DAPig tak reti nak bezakan kereta perisai dengan kereta kebal

Tinggalkan komen

Pua Chu Kang buat lawak bodoh. Kereta perisai dengan kereta kebal pun tak boleh nak beza …. lagi satu peralatan-peralatan pertahanan ini ada harga pasaran ke???? Dia ingat beli kereta perisai macam beli Camry kot … 

Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran (Malaysiakini)

22/4/2010

 Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran. “Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2… boleh didapati kurang daripada RM 20 juta,” katanya. Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).

Advertisements

Adakah Malaysia Kekurangan Warganegara?

Tinggalkan komen

Cadangan untuk membolehkan Wanita warganegara Malaysia untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anak yang dilahirkan diluar negara kerana bapanya adalah warganegara asing adalah satu cadangan yang dialu-alukan. Pun begitu banyak yang perlu diperhalusi. Ini kerana kebanyakan warga Malaysia yang mengambil keputusan untuk berhijrah keluarnegara adalah kerana mereka tidak percaya bahawa Malaysia boleh maju, tidak percaya pada perlembagaan Malaysia yang sedia ada dan tidak sudi menyumbang tenaga untuk kepentingan negara. Mengapa kerajaan harus tergedik-gedik hendakkan mereka mendaftarkan kewarganegaraan anak mereka atas nama Malaysia. Apapun bagi mereka yang benar-benar cintakan negara, mereka amat dialu-alukan, bagi yg bencikan Malaysia pula boleh berambus lah!

Anak lahir luar negara boleh mohon kerakyatan Malaysia

PUTRAJAYA 11 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi memberi kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing memohon taraf warganegara Malaysia bagi anak yang lahir di luar negara tanpa melibatkan pindaan undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui mekanisme itu, semua rakyat negara ini sama ada wanita atau lelaki yang berkahwin dengan warga asing, boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya yang dilahirkan di luar negara.

Mekanisme itu, katanya, akan dapat menangani masalah kaum wanita Malaysia yang selama ini mengalami kesukaran untuk memastikan anak hasil perkahwinannya dengan warga asing di luar negara boleh mendapatkan taraf sebagai warga negara ini.

”Kemudahan itu diberikan melalui permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

”Permohonan boleh dikemukakan di pejabat kedutaan di negara kanak-kanak tersebut dilahirkan dan KDN akan melantik Pegawai Konsular di Kedutaan Malaysia luar negara sebagai wakil rasmi menerima permohonan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa ini, tidak terdapat sebarang peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan taraf kewarganegaraan diberi secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing.

Mengikut peruntukan sedia ada, di bawah Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia.

”Untuk itu, KDN memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi menyediakan kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

”Ibu bapa kepada pemohon hendaklah membuat permohonan secara bersama di dalam borang yang ditetapkan.

”Ini penting bagi mengelakkan pertikaian dan pertindihan taraf kewarganegaraan anak di antara ibu bapa kepada kanak-kanak di kemudian hari dan menjaga imej kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, ibu bapa anak berkenaan juga hendaklah hadir di hadapan pegawai konsular di pejabat kedutaan Malaysia.

”Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran kanak-kanak,” katanya.

Tambahnya, pemohon yang telah diluluskan taraf kewarganegaraan bagi anaknya turut dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bersama anaknya untuk memohon sijil warganegara dan MyKid.

Ratu Anjing yang Melengking

Tinggalkan komen

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU – (Panggak Binasa Terlajak Kata)

I

Ratu anjing itu pun melengking,

menyalak galak mengasah taring,

setelah lepas tersepit pengancing,

lalu keluar dari akal yang sinting, munci;

Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling menunjuk telunjuk berkait kelinking.

Makhluk juga; Takdirnya dia … anjing

tabiat ‘bagai melihat bayang di air yang bening’.

II

Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh

dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh

pameo pusaka dari benua jauh,

panggak yang terlanjur angkuh,

alibi ‘telur tembelang’ di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh

menggadaikan kabilah mudah diperbodoh

III

Suci suatu subuh itu terganggu,

salak anjing antara azan yang syahdu melihat kelibat siluman dan hantu,

tawakal muazin menuju nawaitu tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu,

bukit bukau tetap jitu gunung-ganang tetap padu,

manusia perlu berakal dan berilmu

IV

Alam maya bukan mutlak milik kita

dipinjamkan cuma sementara

dipentas ini kesempatan bersama berjuta makhluk berbagai rupa

ketentuan anjing-anjing juga ada

V

Kok anjing biar menyalak

kok bukit diar berpuncak

kok terasa menyelar bijak

bumi juga tempat berpijak

padah kata bila kata terlajak

 

Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar Selangor.

22 September 2008