PKR dilaporkan akan mengadakan satu persidangan khas untuk menggubal perlembagaan parti tersebut. Isu utama yang akan dibentangkan ialah menghadkan tempoh jawatan Presiden parti, membolehkan semua ahli mengundi untuk menentukan penyandang jawatan utama parti dan menambah jumlah Naib Presiden dari lima kepada tujuh, dengan tiga daripadanya adalah lantikan dari presiden.

Langkah tersebut amat dialu-alukan, malah ia juga akan memberikan persepsi bahawa PKR mengamalkan demokrasi pada tahap yang lebih tinggi dari mana-mana parti politik di Malaysia.

Pun begitu, didalam PKR jawatan Presiden bukanlah jawatan tertinggi didalam parti. Ini kerana jawatan tertinggi parti ialah jawatan Penasihat AM parti yang disandang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Jikalau PKR membubarkan jawatan Penasihat AM ini barulah boleh nak kata PKR mengamalkan demokrasi, jika tidak ia hanya sekadar make-up sahaja. Sekarang ini pun Presiden Parti ialah Dr. Wan Azizah. Beliau walaupun sudah menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan tak lebih sekadar memegang jawatan sahaja. Ini kerana kuasanya tidak ada. Malah lebih melucukan ialah bila Presiden parti boleh meletak jawatan AP demi memberi laluan pada Penasihat parti.

Satu lagi wayang kulit dari PKR.