Liga M dan Kelesuan Bolasepak Negara

Tinggalkan komen

Tidak dinafi keputusan Malaysia yang tewas tipis 2-3 dan 0-2 pada Manchester United minggu lepaas menceriakan peminat-peminat bola negara. Keputusan tersebut walaupun masih kalah tapi tak lah seburuk yang dijangkan. Ingatkan Malaysia bakal kena paling kurang 4 bijik gol atau lebih.

Keputusan perlawanan dengan MU tidak bolehlah dijadikan ukuran prestasi semasa skuad kebangsaan. Namun ia memberikan petuntuk bahawa jika semangat melawan dan strategi yang baik dapat dikekalkan secara konsisten maka sudah pasti kedudukan skuad negara dapat dipertingkatkaan. Apa yang dapat dilihat ialah potensi itu ada, tetapi untuk menggilap potensi tersebut adalah amat sukar. Mudah-mudahan K. Rajagopal berjaya dalam misinya.

Dalam pada itu status liga negara pula seringkali berubah-berubah. Malahan dilaporkan akan berlaku rombakan lagi pada liga M. Ini berikutan kegagalan2 kelab dan negeri dalam menguruskan kewangan mereka. Rentetan dari itu, ada kelab yang menarik diri dari pertandingan hingga struktur liga terpaksa dirombak.

Sebagai peminat bola, rombakan2 demi rombakan rasanya bukanlah sesuatu yang baik. Mungkin ada baiknya jika format Liga M kembali semula pada pertandingan peringkat negeri dan kelab. Pisahkan sahaja keduanya. Apa salahnya kalau dibuat satu liga negeri, biar satu division aje, tapi semua negeri bertanding, lapan yang terbaik dapat teruskan ke piala Malaysia. Piala FA pula kalah mati antara semua pasukan negeri untuk pemain2 junior bawah 23 tahun. Bagi kelab pula mereka boleh bertanding piala FAM … buat kalah mati sahaja … ini bakal mengurangkan beban perbelanjaan kelab-kelab terbabit … setiap tahun pertandingan terbuka pada mana2 kelab yg mahu bertanding.

Apa yang kita hendakkan ialah kemeriahan bolasepak itu kembali menceriakan dunia peminat bola negara. Sistem yang ada sekarang mungkin cuba diadaptasi dari negeri luar yang berteraskan kelab-kelab professional. Ia tidaklah salah, tetapi kekuarangan kelab2 tempatan juga persatuan negeri ialah kewangan, beban kewangan itulah yang menjadi puncanya.

Ada baiknya kalau kita mula kecil-kecil semula seperti era 80an dan 90an yang perasaannya cukup meriah sekali. Apa yang penting ialah liga negeri harus dijadikan sebagai liga peringkat tertinggi dengan pemainnya bermain secara professional. Cukuplah 14 pasukan diperingkat negeri. Dalam 14 itupun, jurulatih skuad kebangsaan ada sekurang2nya 154 pilihan pemain untuk diserap keperingkat kebangsaan jika hanya kesebelan utama diambil kira.

Pasukan kelab pula biarlah untuk amatur, dan sebaiknya dibuat begitu. Lihat sahaja Selangor MPPJ. Juara Piala Malaysia 2003. Masuk 2006 telah mengalami masalah kewangan dan berkubur terus pada 2007. Ini bukan sebarang pasukan. MPPJ sendiri adalah antara Majlis Perbandaran (kini Bandaraya) yang mempunyai kewangan yang agak besar. Tetapi hanya mampu hidup tak sampai 10 tahun. Malahan banyak lagi kelab2 lain yang bermasalah dan trend yang hampir sama diperlihatkan dengan kelab2 lain.

Sebenarnya peminat2 bola tak kesah pun kalau liga M hanya ada pasukan negeri sahaja. Malahan lebih seronok rasanya begitu. Anak2 negeri biasanya akan kembali menyokong negeri masing, inilah yang membuatkan ianya meriah.

