Isu SUK Selangor lagi

Tinggalkan komen

EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr. Halimah Ali membuat kenyataan berikut yang dilaporkan oleh Harakah (6/1/2011):

“Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.”

“Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara,”

“Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi,”

Kenyataan Khalid Ibrahim pula:

“Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,”

“Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk  mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar  khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

“Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan,”

………………………………………………

Memang dah tak de kerja lain la kot Kerajaan Negeri Selangor ini melainkan dari menimbulkan isu-isu demi menutup kelemahan pentadbiran mereka. Sekali lagi UMNO dikambing hitamkan atas alasan campur tangan dalam menentukan siapakah yang harus menduduki jawatan SUK negeri.

Adapun jawatan SUK Negeri dilantik oleh Ketua Setiausaha Negeri selaku ketua kepada semua kakitangan Perkhidmatan Awam di Malaysia. Bukan Perdana Menteri yang memutuskannya. Adapun SUK Selangor yang baru Dato’ Khusrin Munawi bukanlah ahli UMNO, jadi macam mana nak dikaitkan beliau dengan UMNO. Dato’ Khusrin juga dikenali sebagai seorang pentadbir yang tegas, pernah menangkap bekas Mufti Perlis, Dato’ Asri yang berceramah tanpa tauliah di Negeri Selangor. Beliau pernah juga melarang UMNO/BN dari mengadakan sebarang masjil di masjid-masjid di negeri Selangor, atas arahan dan perintah Sultan yang mahukan hanya penceramah yang bertauliah dan tiada aktiviti politik di masjid-masjid dinegeri Selangor.

Adapun SUK ini adalah seorang penjawat awam. Adalah tanggungjawapnya untuk melaksanakan segala arahan dan perintah kerajaan yang memerintah sama ada PKR-DAP-PAS ataupun BN. Siapa jadi kerajaan, arahan itulah yang akan diikuti. Melainkan jikalau SUK negeri gagal melaksanakan tugasan, MB dan kerajaan negeri boleh pada bila-bila masa memohon SPA dan JPA untuk menggantikannya dengan calon yang lain.

MB Khalid pun bodo juga, mana ada kerajaan didunia ini yang boleh sewenang-wenangnya meminda undang-undang mereka pada hari ini untuk dilaksanakan pada tindakan yang telah dilakukan pada masa yang lepas. Undang-undang hanyalah terpakai pada hari ia diluluskan hingga pada pindaan seterusnya atau pembatalannya pada masa akan datang. Tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang zalim.

Sekali lagi krisis perlembagaan 1993 juga turut dikambing hitamkan. Sedangkan tidak pula dikeluarkan kenyataan ataupun salinan perlembagaan sebelum 1993. Tak lebih sekadar cakap2 kosong.

Kenapa Tokoh PAS harus bimbang

Tinggalkan komen

Dilaporkan bahawa, Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat telah mengadap Yang Dipertuan Agong pada 24/12/2010 yang lalu. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Presiden PAS, Dato’ Hadi Awang, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dato’ Nik Aziz dikatakan telah menerima titah mengadap yang dibawa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Memandangkan pertemuan tersebut adalah pertemuan tertutup, maka Dato’ Nik Aziz dilaporkan tidak mahu mengulas lanjut mengenainya melainkan mengesahkan sahaja bahawa pertemuan tersebut berlaku. Ia juga sebahagian dan majlis santapan malam yang dianjurkan oleh Yang DiPertuan Agong, yang berlangsung di Istana Terengganu Kuala Lumpur.

Apa pun tokoh2 PAS yang lain dikatakan bimbang dengan perkembangan tersebut. Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron menyatakan kebimbangan beliau andaikata usaha untuk meneruskan projek kerajaan perpaduan menjadi agenda. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga dilaporkan oleh Harakah agak tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan menyatu-patukan PAS dan UMNO. Beliau turut menempelak Tun Abdullah, dengan kata lain ” …. jangan sibuk2 nak menyatukan PAS-UMNO”

Malang sekali sekiranya usaha yang baik seperti itu dilihat sebagai satu kebimbangan. Seharusnya sebagai umat Islam, sebarang usaha kearah perpaduan masyarakat haruslah diutamakan demi kebaikankan semua pihak. Nabi Muhammad SAW sangat2 menganjurkan agar semua umat Islam bersatu padu. Baginda sendiri pernah menyatu-padukan kaum Ansar dan Muhajirrin semasa peristiwa Hijrah yang kedua, ke Madinah. Apakah kaum Melayu yang juga Islam di Malaysia ini tidak boleh mengikuti sunah itu. Janganlah bila nak berpoligami baru nak mengikut sunnah, hal yang lain boleh ditolak ketepi.

Adapun pertemuan seperti ini harus dianggap positif. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS berhenti berbalah berlebih-lebihan hingga akhirnya menggadaikan kedaulatan Islam di Malaysia ini.

Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong (Malaysiakini, 4/1/2011)

 Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap – Nik Aziz  (Harakah, 4/1/2011)

Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan PAS  (Harakah, 4/1/2011)