Senarai Ketua Menteri Pulau Pinang

Tinggalkan komen

Ketua Menteri adalah Ketua Eksekutif negeri-negeri di Malaysia yang bukan dinaungi oleh Raja atau Sultan. Ketua Menteri dilantik oleh Yang DiPertua Negeri dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi negeri tersebut.

  1. Tan Sri Wong Pow Nee (MCA – BN) :: 1957 – 1969
  2.  Tun Dato’ Seri Dr. Lim Chong Eu (Gerakan – BN) :: 1969 – 1990
  3.  Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan – BN) :: 1990 – 2008
  4.  Lim Guan Eng  (DAP) :: 2008 – sekarang

Kerana raba-meraba

Tinggalkan komen

Kes raba-meraba biasa berlaku dalam keadaan yang sesak. Lelaki biasanya dikaitakan sebagai peraba, manakala wanita pula sebagai yang kene raba. Mengapa kes raba boleh berlaku? Salah satu sebabnya adalah kerana ransangan nafsu yang diperolehi secara visual ataupun bau yang memberikan tafsiran pada mental untuk menggerakkan anggota seperti tangan untuk memegang bahagian tertentu individu yang lain.

Sebelum anggota badan diaktifkan, mental peraba telah membuat penilaian terperinci dengan keadaan semasa. Dalam hal ini keadaan yang sesak memberikan satu kesempatan pada siperaba untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dengan perbuatannya.

Di Jepun khabarnya, golongan wanita telah meminta untuk diwujudkan coach khas untuk wanita demi untuk mengelak dari diraba. Golongan lelaki juga turut meminta agar diwujudkan satu coach khas untuk lelaki sahaja, untuk mengelakkan diri dari dituduh meraba. Ini kerana terdapat kes-kes tuduhan palsu tetang lelaki meraba.

Nampaknya kalau nak berlaku adil memang kena wujudlah coach berasingan untuk lelaki dan perempuan.  Tapi boleh jadi juga yang perempuan itu diraba oleh perempuan juga. Dan lelaki itu diraba oleh lelaki juga. Dunia akhir zaman macam-macam boleh jadi. Samalah dengan kes Dato’ Seri Anwar dengan bekas “coffee boy” nya Saiful Bukhari. Kes bakal disebut dimahkamah pada 1 Julai ini.

Apa pun, janganlah diamalkan perbuatan meraba ini, baik antara lelaki-perempuan, perempuan-lelaki, perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki.

Apa itu melayu/bumiputera?

4 Komen

Melayu Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mana apa yang ditakrifkan sebagai Melayu itu telah diwartakan didalam Perlembagaan Malaysia: 

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai …  seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Perkara 160 turut memberikan takrifan kepada orang Asli, manakala Perkara 161A memberikan takrifan pada Anak Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Secara amnya Melayu, Orang Asli, Anak Negeri adalah dikelasifikasi sebagai bumiputera, iaitu kaum asal Malaysia. 

Takrifan undang-undang yang dinyatakan didalam Perlembagaan adalah satu perlindungan terhadap hak milik kaum bumiputera agar tidak ketinggalan, tertindas, dan diabaikan.

Cerita Pasal RON

Tinggalkan komen

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan pengstrukturan semula rating petrol dipasaran. Antara lain, petrol RON 92 akan dimansuhkan penjualannya dan digantikan dengan petrol RON 95 sebagai petrol kadar biasa. Petrol RON 95 akan dijual pada harga kawalan yang lebih rendah bersubsidi, manakala RON 97 akan dijual pada kadar yang tinggi, tanpa subsidi.

Pelbagai pengguna menyuarakan pandangan yang pro dan kontra. Bagi yang pro mereka melihat perkara ini sebagai satu langkah yang bijak memandangkan petrol RON 95 adalah juga petrol kadar biasa dipelbagai negara lain seperti Australia, Japan, dan UK.

Bagi yang kontra pula, langkah tersebut, walaupun bagus, tetapi mungkin akan tetap memberikan impak kenaikan harga.

Kedua pendapat tersebut ada benarnya. Namun masih ramai yang keliru apa itu RON 92, 95, 97, dsb. Disini apa itu RON akan cuma dihuraikan dengan cara yang mudah.