Bukan bilangan pasukan yang bertanding itu punca meriah. Sedikit pun tak pe asalkan menghiburkan. Nak menguruskan pun senang

Advertisements

BUBARKAN DUN PULAU PINANG

Tinggalkan komen

Pakatan DAP/PKR/PAS ternyata gagal memenuhi aspirasi rakyat. Oleh yang demikian tidak layak mereka menggelar diri mereka “pakatan rakyat” kerana apa perjuangan untuk rakyat yg telah mereka lakukan sejak menjadi kerajaan. Sebaliknya apa yang terjadi berlaku skandal sana sini.

Negeri Perak telah disalah urus secara membabi buta hingga mendorong tiga ADUN pakatan keluar menjadi bebas. Kini Perak kembali aman. Tinggal persatuan bola sepak Perak sahaja yg masih dipimpin oleh Nizar. Natijahnya pasukan Perak tiada wang untuk membayar gaji pemain. Hampir 90% pemain senior berpindah. Kedudukan dalam liga Super pun teruk. Apa kata Nizar bagi saja pada Zambry, gerenti OK. Pasukan Perak pun akan kembali gah kembali.

Di Selangor kecoh dengan penglibatan Ronnie Liu dan Ean Yong dengan kongsi gelap dan penyelewangan Dana.

Di Pulau Pinang yang dikuasai sepenuhnya oleh DAP dan dipimpin oleh S/U Agongnya bersikap lepas tangan. Kes Penduduk India di Kampung Buah Pala tidak dihiraukan. Malahan mereka cuba pula menyalahkan kerajaan BN dahulu dan cuba pula memindahkan isu itu pada kerajaan pusat. Pada hal ia adalah masalah negeri.

Nasib baik Datuk Seri S. Samy Vellu masih lagi mampu memberi khidmat. Beliau adalah antara tokoh politik yang paling banyak diburuk-burukkan oleh pembangkang. Kehadiran Hindraf yang membuat kacau seolah2 menenggelamkan fungsi MIC hinggakan masyarakt India menjadi antara mereka yg anti BN.

Namun kesediaan Samy Vellu dan MIC untuk mendapatkan RM3.2 juta bagi menebus kembali tanah2 untuk orang India tersebut sangatlah dialu-alukan. Kini bola dikaki Lim Guan Eng, adakah mahu menolong atau mahu berpolitik. Apapun jika berjaya Samy Velly dan MIC telah menabur budi yg sangat besar untuk masyarakat India.

Bagi DAP pula, jelas mereka tidak berfungsi langsung sebagai kerajaan negeri. Mereka gagal menyelesaikan sebarang isu. Ada baiknya dibubarkan sahaja DUN Pulau Pinang, buat pilihanraya baru

Bernama:

26 Julai, 2009 13:51 PM

MIC Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan P.Pinang Selesai Isu Kg Buah Pala

BUTTERWORTH, 26 Julai (Bernama) — MIC sedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, di Bukit Gelugor dekat sini demi kepentingan masyarakat India.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya telah hubungi beliau (Lim) pagi ini dan kami akan tentukan tarikh perjumpaan pada petang ini bagi mencari jalan penyelesaian masalah penduduk India di kampung berkenaan.

“Mungkin perjumpaan itu akan diadakan dalam tempoh dua atau tiga hari ini dan saya akan datang sekali lagi ke Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini Ahad.

Samy Vellu berkata adalah lebih baik mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah penduduk Kampung Buah Pala daripada bertelagah antara satu sama lain.

“Menjadi tugas dan tanggungjawap MIC untuk membantu dan mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang melibatkan masyarakat India di negera ini.

“Kita harap perbincangan yang akan diadakan dengan Ketua Menteri itu akan membuahkan hasil yang positif kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Samy Vellu sekali lagi menyatakan kesediaan MIC untuk membayar RM3.2 juta berdasarkan harga premium bagi mendapatkan kembali tanah Kampung Buah Pala itu.

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd.

Koperasi itu melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos ini.

