Apa Nik Aziz ajak Muzakarah????

Tinggalkan komen

Sama ada Nik Aziz dah nyanyok ataupun main politik lagi, ari tu marah benar dia bila Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa bermuzakarah dengan UMNO sampai kene tukar istilah jadi mubahalah … nak gelak pun ade gak … macam-macam peel la PAS sekarang ni

hahah itulah dulu sombong benar … dengar cerita sekarang PAS dah kehilangan banyak sokongan, lebih-lebih lagi bila Hassan Ali kene pecat …

entah kenapa Hassan Ali kene pecat, Hassan Ali sendiri pun tak tahu pasal tak pernah dipanggil bela diri … tau-tau dah kene pecat … apa punye sistem la, dlm pada PAS kutuk ISA yg tak masuk bicara, rupanya depa lebih-lebih lagi plak mengamalkan ‘ISA’ mereka sendiri

tapi Tan Sri Muhyiddin pun dah kata elokla kalau PAS nak muzakarah UMNO ok aje demi kebaikan ummah … tapi bagi tok tok pembangkang UMNO ni masih lagi parti yg zalim, yg korup dan macam2 lagi la … suka hati la labu … jangan kufur nikmat, nanti Allah tarik balik nikmat tu baru tahu …

Advertisements

Perihal aiskerim ….

Tinggalkan komen

Aiskerim adalah sejenis makanan yang dikelasifikasikan sebagai manisan. Sejarah aiskerim boleh dijejaki sejak zaman parsi, lebih 400 tahun sebelum masihi lagi. Pada masa tersebut peti ais masih belum direkacipta lagi … jadi org-org parsi telah menggunakan ais dari salji yang kemudiannya dicampur dengan buah, saffron dan lain-lain perasa lagi.

Sejak turun temurun aiskerim menjadi hidangan istimewa malah menjadi salah satu hidangan istimewa istana diseluruh dunia. Kini ada pelbagai jenis aiskerim dijual dimana-mana kedai dan pasaraya. Jenama pun pelbagai, ade padle pop la, cornetto dan banyak lagi.

Baru-baru ini telah diadakan satu kempen makan aiskerim “duduk jilat sampai bersih” di dataran shah alam. Penganjur kempen telah mengadakan satu kempen sihat tentang cara terbaik memakan aiskerim, iaitu duduk, makan dan jilat sampai bersih. Aiskerim tidak sepatutnya dimakan didalam keadaan berdiri, juga tidak sepatutnya dimakan didalam tandas. Makanlah aiskerim ditempat yang baik dan bersih dan dengan tertip. Penganjur turut mengingatkan pada para hadirin bahawa selepas makan aiskerim jangan lupa pulang ke rumah, jangan sampai ibu kita tercari-cari dimana kita berada ….

Hak berhimpun dan kepentingan awam

Tinggalkan komen

Bersih 3.0 telah dilaksanakan pada 24/4/2012. Sudah banyak yang perkatakan berkenaan perhimpunan tersebut. Apa yang pasti ianya ada satu percubaan dari pihak-pihak parti pembangkang untuk menghuru-harakan negara Malaysia yang aman ini. Ia adalah satu percubaan untuk menunjukkan pada negara luar seolah-olah rakyat negara ini ditindas oleh satu kerajaan yang zalim.

Kini pihak-pihak yang teraniya akibat perhimpunan bersih tersebut telah bertindak balas. Atas kapasiti yang sama iaitu hak bersuara pakatan peniaga burger telah membuka derai didepan ruman ambiga dan yang terbaru sekumpulan veteran tentera telah membuat senaman punggung juga dihadapan rumah ambiga, pengerusi bersih yang berdegil mahukan perhimpunan diadakan ditempat awam, dan tidak menghiraukan nasib orang lain yang sememangnya sedang hidup dalam aman damai mencari rezeki dan melakukan aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Hairan pula perhimpunan sebegini diadakan, tokoh BERSIH ini pula mintak dihentikan. Dimanakan keadilan. Apakah mereka sahaja yang boleh melakukan perhimpunan orang lain tak boleh…

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/16/mstar_berita/20120516143421&sec=mstar_berita

Henti Ganggu Ambiga – Pak Samad

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak menghentikan ganguan dan ancaman peribadi terhadap Pengerusinya, Datuk S. Ambiga.

Malah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ganguan ke atas bekas Presiden Majlis Peguam itu.

“Saya mengutuk segala bentuk karenah gangguan dan ancaman terhadap Datuk Ambiga. Saya merasa sedih dan marah apabila melihat karenah gangguan yang sedang dilakukan ke atas beliau yang juga warga Malaysia.

“Pihak yang berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat ini,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sasterawan Negara yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden membabitkan sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun bagi menyatakan bantahan di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara di sini.

Bantahan dengan membuka sebuah gerai menjual burger yang bertujuan menuntut ganti rugi daripada penganjur perhimpunan itu dilakukan selama sejam di situ dengan simbolik memasak 200 burger yang turut diberikan kepada Ambiga.

Terbaru sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 turut mengadakan senaman ‘tonggeng’ di hadapan rumah Ambiga.

Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.