RON itu adalah singkatan pada Research Octane Number atau dlm melayunya Nombor Penyelidikan Oktana untuk petrol tanpa plumbum. Ia berkait rapat dengan kualiti petrol tersebut.

Kualiti petrol yg menjadi pentunjuk disini ialah sifat petrol, yang mana petrol yang mempunyai RON yg rendah mempunyai kecenderungan untuk membakar lebih awal “pembakaran pra-matang”. Sebagai mana org “ADAM” sensitif dengan frasa “pancutan pra-matang” begitulah juga sensitifnya injin petrol dengan pembakaran pra-matang. Pembakaran pra-matang mempunyai kesan buruk iaitu, ia menyebabkan injin kurang berkuasa, malah pada jangka panjang boleh merosak injin tersebut. 

Injin petrol yang mempunyai RON yg rendah akan membuat bunyi bising seperti bunyi ketukan. Ini berlaku kerana petrol dah terbakar dulu sebelum pada masa yg sepatutnya. Tetapi petrol yang mempunyai RON yang tinggi mampu untuk menghalang fenomena tersebut. Maka RON itu ialah kadar bahan tambahan yg wujud dlm petrol tersebut bagi membolehkannya mempunyai kebolehan anti-ketuk. 

Persoalannya berapa tinggi dan rendah RON adalah wajar?

Bagi kereta-kereta yang dibina dari tahun 90an keatas, injin kereta tersebut telah direka bentuk untuk berfungsi pada kadar terbaik dengan RON 95. Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta kenalah merujuk pada buku manual kereta masing2. Maka tidak akan ada masalah kualiti pada RON 95 kerana dah memang sesuai.

Petrol RON lebih daripada itu katanya dapat memberi prestasi yang lebih tinggi sepeti V-Power yg mempunyai RON 98/99. Namun bagi kereta komersial asalkan RON 95 atau lebih dah kira OK. Jika ada yang ragu2 sama ada RON 95 ok ke tidak, jawapnya OK.

Namun jika ada yg ragu2 sama ada harga barang akan tetap naik walaupun pengguna digalakkan menggunakan RON 95 bukan RON 97, jawapannya mungkin takde. Ini kerana kalau minyak turun sekalipun, harga barang mana nak turun dan penjual barang tetap akan cuba cari jalan untuk naikkan harga. 

Dengan kewujudan RON 95 dapatlah pengguna pilihan yg lebih untuk petrol. Tetapi bagi persoalan tentang harga barang, kerajaan harus ada satu kaedah untuk menangkis perbuatan menaikkan harga barang. Jika tidak sia-sia sahaja.

Mungkin kaedah yg terbaik pertama sekali ialah kaedah psikologi, iaitu, petrol RON 95 guna pam label warna hijau … petrol RON 97 guna pam label warna merah, buatlah standard semua stesen minyak begitu. Ini kerana ramai yg dah terbiasa dengan perbezaan hijau/merah, walaupun minyak petrol berplumbum sudah lama pupus dipasaran.

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Tinggalkan komen

Posting asal: 22/2/2009
*Kemaskini: 7/4/2009
  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: 31/8/1957 – 22/9/1970
  2. Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein: 22/9/1970 – 14/1/1976
  3. Tun Hussein Bin Dato’ Onn: 15/1/1976 – 16/7/1981
  4. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed: 16/7/1981 – 31/10/2003
  5. Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi: 31/10/2003 – 3/4/2009
  6. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Razak: 3/4/2009 – penyandang*

Antara orang Penan dan Pemuda UMNO

Tinggalkan komen

Teringat pada kisah orang Penan setelah menonton sebuah dokumentari oleh BBC.

Dokumentari tersebut berkisar tentang pengalaman seorang pengkaji sosiologi yang berminat untuk menyaksikan sendiri bagaimana kehidupan orang Penan di Sarawak.

Dianggarkan kaum Penan di Sarawak dalam sekitar 200 orang (kira-kira 4 kali ganda kurang dari bilangan perwakilan Pemuda UMNO diperhimpunan agung 2009). Mereka hidup secara bermasyarakat yang nomad. Aktiviti utama adalah memburu dan mengumpul hasil hutan.

