Beranikah Sivakumar dan Nizar mengadakan sidang DUN?

Tinggalkan komen

Ketika kerajaan Perak dibentuk selepas pilihanraya, Nizar naik menjadi Menteri Besar kerana dilantik oleh Sultan, dewan tak bersidang, maka turunnya Nizarnya kerana titah Sultan juga.

Rakyat tak pilih sesiapa pun menjadi MB, MB itu adalah calon yang dicadangkan oleh parti yang mempunyai kerusi terbanyak atau sekumpulan parti-parti campuran seperti DAP, PKR, dan PAS yang mengakui bahawa mereka yang mempunyai majoriti didewan. Namun yang memilih MB adalah Sultan.

Bila seorang MB tiba-tiba mengadap untuk membubarkan dewan sedangkan dewan baru dibentuk, maka terbuktilah MB tersebut tiada sokongan majoriti. Itulah yang telah dilakukan oleh Nizar.

Jalan paling mudah untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan kembali mengadakan persidangan Dewan. Dewan perlu bersidang dengan dihadiri oleh kesemua ADUN-ADUN untuk mendapatkan penjelasan dan pengiraan bagi menentukan siapakah sebenarnya yang mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Rakyat sudah memilih, sampai bila asyik mau pilih-pilih … yg rakyat Perak perlukan ialah sebuah kerajaan yg bekerja. Malah itulah juga hasrat Paduka Seri Sultan Perak.

Pilihanraya dan jadi macam sure heboh

Tinggalkan komen

satu lagi pilihanraya kecil bakal menjelma … kali ini balik semula ke Pulau Pinang sebagai tuan rumah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh juga, tapi kini di DUNnya iaitu DUN Penanti

Kenapa perlu diadakan pilihanraya kecil … kerana penyandangnya, bekas TKM1 P.P, Fairuz Khairuddin telah meletak jawatan kerana mahu sambung belajar

hah, kalau itulah sebabnya APA KEJADAH DIA BERTANDING jadi ADUN itu hari … ingat jadi ADUN ni suka-suka aje je … 

Terbuktilah bahawa org PKR ni budus-budus belaka … pilihanraya dah jadi bahan mainan

Pelbagai pihak telah menyuarakan ketidak keselesaan dengan senario terkini. Pilihanraya tidak sepatutnya menjadi seperti FUN FAIR, SURE HEBOH, AF, atau pertandingan Bolasepak. Pilihanraya adalah satu amalan demokrasi memilih pemimpin. Bila sudah pilih buatlah kerja. 

Pilihanraya yang baru sepatutnya diadakan bila penyandangnya mati atau mengalami keuzuran yang menghalang orang tersebut untuk bertugas. Tapi kalau meletak jawatan dan mahu diganti habis lah. maka siapa yg nak buat kerja, asik pemilihan tak sudah.

Tiada jaminan tidak akan berlaku lagi pilihanraya kecil kerana ada kemungkinan selepas di Penanti ini, dibukit Lanjan Selangor pula. Kedudukan YBnya Elizebeth Wong walaupun nampak OK sekarang, tapi sudah pasti dibawah radar Anwar Ibrahim untuk diperjudikan pada bila-bila masa. Yang penting momentum kemenangan PKR harus dikekalkan sehingga PRU-13 lagi 4 tahun. Kalau begitu bersedialah untuk mengahadapi tak kurang dari 10 lagi pilihanraya kecil.  

Apa yang berlaku kini memerlukan perhatian yg khusus oleh kerajaan. Kejadian sebegini tidak seharusnya berlaku. Undang-undang berkenaan dengan pilihanraya harus dipinda supaya masa danwang  rakyat tidak boleh dipergunakan sesuka hati oleh mana-mana pihak untuk berpolitik. Mungkin cadangan berikut boleh diambil kira:

  • Menetapkan tempoh pilihanraya umum tetap pada satu tarikh.
  • Jika berlaku kekosongan, tak perlu diadakan semula pilihanraya yang baru tapi pilih sahaja mereka yg mempunyai “aspirasi” yang sama sebagai pengganti … pengekalan status quo, sehingga PRU yg baru
  •  Mereka yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding selama 20 tahun, tapi turut didenda RM1 juta atau dipenjara 3 bulan kerana pecah amanah … ini hukuman mandatori 

Inilah bahananya mempunyai parti-parti pembangkang yang bermentaliti perusuh jalanan.

Sindrom Aku Lagi Bijak

Tinggalkan komen

Malaysia ini negara yang cukup bertuah. Warganya bijak-bijak belaka. Kebijaksanaan setiap warga Malaysia cukup hebat hingga masing merasakan layak menjadi Perdana Menteri, kecuali mungkin penyokong-penyokong PKR dan PAS yang merasakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak menjadi PM.

Malah ahli UMNO sendiri pun ramai yg bijak-bijak ataupun yang perasan bijak. Mungkin ianya terhasil semenjak Tun PakLah menjadi PM kerana terlalu banyak flip-flop dan terlalu lemah terhadap tuntutan-tuntutan kecuali tuntutan orang Melayu.

