1. Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PAS) 1959–1964
  2. Tan Chee Khoon (Gerakan) 1964–1969
  3. Tan Sri Mohamed Asri Muda (PAS) 1971–1973
  4. Lim Kit Siang (DAP) 1973
  5. Datuk Amar James Wong (SNAP)
  6. Edmund Langgu Saga (SNAP) 1975
  7. Lim Kit Siang (DAP) 1975–1999
  8. Dato’ Fadzil Noor (PAS) 1999–2002
  9. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS) 2002–2004
  10. Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008
  11. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)  Mar–Jul 2008
  12. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) 2008–penyandang

Jawatan ketua pembangkang di Parlimen Malaysia adalah jawatan tidak rasmi yang dipegang oleh seorang ahli parlimen dari pihak pembangkang yang mempunyai wakil terbanyak. Selepas pilihanraya ke-12, parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memperolehi bilangan kerusi yang terbanyak dikalangan pembangkang. Oleh yang demikian, ahli PKR yang terkanan dilantik kejawatan tersebut.