— BERNAMA

Berita Harian:

KUALA LUMPUR: MIC akan mendepositkan bayaran premium RM3.2 juta dengan peguam parti itu bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Katanya apabila kerajaan Pulau Pinang bersedia menyerahkan tanah berkenaan kepada penduduk Kampung Buah Pala, maka peguam parti akan membuat bayaran kepada kerajaan negeri itu.

“Saya telah mengarahkan peguam MIC supaya menulis kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah berkenaan. Peguam akan mengirim wang tersebut apabila kelulusan tanah diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata dalam mana-mana urusan tanah, bayaran akan hanya dibuat selepas transaksi atau dokumen transaksi siap.

“Di sini, kita mempunyai seorang Ketua Menteri memberitahu kita supaya membayar terlebih dahulu sebelum berbincang,” katanya, sambil menegaskan bahawa MIC akan berpegang kepada janji dan menggesa Lim supaya turut berbuat demikian.

Samy Vellu berkata beliau terkejut dengan kenyataan Lim bahawa MIC “berbohong” apabila menyatakan bahawa parti itu akan membayar premium sebanyak RM3.2 juta.

“Saya menghormatinya sebagai pemimpin muda yang dinamik. Tetapi malangnya dia boleh berkata apa jua mengikut kesesuaiannya untuk ketika itu dan dia akan berpusing apabila terdesak.

“Kami perlu melihat apa Lim nak cakapkan mengenai isu Bukit Cina di Melaka dan banding dengan apa yang dia lakukan dengan Kampung Buah Pala,” katanya.

DAP, di mana Lim menjadi setiausaha agungnya, telah menyelesaikan isu Bukit Cina pada 1984 dan Lim dipetik sebagai berkata bahawa ia menunjukkan keutamaan DAP dalam memulihara budaya dan warisan penting berbanding projek pembangunan untuk keuntungan pihak swasta.

Samy Vellu berkata MIC juga ingin menyelamatkan Kampung Buah Pala demi memulihara warisan dan kebudayaan India.

Beliau menggesa kerajaan negeri itu supaya tidak mengaburi mata rakyat kerana tanah berkenaan dipindahkan semasa Lim menjadi Ketua Menteri dan bukan oleh kerajaan negeri sebelum ini. – Bernama

BUBARKAN DUN SELANGOR

Tinggalkan komen

DUN Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi huru-hara dibawah pentadbiran Pakatan DAP/PKR/PAS. Universiti Selangor (UNISEL) telah menjadi medan merekrut kader2 PKR. Ahli2 politik Pakatan DAP/PKR/PAS sesuka hati membuat ceramah politik di UNISEL dan menghina Canselor UNISEL sendiri (Datin Seri Rosmah Mansur).

Tak cukup dengan itu, terdapat pula bukti-bukti yang menunjukkan berlaku penyelewangan DANA yang kini disiasat oleh SPRM. Malah keterlibatan ADUN2 DAP dengan kumpulan penjenayah terancang. Kematian Teoh adalah kemuncak pada keterlibatan mereka dengan dunia penjenayah.

Ketua Pembangkang Selangor Dr. Khir Toyo pula difitnah ole ADUN DAP Sekinchan bahawa rumah Khir bernilai RM24 juta. Tapi Dr. Khir telah membuktikan mereka silap. Tapi kerana nak melindungi ADUN tersebut dari menerima saman, dibuat sesuka hati bahawa kawasan banggunan DUN Selangor adalah kawasan autonomi, dan mereka kebal dari sebarang undang-undang.

Maka jika begitulah jadinya maka kezaliman telah dilakukan, penyelewengan telah memuncak dan kuasa telah disalahguna. DUN Selangor dan Kerajaan Selangor sudah huru-hara. Ada baiknya jika DUN Selangor dibubarkan untuk dillakukan satu pilihanraya baru yang bersih.

