Bukan Islam Masuk Masjid

Tinggalkan komen

Isu terbaru ialah bila bukan Islam masuk masjid. Di pihak UMNO melihat ini sebagai satu penghinaan pada Islam, bagi PAS pula ia tiada salahnya. Ada pun kedua pendapat ini benar, bergantung pada situasi.

M-star (29/8/2010:: Salahkah bukan Islam memasuki masjid) melaporkan bahawa Majlis fatwa kebangsaan menetapkan bahawa: 

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Utusan Malaysia (30/8/2010:: Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!) pula mengupas isu ini:

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima ‘gelaran’ negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq ‘Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: “Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali.” (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

 

Jelaslah bahawa jika sekiranya seorang yg bukan Islam masuk ke masjid sebagai pelancong atau kerana ingin mendalami Islam, maka adalah harus hukumnya asalkan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetap. Namun yg berlaku baik dlm kes Teo Nie Ching (DAP) dan William Leong Jee Keen (PKR), kedua mereka masuk ke masjid/surau bukan atas kapasiti pelancong mahupun kerana ingin mendalami Islam, tetapi atas dasar politik yang meletakkan mereka seperti ketua kepada semua umat Islam dikawasan tersebut. Kedua mereka adalah tokoh2 DAP dan PKR, dan keduanya dengan jelas adalah bukan Islam dan juga menolak kedaulatan Islam. Mereka hanya hadir dimasjid dan surau semata-mata untuk menggula-gulakan umat Islam agar leka, seperti yang dilakukan oleh penjajah British. Inilah yang menjadikan isu ini sensitif seolah-olah Malaysia sudah tiada lagi pemimpin berugama Islam. Adakah ini persediakan PAS untuk menjual “hak kepimpinan” kepada bukan Islam asalkan dapat menjadi pemimpin kecil.

Advertisements

Status Islam – Hak Mahkamah Syariah

Tinggalkan komen

Ada lagi rupanya kes berkenaan dengan status Islam/bukan Islam, itu hari kes Lina Joy, skrang kes Allahyarham Moorthy,  … syabas pada Hakim2 Mahkamah Rayuan yang menetapkan bahawa kes itu adalah hak Mahkamah Syariah untuk menentukannya … harapnya pihak yang terlibat haruslah ke Mahkamah Syariah …. bukannya susah pun …

21/8/2010:: Hanya Mahkamah Syariah Boleh Putuskan Sama Ada Seseorang Itu Islam Atau Tidak (mstar)

Panel hakim itu membuat keputusan berkenaan ketika menolak rayuan oleh S.Kaliammal, balu pendaki Everest negara Sarjan M. Moorthy, yang penukaran agamanya kepada Islam telah menimbulkan pertikaian.Mahkamah kemudian mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Dis 2005, yang enggan menentukan status agama suami beliau atas alasan perkara bersifat sedemikian terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Kaliammal kemudiannya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Beliau memfailkan saman pemula pada 21 Dis 2005 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan kerajaan selaku responden, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa Moorthy seorang penganut agama Hindu.

Pada hari berikutnya, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kuala Lumpur memperoleh perintah ex-parte daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan bahawa Moorthy telah pun memeluk agama Islam sebelum beliau meninggal dunia.

Perintah itu turut membenarkan majlis berkenaan mengebumikan Moorthy, atau nama Islamnya Mohamad Abdullah, menurut upacara pengebumian Islam.

Beliau dikebumikan pada 28 Dis 2005 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di Gombak, Selangor. Moorthy menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah selepas terjatuh semasa dalam latihan di Kem Sungai Udang di Melaka pada 14 Ogos, 1998 dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Bekas komando tentera itu kemudiannya koma setelah terjatuh dari kerusi roda dan meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 20 Dis 2005.

Dalam penghakiman 14 muka surat itu, Hakim Zainun berkata perayu (Kaliammal)tidak dihalang daripada memohon kepada Mahkamah Syariah untuk cuba mengetepikan perintah ex-parte itu, bagi Mahkamah Syariah membuat keputusan yang adil dan saksama menurut agama Islam serta undang-undang Islam.