Terkini pembentukan Kabinet yang baru Dato’ Seri Najib menjadi buah mulut perbualan ‘PM’ yg tidak rasmi. Antara yang menjadi ketidak puasaan hati ialah pembubaran Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi (KPUK)/MeCD. Keputusan Kerajaan meletakkan agensi-agensi KPUK dibawah Kementerian Pembanggunan Luar dan Wilayah dan MITI dipertikaikan. 

‘PM’ tidak rasmi ini ada yang mahu KPUK diwujudkan semula, ataupun agensi2nya diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Percayalah jika permintaan sebegini jika terus diminta-minta dan akhirnya Najib tunduk maka akan jadilah Najib itu pemimpin yang lemah aka FLIP FLOP.  

Adalah lebih baik jika para penyokong pro-Kerajaan, UMNO, BN memberikan peluang pada Najib untuk membuktikan kemampuannya. Kabinet yang terbaru sebulan pun belum lagi. Janganlah kita dengan mudah dihinggapi oleh sindrom aku lebih bijak. Berikan masa pada Najib untuk bertindak, malah Najib sendiri pun meminta masa enam bulan untuk dia dan kabinetnya di KPIkan, bersabarlah.

Samy Vellu merajuk khabarnya

Tinggalkan komen

Entah betul entah idak masih tak dapat dipastikan, tapi diberita-berita aliran perdana ada dinyatakan oleh Datuk S. Subramaniam bahawa MIC agak kecewa kerana tidak dapat portfolio kanan.  Ini diparahkan dengan perlantikan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Senator dan Menteri.

Pun begitu memandang MIC adalah adalah pakatan yg paling lemah dalam BN yang menyumbang kekalahan terbanyak BN, maka adalah lebih baik jika MIC menumpukan pada usaha memulihkan sokongan. Diantara tiga komponen senior dalam BN, UMNO dan MCA sudahpun memilihan Presiden yang baru. Tapi MIC masih lagi dipimpin oleh Samy Vellu.

Kaum India jelas sangat marah dengan Samy Vellu. Dia sudah terlalu lama berkuasa dan tiada idea-idea baru. Jika Samy Vellu benar sayngkan kaum India, lepaskanlah jawatan Presiden MIC tersebut. Bersaralah dari politik. Biar tokoh lain pula mengambil alih.

PAS dah jadi Katolik

Tinggalkan komen

Dalam Islam adat dan budaya setempat tidak dilarang diamalkan oleh penganutnya asalkan ianya tidak menyalahi hukum syarak. Islam juga dengan tegas melarang dilakukan pembaharuan ‘bidaah’ dalam hal-hal ugama. Maka dengan berpegang pada konsep tersebut, dapatlah Islam itu dipelihara dari dipesongkan. 

Memang ada ajaran-ajaran yg berasaskan Islam tetapi kemudiannya terpesong. Ajaran-ajaran tersebut telah diperangi dan akhirnya sama ada ia kembali bertaubat atau terus keluar dari naungan Islam. Begitulah apa yang dialami oleh ajaran Ba’hai yang cuba menggabungkan semua ajaran dengan Islam dan ajaran Kod 19 Rashad Khalifah yang taksub dengan nombor hingga sanggup meminda Al-Quran untuk menepati teori nombornya sebagai contoh.  Mereka tidak diiktiraf oleh umat Islam sebagai sebahagian dari Islam.

Bagi Kristian pula terutama katolik, amalannya adalah sangat berbeza. Banyak amalan kristian yang berasal dari penyembahan objek “paganism” kaum-kaum eropah purba telah diasimilisasikan. Kristian  mengambil konsep menggabungkan amalan setempat dengan amalan ugama, dan amalan ugama diboleh ubahkan untuk memenuhi kefahaman budaya setempat bagi membolehkan ia diperkembangkan.

Maka kini dapatlah disaksikan pelbagai amalan pagan telah diserap menjadi sebahagian daripada amalan ugamanya. Hari Krismas yang diraikan pada setiap 25 Disember bukanlah hari kelahiran Isa A.S, tetapi adalah berasal daripada amalan pagan yang diberi nama pesta Yule sempena kedatangan musim sejuk . Tetapi untuk menarik minat golongan eropah purba memeluk kristian pendeta2 kristian dengan rela mengubahkan Hari Natal pada tarikh tersebut. 

Jumaat lepas, satu hari yang panggil Good Friday diraikan oleh penganut kristian. Good Friday tersebut telah disatukan dengan amalan Easter yg bersimbolkan telur. Amalan Easter adalah amalan pagan bagi menyambut kedatangan musim bunga dan kesuburan. Maka disesuaikan amalan kristian itu dengan dicipta satu konsep bangkitnya semula Isa A.S itu dari kuburnya dua hari selepas ia disalib.

