Bantahan guna nama Allah dalam penerbitan kristian di Malaysia

2 Komen

Apa pasal Kristian mau guna nama “Allah” … kalau mau guna nama “Allah” publish dalam bahasa arab la … kalau mau publish dalam bahasa Melayu gunalah tuhan …

yang kerajaan pun bangap juga … takkan lah tak de pakar-pakar dari segi bahasa dan undang-undang yang boleh bantai balik kumpulan Krisitian ni … macam la susah sangat nak pertahankan guna perkataan Allah itu …

  1. Bantah guna perkataan Allah, Utusan Malaysia, February 28, 2009.

Nizar tak mau pulang camry

Tinggalkan komen

Sudah-sudah la Nizar, pulangkan lah kereta camry tu … apalah yang nak dibanggakan dengan pangkat dan harta …

Sikap Nizar yang kebudak-budakkan hanya memburukkan lagi imej PAS … sebagai seorang yang katanya bagus ilmu ugamanya walaupun seorang Engineer by trainingnya, Nizar sudah tentu arif dengan kisah bagaimana Khalid Al-Walid, seorang panglima perang Islam yang dilucutkan jawatannya oleh Khalifah, tetiap bertindak professional demi menjaga keutuhan ummah …

Di Perak khalifah dan ulil amri itu ialah Sultan, yang peranannya sudah digariskan, taat dan setialah pada Sultan wahai Nizar, melainkan jika Sultan itu menyuruh pada perkara yang mungkar.

  1. Nizar tetap enggan serah kereta MB, Malaysiakini, February 27, 2009.

Elaun Exco Perak Di mansuh (Utusan Malaysia)

Tinggalkan komen

Syabas pada pembaharuan yang dilakukan oleh Exco Perak. Semoga ada banyak lagi pembaharuan yang akan dibuat demi kepentingan rakyat.

Utusan Malaysia

26/2/2009:

Elaun cuti Exco Perak dimansuh

TELUK INTAN 25 Feb. – Kerajaan negeri menarik balik elaun percutian ahli Exco sebanyak RM20,000 setahun setiap seorang pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, peruntukan itu akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri agar ia boleh digunakan bagi mengatasi masalah rakyat.

”Dalam keadaan ekonomi sebegini mendesak, elaun sebanyak RM120,000 bagi semua Exco itu lebih baik digunakan untuk mengatasi masalah rakyat dan membantu mereka yang memerlukan.

”Kita fikir tidak wajar bagi ahli Exco untuk mengambil wang tersebut dan kemudian pergi bercuti, lebih-lebih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Mesyuarat Exco kali ini merupakan kali kedua diadakan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) selepas mengambil alih pentadbiran negeri daripada pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, kerajaan negeri akan mengkaji untuk melaksanakan langkah yang sama pada tahun-tahun akan datang sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exco di setiap daerah di negeri ini secara bergilir-gilir.

Jelas beliau, pendekatan itu diambil bagi membolehkan semua Exco turun padang untuk mengetahui dan memahami masalah rakyat di peringkat akar umbi.

”Jika mesyuarat minggu ini diadakan di Ipoh, minggu berikutnya akan diadakan di daerah lain.

”Ia merupakan salah satu cara bagi kerajaan negeri mendekatkan diri dengan rakyat dan pada masa yang sama membantu mereka mengatasi apa jua masalah yang berlaku di daerah itu,” katanya.

Senarai Menteri Kewangan Malaysia

Tinggalkan komen

  1. Tun Hau Sheik Lee
  2. Tun Tan Siew Sin
  3. Tun Abdul Razak Hussein
  4. Tun Tan Siew Sin
  5. Tun Hussein Onn
  6. Tengku Razaleigh Hamzah
  7. Tun Daim Zainuddin
  8. Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim
  9. Tun Dr. Mahathir Mohamad
  10. Tun Daim Zainuddin
  11. Tun Dr. Mahathir
  12. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
  13. Datuk Seri Najib Tun Razak

Pilihanraya Malaysia

Tinggalkan komen

  1. 19 Ogos 1959
  2. 25 April 1964
  3. 10 Mei 1969
  4. 24 Ogos 1974
  5. 8 July 1978
  6. 22 April 1982
  7. 3 Ogos 1986
  8. 20-21 Oktober 1990
  9. 24-25 April 1995
  10. 29 Nov 1999
  11. 21 Mac 2004
  12. 8 Mac 2008

Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh sah yang maksimum selama 5 tahun. Selepas 5 tahun pilihanraya adalah automatik (sumber).

1975 Australian Constitutional Crisis

Tinggalkan komen

  1. Why? The Prime Minister of Australia was dismissed by the Governor General
  2. Prime Minister: Gough Whitlam
  3. Governor General: Sir John Kerr
  4. The new PM: Malcolm Fraser (formerly the leader of the opposition in the House)
  5. Issue: Power struggle between the Senate and the House of Representative

Senarai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Tinggalkan komen

  1. Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PAS) 1959–1964
  2. Tan Chee Khoon (Gerakan) 1964–1969
  3. Tan Sri Mohamed Asri Muda (PAS) 1971–1973
  4. Lim Kit Siang (DAP) 1973
  5. Datuk Amar James Wong (SNAP)
  6. Edmund Langgu Saga (SNAP) 1975
  7. Lim Kit Siang (DAP) 1975–1999
  8. Dato’ Fadzil Noor (PAS) 1999–2002
  9. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS) 2002–2004
  10. Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008
  11. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)  Mar–Jul 2008
  12. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) 2008–penyandang

Jawatan ketua pembangkang di Parlimen Malaysia adalah jawatan tidak rasmi yang dipegang oleh seorang ahli parlimen dari pihak pembangkang yang mempunyai wakil terbanyak. Selepas pilihanraya ke-12, parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memperolehi bilangan kerusi yang terbanyak dikalangan pembangkang. Oleh yang demikian, ahli PKR yang terkanan dilantik kejawatan tersebut.

Populasi Malaysia

Tinggalkan komen

Rujukan: CIA World Factbook (anggaran 2004)

  1. Bumiputra (61.4%): Melayu- 50.4%,Bumiputera lain-lain-11%
  2. Cina (23.7%)
  3. India (7.1%)
  4. Lain-lain (7.8%)

Daulat Tuanku

Tinggalkan komen

daulattuankumj31

Senarai Menteri Besar Perak

Tinggalkan komen

  1. Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz :: 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957
  2. Tan Sri Mohamed Ghazali Bin Jawi (UMNO – Perikatan – BN) ::  1 Ogos 1957 – 16 April 1960 (kali pertama) & 4 Sep 1974 – 1 Okt 1977 (kali ke-2)
  3. Datuk Shaari Bin Shafie (UMNO – Perikatan) :: 16 April 1960 hingga 7 Mei 1964
  4. Datuk Seri Ahmad Bin Said (UMNO – Perikatan) :: 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970
  5. Datuk Seri Kamaruddin Bin Mohd Isa (UMNO – Perikatan) :: 18 Mei 1970 hingga 4 September 1974
  6. Datuk Seri Wan Mohammed Bin Wan Teh (UMNO – BN) :: 1 Oktober 1977 – 1 Mac 1983
  7. Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Bin Ngah Talib (UMNO – BN) :: 1 Mac 1983 – 3 Disember 1999
  8. Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli Bin Ghazali (UMNO – BN) :: 3 Disember 1999 – 10 Mac 2008
  9. Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin (PAS) ::10 Mac 2008 – 6 Februari 2009
  10. Datuk Dr. Zambry Bin Abdul Kadir (UMNO – BN) :: 6 Februari 2009 – penyandang

Older Entries