 

Apa hal MCA nak bergaduh dengan Perkasa …

Tinggalkan komen

Hairan juga bila MCA asyik nak bergaduh dengan Perkasa, mula-mula Wee Ka Siong, la ni Chua Soi Lek dan Liew Tiong Lai …. tak habis2 Perkasa dilabelkan sebagai rasis atau ekstremis …. apa yg rasis atau extremisnya kalau perjuangan Perkasa hanyalah untuk mempertahankan hak melayu yg sedia ada, bukannya menghina kaum bukan bumi terutamanya Cina …. yg mintak dan mendesak berlebih-lebih ialah MCA dan kaum Cina …. apa punya rasis MCA

19/8/2010:: MCA tidak tergugat dengan Perkasa (mstar)

“Memang kita tahu ada kumpulan ekstrem yang tidak berpuas hati dan akan terus mempertikaikan berbagai isu. Kita tidak sepatutnya tergugat oleh gangguan-gangguan ini.

“Kita pentingkan agenda pembangunan negara serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dana persekutuan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Kwang Tong and Kwang Sai, di sini Khamis.

Apa bezanya jual beli emas dengan konsep dinar/dirham Kelantan

Tinggalkan komen

Maka dinar/dirham Kelantan itu diniagakan dengan sandaran ringgit jugalah … kalau begitu apa yg Syariahnya dengan dinar/dirham Kelantan? Apa bezanya jual beli emas/perak biasa dengan dinar/dirham tersebut?

18/8/2010:: Kelantan buru matawang dinar, dirham (utusan) 

Siti Azian berkata, bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

“Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260),” katanya.

Kalau betul2 nakkan syariah dirham atau dinarkanlah harga barang2 dan perkhidmatan di Kelantan …. barulah ia menjadi harga tetap …

MCA bakal meninggalkan BN

Tinggalkan komen

Presiden MCA sudah pun memberikan kata putusnya … namun adakah Presiden UMNO berani untuk mempertahankan martabat dan maruah org Melayu yang sudah pun dipijak2 oleh golongan rasis Cina?

18/8/2010: Pemuda UMNO Sabah pertahankan ingatan Muhyiddin (Utusan)

“Seperti MCA yang berjuang untuk kepentingan orang Cina, UMNO juga mempunyai kewajipan tersendiri iaitu menjaga hak orang Melayu dan bumiputera.

“Tetapi jangan sampai mengeluarkan kenyataan yang bersifat ‘menjolok sarang tebuan’ kerana ia tidak akan membantu kearah persekitaran perkauman yang kondusif sebagaimana kita semua harapkan,” katanya di sini hari ini.

18/8/2010: MCA makin berani ketepikan perlembagaan (Utusan)

“MCA nampaknya semakin berani mengetepikan ketetapan Perlembagaan yang telah memperuntukkan hak bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini dengan mengemukakan pelbagai tuntutan sehingga menimbulkan rasa serba salah di pihak kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu memperkatakan tentang hak yang telah ditetapkan di sisi Perlembagaan, ia akan dikatakan perkauman atau rasis.

“Sedangkan kaum lain pula bebas melaung-laungkan tuntutan mereka atas alasan itu adalah hak yang mesti diperjuangkan dan tidak pula dikatakan rasis.

“Sehubungan itu, orang Melayu mesti membuka mata melihat seperti mana kaum-kaum lain sanggup bersatu hati memperjuangkan tuntutan mereka,” katanya.

18/8/2010: Perkasa buat laporan polis …. (Utusan)

“Soi Lek langsung tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya penduduk Melayu. Saya tahu ramai daripada kaum lain yang marah dengan ucapan beliau.

“Sesiapa yang membangkitkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum, ia adalah menyalahi undang-undang selain boleh didakwa di mahkamah.

“Beliau (Soi Lek) seharusnya sedar bahawa kenyataannya di dalam ucapan itu boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan kaum bumiputera khususnya Melayu,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Dang Wangi di sini hari ini.