105:suk-mula-tugas-angkat-sumpah-depan-mb&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124SUK mula tugas angkat sumpah depan MB
Ismail Hashin   
SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah ‘dilupuskan’ daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

“Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

“Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

“Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju,” tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

“Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK,” sindirnya akhiri ucapan.

 

[komen: Khalid Ibrahim telah berbohong …. Undang2 Tubuh Negeri Selangor 1959 menetapkan bahawa kuasa melantik SUK dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam …. ia tidak memerlukan perkenan MB, hanya perkenan Sultan sahaja yang perlu … Sultan sahaja yg berhak untuk menolak lantikan tersebut]

Advertisements

Pembohongan Khalid Samad

Tinggalkan komen

http://www.malaysiakini.com/news/152028

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S’gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

[Komen: Pembohong besar la Khalid Samad …. Seorang SUK negeri mana ada kuasa untuk membubarkan DUN … DUN hanya boleh jika MB memohon pembubaran ataupun DUN tamat tempoh penggal ataupun MB dan partinya diberikan undi tidak percaya di DUN]

Macam mana Hindu boleh berkahwin dengan Islam diMalaysia?

Tinggalkan komen

http://www.malaysiakini.com/news/152052

Beban MyKad anak-anak keturunan Hindu-Islam

Nama pada kad pengenalan (MyKad) ialah Ravichandran a/l Muniandy*. Selama 17 tahun hidupnya, remaja ini menjalani kehidupan sebagai seorang Hindu, tetapi MyKad miliknya menyatakan dia seorang Islam.

Tapi sekurang-kurangnya dia memiliki MyKad – yang diperolehinya tiga
tahun selepas dia membuat permohonan, dan kerana ayahnya, Muniandy, buat ‘bising’ di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

“Kami membuat permohonan itu ketika dia berusia 13 tahun, tetapi ketika itupun pegawai pendaftaran cuba menolaknya, dengan mengatakan bahawa nama ibunya adalah Melayu, jadi nama anak saya perlu ditukar kepada nama Melayu juga. Saya enggan berbuat demikian, maka mereka menyuruh saya pergi ke Putrajaya, “kata Muniandy.

Permohonan kedua dibuat atas nama anak itu, Ravichandran a/lMuniandy seperti dalam surat beranaknya, tetapi tidak berhasil, dan remaja itu terpaksa menduduki peperiksaan PMR dengan mengguna slip permohonan tersebut.

“Kami pergi ke cawangan (JPN) beberapa kali dan diberitahu bahawa kad tersebut tidak sampai-sampai, jadi saya pergi ke Putrajaya, dan mereka minta kami mengemukakan satu lagi permohonan, sekali lagi atas nama Melayu,” katanya.

Selepas berlaku pertengkaran dengan pegawai JPN – di kaunter dan di di jabatan undang-undang – Muniandy berjaya meyakinkan mereka untuk mengekalkan nama anak lelakinya seperti yang tercatat dalam surat beranak.

Bagaimanapun, katanya, pegawai berkenaan memberitahunya yang mereka tidak dapat menjamin bahawa status agama anaknya pada kad tersebut akan dicatat sebagai bukan Islam.

Saraswathy – adik perempuan Ravichandran yang berusia 15 tahun – masih menunggu MyKadnya. Jika dia bernasib baik seperti abangnya, dia akan memperolehi Mykad sebelum menduduki peperiksaan SPM, tetapi kesnya mungkin lebih rumit.

Dilahirkan sewaktu gelora melanda kehidupan orang tuanya, sijil beranaknya didakwa oleh pihak pegawai telah hilang dan dokumen gantiannya menyatakan agama Sarawasthy dan juga ibubapanya adalah Islam.

Namanya pada surat beranak itu ialah ‘Sarawaswathy binti Kamal Shah’ – nama yang dipaksa oleh pegawai agama terhadap bapannya.