DAP Sudah Panas Di Selangor

Tinggalkan komen

DAP ternyata sudah kepanasan di Selangor dengan ADUN2 mereka membuat “peel” yang pelik2. Selepas kematian Teoh, Ronnie Liu tedang pintu bilik mayat. Kini Ronnie dan Ean membuat kenyataan yg konon2 ada komplot mahu memecahbelahkan Pakatan DAP/PKR/PAS di Selangor.

“Mengapa exco DAP sahaja yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut? Apakah ada komplot politik untuk mencemar nama baik kerajaan negeri?” soal mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

(Malaysiakini)

Nampaknya kalau betul la ia satu komplot DAP kena bantai balik Azmin Ali dan Wee Choo Keong. Mereka ini bukan orang BN tapi orang PKR. Maka jika betul ada komplot bermakna komplot itu adalah ciptaan orang PKR lah. Mungkin mereka pun dah bosan dengan sikap sombong ADUN2 DAP yang telah menjadi KADOK NAIK JUJUNG.

Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS Menafikan Peruntukan DUN kawasan Pembangkang Selangor

Tinggalkan komen

M-Star melaporkan:

Sabtu Julai 25, 2009

Liu dedah butiran perbelanjaan DUN Sg. Pelek

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu petang tadi mendedahkan butiran perbelanjaan awam bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, sekali gus menafikan wujudnya elemen penyalahgunaan dana kerajaan.

Sambil mendakwa dokumen-dokumen yang dimuatkan dalam blog http://t4tbh.blogspot.com yang muncul sejak kelmarin, sebagai maklumat palsu, pemimpin DAP itu memberitahu, beliau mempunyai rekod butiran perbelanjaan dan bukti dalam bentuk foto.

“Kami menggunakan prosedur yang telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (sebelum ini).

“Dan, kami melakukan lebih daripada itu dengan mempunyai bukti foto,” kata beliau sambil menambah, kesemua program yang dianjurkan memerlukan kelulusan pegawai-pegawai daerah terbabit sebelum dilaksanakan.

Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran mendakwa pengendali blog berkenaan telah memalsukan butiran yang diperoleh daripada blognya (www.colour-blind.org) bagi menggambarkan pemimpin-pemimpin DAP sebagai korup.

“Blog itu mendakwa lima hingga 10 peratus peruntukan disalurkan kepada ADUN ataupun Ibu Pejabat DAP (sebagai komisyen).

“Ia satu pembohongan. Jika St. John’s (Ambulans) memperoleh RM30,000 daripada saya, mereka akan menerima RM30,000. Tidak satu sen pun kurang,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Sambil menolak beberapa perkara yang ditunjukkan oleh blog berkenaan, Liu berkata, wujud kesilapan yang cukup ketara termasuk perbelanjaan bagi program yang dijalankan pada Januari dan Februari tahun lalu.

Pilihan raya umum diadakan Mac 2008.

Banyak aspek yang digambarkan oleh blog berkenaan adalah sesuatu yang sengaja “dibuat”, antaranya pembelian hamper bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seberang Perai, Pulau Pinang.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil berat soal peruntukan kerajaan untuk bahagian DUN Sungai Pelek, Liu berkata, ada ADUN yang dikhaskan untuk menyedia kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

“Ini diputuskan oleh Exco Kerajaan Negeri kerana kami tidak percayai ADUN Barisan Nasional,” katanya.

Liu juga menjelaskan sebab ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How merupakan penerima kebanyakan bayaran di DUN Sg. Pelek.

“Wong bukan merupakan kontraktor. Kadangkala cek dihantar kepada pusat khidmat saya terlebih dahulu dan Wong merupakan pemilik akaun bagi pusat khidmat saya.

“Ini berlaku apabila kami tidak boleh mengeluarkan cek secara langsung seperti bayaran bagi makanan, kanopi dan sistem PA,” katanya.

Wong yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga merupakan pembantu khas kepada Liu bagi kawasan Sungai Pelek dan Setiausaha DAP Cawangan Sungai Pelek.

Kenyataan Ronniu Liu bahawa Kerajaan Pakatan DAP/PKR/PAS tidak percaya pada ADUN2 BN jelas merupakan satu penindasan. Mungkin penindasan dan kezaliman jika dilakukan oleh Pakatan DAP/PKR/PAS ianya akan menjadi HALAL.