Apa pun ajaran ketigaan tuhan adalah penyatuan konsep pagan dengan krisitian yang terbesar. Memandangkan eropah purba menyembah pelbagai tuhan, pendeta kristian mengambil pendekatan agar tuhan itu dipecahkan kepada tiga supaya senang difahami oleh kaum pagan purba. 

Maka tidak hairan bila kristian katolik di Malaysia berusaha sedaya upaya untuk menggunakan kata ganti nama Allah sebagai tuhan juga bagi mereka. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mengembangkan ajaran tersebut pada kaum Melayu terutama pada kaum muda-mudi melayu yang mengamalkan gaya hidup ala barat.

Tapi naik  hairan bila parti PAS yg selama ini membangkitkan isu murtad dan menyalahkan kerajaan BN yg diterajui oleh UMNO yang kononnya kurang ISLAM, tetapi mengambil pendekatan yang menyalahi pendirian mereka sendiri iaitu menyokong agar penerbitan Kristian boleh menggunakan istilah ALLAH. 

Apakah yang diperjuangkan oleh PAS kini? Sebuah parti yang dahulunya dinobatkan sebagai tiang kedua umat Melayu Islam selepas UMNO kini tak lebih sekadar bermain politik popular.

PAS rela bersekongkong dengan DAP yg merupakan sebuah parti sosialis yg dengan jelas menentang Islam.  

PAS juga rela bersekongkol dengan Parti Keadilan yang baru setahun jagung tapi penuh skandal. Malahan muslimat PAS begitu bersungguh-sungguh mempertahan seorang tokoh politik bukan Islam yang telah berzina dengan seorang pemuda Islam. Apa nak jadi.

Adakah PAS kini telah mengamalkan pendekatan menghalalkan cara, iaitu asalkan UMNO atau BN kalah, apa sahaja tindakan adalah halal. 

Jika beginilah konsepnya maka nantikan kemusnahan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Malangnya majoriti umat Islam tidak ambil kisah malah tidak bersyukur dengan rahmat Allah pada negara kita.

Jika katolik tidak kesah apa nak jadi dengan syariat ugamanya asalkan ada ramai penganut, kini PAS juga telah mengambil pendekatan yang sama, iaitu asalakan dapat sokongan, perjuangan kepada Islam boleh diubah suai. Maka tiada bezanya kini antara PAS dan Katolik. Patut benarlah mereka boleh mendapat kesimpulan yang sama dengan isu penggunaan nama Allah.

Profile Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

Tinggalkan komen

Gelaran warisan:

  • Orang Kaya Inderapura Syahbandar Negeri Pahang Darul Makmur, (membawa gelaran warisan Dato’)

Gelaran kehormat:

  • Dato’ Seri

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda, Ekonomi Industri, University of Nothingham, UK, 1974

Jawatan dalam UMNO:

  • Naib Ketua Pemuda UMNO, 1982
  • Pemangku Ketua Pemuda UMNO, 1987
  • Ketua Pemuda UMNO, 1988
  • Naib Presiden UMNO, 1993
  • Timbalan Presiden UMNO, 2004
  • Presiden UMNO, 2009

Jawatan dalam Kerajaan:

  • Timbalan Menteri Pendidikan
  • Timbalan Menteri Kewangan
  • Menteri Besar Pahang, 1982-1986
  • Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • Menteri Pendidikan
  • Menteri Pertahanan
  • Menteri Kewangan, 17/09/08 – kini
  • Timbalan Perdana Menteri, 2003-2009
  • Perdana Menteri, 2009-sekarang

Jawatan dalam Parlimen:

  • Ahli Parlimen Pekan

Dato’ Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi bersara dari jawatan tersebut.

Jangan berhenti mengharap

Tinggalkan komen

Keputusan rasmi PRK jelas tidak memihak pada BN … walaupun BN tidak rugi apa2, tapi kegagalan untuk memberikan tentangan sengit didua bukit tidak seharusnya mematahkan semangat penyokong2 pro BN.

Memang cabaran Dato’ Seri Najib terlalu tinggi, malahan kehadiran Tun Mahathir dan kehilangan Tun PakLah berkempen pun tidak membawa sebarang kesan. Jelas kemenangan hanya akan mampu tercapai dibawah daya usaha Dato’ Seri Najib sendiri.

Harapan kita semoga Dato’ Seri Najib dapat memulihkan keyakinan bermula dengan pemilihan kabinet baru yg mantap. Biar kecik asalkan effektif. Biar tak ramai yg menang jawatan pemilihan UMNO yg lalu tiada jawatan menteri asalkan Menteri-menteri baru yg dilantik bersih dan mempunyai persepsi yg bersih.

Penyokong UMNO dan pro BN janganlah berhenti mengharap. Jangan asyik menyalahkan sesama sendiri. Berikanlah harapan pada Dato’ Seri Najib. Semoga Dato’Seri Najib dapat memberikan harapan juga pada rakyat.

Older Entries