Ibunya Laila, seorang Islam, sedang hamil ketika pegawai jabatan agama membuat serbuan ke rumah mereka selepas tengah malam, ekoran menerima maklumat mengenainya.

“Mereka memecah masuk melalui pintu depan dan membuang ‘Pottu’ dari dahi isteri saya. Kami begitu takut -. Mereka mengepung rumah kami,” kata Muniandy sambil air mata bergenang di kelopak matanya.

[Komen: Persoalannya disini ialah macam mana boleh terjadi seorang Hindu berkahwin dengan seorang Islam tapi salah seorang memeluk Islam atau memeluk Hindu …. Benarkah kakitangan pejabat JPN memaksa Muniandy menggunakan nama ‘Kamal Shah’ … sedangkan HINDRAF pun boleh berbohong di UK mengatakan bahawa kaum India mengalami ethnik cleansing di Malaysia, sukar skit nak nak percaya tuduhan2 sebegini …]

Jawapan untuk YB Teo

Tinggalkan komen

http://www.malaysiakini.com/news/152046

Baju ketat: Keluarkan senarai ‘OK tak OK’, kata Teo

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu. Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru. “Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?” soalnya bertalu-talu. “Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai ‘OK Tak OK’ untuk semua warga bukan Muslim negara ini?” tegasnya.

 [Komen: Org bukan Islam boleh masuk masjid atau surau asalkan memakai pakaian yang betul menutupi aurat. Sedangkan para muslimah pun harus patuh pada peraturan ini kenapa YB Teo tak boleh. Org bukan Islam boleh membaca Al-Quran, tak da sapa nak larang mudahan mendapat hidayat la. Orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kata ganti nama Allah untuk Tuhan mereka jika menulis hal tersebut dalam Bahasa Malaysia/Melayu. Tuhan adalah kata ganti nama yang lebih sesuai. Tapi kalau berkomunikasi sama ada penulisan/lisan dlm bahasa Arab boleh la’ kot’ … Nik Aziz kata org Arab dah beratus tahun guna nama Allah …. Tapi dlm Arab la …. ]

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid. Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina. Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah. Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan “memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya.” “Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?” katanya. Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti. “Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?” “Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?” soalnya. Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. “Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam,” kata anggota parlimen muda itu.

 [Komen: Kot ye pun nak masuk masjid jaga la tatasusila …. Kalau nak bersenam robik pun takkan la kat Selangor ni dah tak de padang2 yang lebih sesuai untuk dilaksanakan aktiviti riadah …. Masjid adalah tempat awam untuk umat Islam, keutamaan adalah untuk sesiapa juga melaksanakan sebarang bentuk ibadah, aktiviti lain, jika tidak mengganggu barulah hukumnya harus … sedangkan umat Islam kalau baca Al-Quran kuat2 dlm masjid pun jika ada umat Islam lain yang sedang bersolat pun hukumnya tak boleh, kerana nanti mengganggu … apa tah lagi nak bersenam robik … kesimpulannya YB Teo memang telah melanggar ajaran Islam, tatasusila dan sensitivity umat Islam (bukan umat PAS, PAS depa for All) … saya sarankan adalah lebih baik YB Teo memeluk ugama Islam jika sangat2 berminat untuk mengimarahkan masjid]

Senarai Ketua Menteri Pulau Pinang

Tinggalkan komen

Ketua Menteri adalah Ketua Eksekutif negeri-negeri di Malaysia yang bukan dinaungi oleh Raja atau Sultan. Ketua Menteri dilantik oleh Yang DiPertua Negeri dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi negeri tersebut.

  1. Tan Sri Wong Pow Nee (MCA – BN) :: 1957 – 1969
  2.  Tun Dato’ Seri Dr. Lim Chong Eu (Gerakan – BN) :: 1969 – 1990
  3.  Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan – BN) :: 1990 – 2008
  4.  Lim Guan Eng  (DAP) :: 2008 – sekarang