Harapan Rakyat Pada Dato’ Seri Najib

Tinggalkan komen

Berakhir sudah Perhimpunan Agong UMNO Ke-59 pada 28/3/2009 dengan pelbagai episod dan drama. Media-media seluruh negara, sama ada yang pro kerajaan atau pembangkang telah memberikan perhatian yang cukup tinggi pada persidangan tersebut. Pemilihan YB Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNO telah menjadi bahan bualan, hinggakan media pro-pembangkang secara amnya seolah-olah bersyukur kerana satu lagi bola tanggung telah diperolehi.

Kemenangan YB Khairy seolah-olah satu duri dalam daging kerana beliau telah didapati bersalah oleh lembaga displin UMNO sendiri kerana terlibat dalam politik wang. Pun begitu hanya terlepas dengan amaran, sedangkan Dato’ Ali Rustam yang merupakan calon Timbalan Presiden telah digugurkan kelayakannya kerana kesalahan yang sama. Ternyata YB Khairy bakal menghadapi satu cabaran yang agak sukar untuk membuktikan dirinya kepada ahli-ahli UMNO sendiri dan juga pada rakyat Malaysia secara am.

Namun demikian, kesedihan penyokong-penyokong UMNO seolah-olah terubat seketika ketika Tan Sri Muhyiddin diisytiharkan menang kerusi Timbalan Presiden UMNO. Tan Sri Muhyiddin dilihat semua pihak sebagai satu-satunya calon yang benar-benar layak untuk ke jawatan tersebut. Malahan Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini merajuk (mungkin kerana anakandanya tewas pun iya, mungkin kerana Khairy yg menang pun iya, tapi tidak jika Khir Toyo yang menang) sudi untuk menghadirkan diri ke perhimpunan Agong, berdamai semula dengan Dato’ Seri Abdullah dan menyertai UMNO. Kehadiran Tun adalah satu kemenangan moral buat UMNO. Ia juga adalah satu kemenangan moral untuk Najib dan Muhyiddin. 

Harapan penyokong-penyokong UMNO pada kedua Najib dan Muhyiddin amatlah tinggi. Najib telah memberikan petunjuk bahawa beliau akan melakukan pembaharuan yang besar pada UMNO dan juga pada negara.

Bagi UMNO, Najib berikrar untuk mengkaji semula sistem pemilihan yang ada kini, dari segi pengundian, pencalon, kuota dsb. Bagi negara pula beliau berjanji untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi global.

Dato’ Seri Najib tiada pilihan lain melainkan untuk berjaya sahaja. Kegagalan Najib memenuhi janjinya bakal mengakibatkan UMNO berkubur dan negara mengalami ketidakstabilan yang berpanjangan.

Advertisements

Antara orang Penan dan Pemuda UMNO

Tinggalkan komen

Teringat pada kisah orang Penan setelah menonton sebuah dokumentari oleh BBC.

Dokumentari tersebut berkisar tentang pengalaman seorang pengkaji sosiologi yang berminat untuk menyaksikan sendiri bagaimana kehidupan orang Penan di Sarawak.

Dianggarkan kaum Penan di Sarawak dalam sekitar 200 orang (kira-kira 4 kali ganda kurang dari bilangan perwakilan Pemuda UMNO diperhimpunan agung 2009). Mereka hidup secara bermasyarakat yang nomad. Aktiviti utama adalah memburu dan mengumpul hasil hutan.

Pengkaji tersebut mengakui bahawa dia masuk ke lokasi orang Penan secara senyap-senyap untuk mengelak dari diberkas oleh pihak berkuasa.

Sepanjang beberapa minggu tinggal bersama kaum Penan tersebut, pengkaji mengkagumi sikap keramahan kaum Penan tersebut. Malah kaum Penan juga telah melayan pengkaji tersebut dengan baik.

Tidak seperti Bruno Manser yang pernah menggegarkan negara dengan isu-isu kaum Penan secara agresif dan ganas, pengkaji dokumentari ini tidak berminat dengan isu seperti itu. Namun begitu, jelas didalam dokumentari tersebut kaum-kaum Penan dari generasi muda hingga ke tua bersungguh-sungguh mendesak agar sipengkaji dapat memberikan satu penyelesaian untuk mereka. Ini benar-benar satu dugaan yang berat, kerana sipengkaji itu sendiri merasa serba-salah.