DAP harus digantung pendaftarannya oleh ROS

Tinggalkan komen

Teo Beng Hock adalah setiausaha politik kepada EXCO DUN Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP). Teo telah ditemui mati dibanggunan SPRM Selangor pada 16/7/09 pada jam 1:30 petang. Dia berada disana kerana telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan berhubung dengan kes penyelewengan dana kerajaan negeri dan keterlibatan DAP Selengor dengan kegiatan kongsi gelap.

Isu DUN Selangor menjadi gempar selepas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendesak supaya dilakukan rombakan EXCO. Ia kemudiannya menjadi huru hara apabila ADUN PKR Wee Choo Keong membuat sindiran tentang keterlibatan exco Kerajaan Selangor dengan kongsi gelap. Dengan tidak semena-mena Teresa Kok dan Ronnie Liu menghentam ADUN Wee.

Susulan dari itu, SPRM kemudiannya menyerbu beberapa pejabat ADUN2 DAP tersebut dan melakukan siasatan. Ramai saksi kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk mendiang Teoh.

DAP ternyata nampak tertekan, malahan demi mengelakkan ADUNnya disaman oleh Dr. Khir Toyo, mereka telah mengistiharkan banggunan DUN Selangor sebagai kawasan kebal. Mereka “mengatasi undang2” selagi berada di kawasan DUN.

Tindakan DAP jelas merungsingkan, malah menjadi tanda tanya. Yang nyata mereka cuba menidakkan kesalahan mereka dengan menudung jadi pada SPRM dan PDRM. Adalah lebih baik jika pendaftaran DAP digantung sementara bagi membolehkan ia disiasat dengan lebih terperinci.

Mahukah kita rakyat MALAYSIA mempunyai sebuah parti politik yang terlibat dengan jenayah terancang?  DAP harus membuktikan mereka adalah parti yang bersih.

Pemansuhan PPSMI

Tinggalkan komen

Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran semalam telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.  Keputusan tersebut yg diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dibuat setelah kementerian mempertimbangkan data-data yang telah dianalisa sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, PPSMI didapati tidak memberikan manfaat yang berkesan pada para murid sekolah. Prestasi murid-murid sekolah selepas peperiksaan tidak menunjukkan perkembangan.

Keputusan Kerajaan tersebut menerima riaksi yang berbeza-beza dikalangan tokoh2 dan rakyat. Prof DiRaja Ungku Aziz menyokong penuh tindakan kerajaan. Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pula merasa sedih kerana PPSMI dilaksanakan ketika beliau masih lagi PM, dan ia adalah diantara keputusan terakhir yg dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir selaku PM pada waktu tersebut.

Pun begitu, kerajaan tidaklah mengetepikan langsung program-program pembanggunan bahasa Inggeris disekolah. Langkah2 yg dinamik telah digariskan oleh kementerian untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris. Langkah2 tersebut antara lain menambahkan waktu pembelajaran bahasa Inggeris. Malahan guru-guru bahasa Inggeris turut akan ditambah. Penekanan pada aspek tatabahasa inggeris turut diketengahkan. Langkah ini adalah jauh lebih baik dari mengajarkan bahasa inggeris didalam mata pelajaran matematik dan sains. Ini kerana PPSMI tidak dapat memberikan penekanan pada penguasaan bahasa melainkan hanya pengetahuan pada istilah-istilah sahaja.

Apa pun keputusan kerajaan dalam hal ini adalah satu tindakan yang bijak. Syabas pada kerajaan, Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin.  Adalah lebih sempurna jika pengajian bahasa diajarkan secara khusus bukannya dengan dikembarkan dengan mata pelajaran yang lain. Seperti yang ditegaskan oleh PM, kerajaan tidak mengetepikan penekanan pada penguasaan Bahasa Inggeris, sebalik Kerajaan menambah baik program pengajian tersebut.