PAS bukan lagi dipimpin oleh Ulama

Tinggalkan komen

Blog AIDC melaporkan ceramah Hassan Ali yang mempertikaikan perjuangan PAS masa kini.

Benarlah seperti yang dikata, PAS kini hanya tinggal nama sahaja parti Islam, tetapi tiada lagi kepimpinan ulama’ kerana ulama’ tidak dipilih lagi menjadi pemimpin didalam PAS. Mat Sabu bukan ulama’, Mahfuz Omar bukan ulama’, Salehuddin Ayob pun bukan ulama’ … patut la Hassan dipecat dari PAS … ini kerana Hassan Ali pro ulama’ walaupun dia sendiri bukanlah ulama’

Kembalikan Selangor pada BN … kerajaan pakatan sampah pun tak boleh urus!!!

Tinggalkan komen

Sejak kebelakangan ini sampah-sampah dipersekitaran Bandar Baru Bangi nampak tak terterus. Mula-mula tak perasan sangat tapi mula tersedar bila kat dalam TV dan internet pun orang kecoh pasal sampah tak terurus dinegeri Selangor ini. Rupa-rupanya kerajaan negeri dibawah pimpinan Khalid Ibrahim dan Pakatan “Rakyat” yang mengaku hebat yang punya angkara.

Semuanya bermula bila mereka menamatkan kontrak Alam Flora pada 16 Oktober 2011, atas alasan bahawa alam flora banyak melantik subkontraktor yg pro UMNO.

Bagi aku tak taulah nak kata apa pun, kroni UMNO ka PAS ka DAP ka, kalau kerja bagus, on-time, tip-top tak dak hal.

Hari ni dah dua kali pusingan sampah tak diambil di Bandar Baru Bangi. Masalahnya sampah tersebut telah menjadi pusat pembiakan ulat sampah, dan ulat sampah ni dah boleh mengesot masuk dalam rumah. Jenuh seharian mencuci.

Tengahhari talipon talian Hotline¬†1-800-88-2824 … kata operator, kontraktor sampah dah lari … muahahhaha … apa punya gile … bayangkan kalau sebulan diorang tak ambik sampah, sanggupkah anda semua hidup dengan ulat sampah dan lalat berterbangan, bau yang busuk dan penyakit yang berleluasa datang dari sampah pampers, perut ikan, perut ayam, sayur dan buah busuk.

Pada semua warga Selangor, marilah tukar balik kerajaan negeri Selangor ni pada BN. Dah terbukti kerajaan Pakatan “Rakyat” ini tak boleh buat kerja. Isu pengurusan sampah adalah sangat besar. Ia berkaitan dengan kebersihan, menghindarkan penyakit dan mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk kehidupan manusia.

Sampai sekarang kerajaan Khalid Ibrahim tak habis-habis menyalahkan UMNO itu dan ini, UMNO sabotaj la hapa la … apa punya cerita la ni … penyelesaiannya tidak dicari … sekarang hangpa dah jadi kerajaan hangpa kenalah selesaikan masalah rakyat ini … kalau tak boleh buat berhenti saja jadi kerajaan

Ini sangat berbeza dengan kerajaan BN yang selama ini sudah menyediakan program pengurusan sampah yang cemerlang. Kerajaan Pakatan Rakyat haram satu sen pun tak boleh buat kerja.

Link:

mstar: Kemana hilangnya pengutip sampah?

Borneo Post: Masalah sampah terserah pada Selangor

Selangordaily dot com: Masalah sampah semakin kritikal

harakahdaily: Sampah: Selangor buka talian hotline

Suarapakatanrakyatdotcom: Masalah sampah di Selangor makin meruncing

Langkah Anwar semakin sumbang

Tinggalkan komen

Tahniah pada Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari setelah mahkamah merumuskan bahawa bukti DNA tidak dapat dipastikan 100% tidak terusik.

Namun pihak pendakwa raya dikatakan akan mengemukan rayuan untuk perbicaraan dimahkamah rayuan. Penyokong Anwar agak berang dengan tindakan yang bakal diambil oleh pendakwa raya itu, tetapi berdasarkan fakta Anwar sendiri telah mengemukakan rayuan penangguhan hampir 70 kali tanpa bantahan. Macam mana pulak rayuan dari pihak yg sebelah lagi tak boleh pula.

Keputusan pembebasan Anwar boleh dikatakan satu keputusan yg diluar jangkaan. Ini kerana pihak pembela sendiri cenderong untuk mengatakan bahawa liwat itu adalah “suka sama suka” bukan paksaan.

Apa pun strategi pembangkang untuk menjadikan kes anwar sebagai momentum tidak menjadi. Ia tak ubah seperti tsunami yg tiba-tiba hilang. Kejadian tiga bom meletup serangkai semasa hari keputusan pertuduhan anwar tidak boleh diambil ringan. Ini kerana dah memang sejak dari awal lagi puak2 pembangkang beriaya-iya benar hendak berhimpun. Azmin pun pernah mencanangkan hendak merobohkan diding penjara. Di harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kini the economist pula melebelkan Anwar sebagai seorang tokoh yang tidak boleh dipercayai, gagal membentuk tokoh-tokoh pembangkang muda, dan menjadikan partinya sendiri sebagai hak milik keluarga.

The Economist: The end of sodomy 2.0

My News Hub: Mahkamah bebas Anwar, tapi liwat suka sama suka