Antara bola dan lumba motor

Tinggalkan komen

Tak sangka pula Liverpool boleh membelasah MU 4-1 … kalau “2-1” masih logik lagi. Dikala MU sedang berada ditahap tertinggi dalan permainan mereka, kejayaan Liverpool adalah satu kejayaan moral.

Dalam pada itu, dalam pertandingan WSBK pula, juara AMA Superbike 3 kali Ben Spies terus mempamerkan persembahan yang terbaik apabila menjuarai kedua-dua perlumbaan di Qatar, mengenepikan Noriyuki Haga dan Max Biaggi. Ramai dikalangan peminat lumba motor yang agak terkejut, tapi taklah terperanjat dengan kejayaan Ben Spies ini. Tidak terperanjat kerana dia memang seorang pelumba yang handal.Tapi terkejut kerana tidak sangka dia dah pun menang tiga kali dalam empat perlumbaan. Rugi benarlah pasukan MotoGP Suzuki yang melepaskan Ben Spies begitu sahaja. Ternyata selepas persaraan Kevin Schwantz, pasukan MotGP Suzuki semakin hilang daya saing.

Musim baru WSBK

Tinggalkan komen

Ben Spies memulakan langkah yg baik apabila berjaya memenangi pusingan kedua di Philips Island …

Terbaru, Noriyuki Haga baharu shaj memenangi pusingan pertama perlumbaan di Philips Island [4] …. Ben Spies ke-16, Max Biaggi ke-11

……………………………………………………………………………………………………….

Sedar tak sedar dah bermula musim baru WSBK 2009 … pusingan pertama di Philip Island, Australia.

Ben Spies (Yamaha) membuat kejutan dengan memperolehi tempat pertama kelayakan Superpole. Bagi Spies, ini adalah musim pertama penglibatannya dlm WSBK.

Turut membuat kejutan ialah Max Biaggi yang akan bermula ditempat kedua dengan menunggang Aprillia … Aprillia kembali semula ke WSBK musim ini setelah bertahun-tahun menghilang … boleh tahan juga pencapaian awal Aprillia tersebut.

  1. Spies takes Superpole, Rea third, Eurosport, Feb 28, 2009.

  2. Philips Island Results, Eurosport, Feb 28, 2009.
  3. 2009 World Superbike Calendar, Eurosport, Feb 27, 2009.
  4. Race result 1, Crash.net, Mar 1, 2009