Pengkaji tersebut mengakui bahawa dia masuk ke lokasi orang Penan secara senyap-senyap untuk mengelak dari diberkas oleh pihak berkuasa.

Sepanjang beberapa minggu tinggal bersama kaum Penan tersebut, pengkaji mengkagumi sikap keramahan kaum Penan tersebut. Malah kaum Penan juga telah melayan pengkaji tersebut dengan baik.

Tidak seperti Bruno Manser yang pernah menggegarkan negara dengan isu-isu kaum Penan secara agresif dan ganas, pengkaji dokumentari ini tidak berminat dengan isu seperti itu. Namun begitu, jelas didalam dokumentari tersebut kaum-kaum Penan dari generasi muda hingga ke tua bersungguh-sungguh mendesak agar sipengkaji dapat memberikan satu penyelesaian untuk mereka. Ini benar-benar satu dugaan yang berat, kerana sipengkaji itu sendiri merasa serba-salah.

Namun demikian, dokumentari tersebut telah menyimpulkan bahawa kaum Penan berpendapat bahawa mereka lebih selesa hidup didalam hutan, memburu dan meneruskan tradisi kehidupan nomad. Kaum Penan tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang realiti politik semasa antara hubungkait kerajaan Malaysia dengan taraf  orang Penan sebagai warganegara. Syarikat-syarikat pembalakan adalah satu pihak yang ganas yang tidak digemari oleh kaum Penan.

Malahan beberapa orang Penan yang ditemui dalam dokumentari tersebut, beranggapan bahawa Penjajah British adalah pemerintah yang terbaik kerana British tidak menggangu kehidupan mereka. Mereka seolah-olah beranggapan bahawa Kerajaan Malaysia adalah penjajah.

Namun sebuah dokumentari tidak boleh dijadikan ukuran kerana ia sendiri bukanlah satu kajian yang menyeluruh. Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang Penan agak kabur. Mereka orang Penan tidak menolak kemajuan, tetapi konsep kemajuan mereka mungkin agak asing.

Apa pun pihak Kerajaan Malaysia dan Sarawak sudah tentu lebih memahami isu orang Penan. Yang dikhuatiri ialah orang-orang Penan tersebut telah menerima dakyah songsang kumpulan2 pejuang hak asasi barat yang lebih suka melihat orang-orang Penan hidup dalam keadaan yang sama seperti beratus tahun dahulu dan sekadar menjadi hiburan dan objek kajian akademik.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasa sedih jika kaum Penan masih ketinggalan berbanding kaum-kaum yang lain dalam era zaman kecanggihan siber ini. Namun sepertimana Pemuda UMNO yang tidak rela meninggalkan amalan yang sudah menjadi tradisi darah daging mereka, tiada siapa yang berhak memaksa kaum Penan untuk mengubah cara hidup tradisi. Mungkin juga kurang usaha dari pihak lain untuk benar-benar mengubahnya?

Senarai Menteri Besar Perak

Tinggalkan komen

  1. Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz :: 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957
  2. Tan Sri Mohamed Ghazali Bin Jawi (UMNO – Perikatan – BN) ::  1 Ogos 1957 – 16 April 1960 (kali pertama) & 4 Sep 1974 – 1 Okt 1977 (kali ke-2)
  3. Datuk Shaari Bin Shafie (UMNO – Perikatan) :: 16 April 1960 hingga 7 Mei 1964
  4. Datuk Seri Ahmad Bin Said (UMNO – Perikatan) :: 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970
  5. Datuk Seri Kamaruddin Bin Mohd Isa (UMNO – Perikatan) :: 18 Mei 1970 hingga 4 September 1974
  6. Datuk Seri Wan Mohammed Bin Wan Teh (UMNO – BN) :: 1 Oktober 1977 – 1 Mac 1983
  7. Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Bin Ngah Talib (UMNO – BN) :: 1 Mac 1983 – 3 Disember 1999
  8. Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli Bin Ghazali (UMNO – BN) :: 3 Disember 1999 – 10 Mac 2008
  9. Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin (PAS) ::10 Mac 2008 – 6 Februari 2009
  10. Datuk Dr. Zambry Bin Abdul Kadir (UMNO – BN) :: 6 Februari 2009 – penyandang