Namun demikian, dokumentari tersebut telah menyimpulkan bahawa kaum Penan berpendapat bahawa mereka lebih selesa hidup didalam hutan, memburu dan meneruskan tradisi kehidupan nomad. Kaum Penan tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang realiti politik semasa antara hubungkait kerajaan Malaysia dengan taraf  orang Penan sebagai warganegara. Syarikat-syarikat pembalakan adalah satu pihak yang ganas yang tidak digemari oleh kaum Penan.

Malahan beberapa orang Penan yang ditemui dalam dokumentari tersebut, beranggapan bahawa Penjajah British adalah pemerintah yang terbaik kerana British tidak menggangu kehidupan mereka. Mereka seolah-olah beranggapan bahawa Kerajaan Malaysia adalah penjajah.

Namun sebuah dokumentari tidak boleh dijadikan ukuran kerana ia sendiri bukanlah satu kajian yang menyeluruh. Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang Penan agak kabur. Mereka orang Penan tidak menolak kemajuan, tetapi konsep kemajuan mereka mungkin agak asing.

Apa pun pihak Kerajaan Malaysia dan Sarawak sudah tentu lebih memahami isu orang Penan. Yang dikhuatiri ialah orang-orang Penan tersebut telah menerima dakyah songsang kumpulan2 pejuang hak asasi barat yang lebih suka melihat orang-orang Penan hidup dalam keadaan yang sama seperti beratus tahun dahulu dan sekadar menjadi hiburan dan objek kajian akademik.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasa sedih jika kaum Penan masih ketinggalan berbanding kaum-kaum yang lain dalam era zaman kecanggihan siber ini. Namun sepertimana Pemuda UMNO yang tidak rela meninggalkan amalan yang sudah menjadi tradisi darah daging mereka, tiada siapa yang berhak memaksa kaum Penan untuk mengubah cara hidup tradisi. Mungkin juga kurang usaha dari pihak lain untuk benar-benar mengubahnya?

Barisan Kepimpinan UMNO Pusat 2009-2012

Tinggalkan komen

  1. Presiden: Dato’ Seri Mohd Najib Bin Razak
  2. Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
  3. Naib Presiden 1: Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi
  4. Naib Presiden 2:  Dato’ Seri Hishamuddin Bin Hussein
  5. Naib Presiden 3: Datuk Mohd Shafei Bin Afdal
  6. Ketua Wanita:  Datuk Seri Shahrizat Jalil
  7. Ketua Pemuda: En. Khairy Jamaluddin
  8. Ketua Puteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Mengikut tradisi, Presiden UMNO juga akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kerana UMNO merupakan teraju utama BN dan BN juga merupakan parti yang telah membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya yang lalu. Oleh yang demikian, Datuk Seri Najib dijangka akan juga mengambil alih jawatan PM Malaysia dalam masa terdekat.

UMNO sudah mati

Tinggalkan komen

Syabas dan tahniah pada pemenang teraju utama Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO. Pun begitu, kemenangan tersebut adalah episod malang buat UMNO kerana teraju-teraju yang baru ini, kecuali Puteri (mungkin) mempunyai kelemahan kredibiliti yang ketara.

Tak ada lain yang mampu dikata melainkan UMNO telah mati. Dato’ Seri Najib secara ‘rasmi’nya adalah Presiden UMNO terakahir yang akan menjadi Perdana Menteri.

Apa kata kalau Dato’ Ibrahim Ali tolong tubuhkan satu parti baru untuk melayu?

Siapa tak suka Ilmu Kebal

Tinggalkan komen

Sejak dahulu kala lagi Ilmu Kebal sentiasa menjadi ilmu yg sering dicari oleh para pahlawan.

Dengan peralihan masa, ilmu kebal berubah dari kebal dari tikaman senjata musuh hinggalah pada kebal pada tembakan … selari dengan perkembangan teknologi termaju, kemuncak pada kehebatan ilmu kebal ialah penciptaan Kereta kebal … iaitu sebuah kenderaan yg tak lut oleh sebarang senjata kecuali pada beberapa senjata tercanggih yang direka khas untuk merobek dinding kebal kereta kebal.

Ilmu kebal amat dihargai kerana mereka yg mempunyai ilmu kebal/baju kebal/senjata kebal tidak akan boleh dicederakan.

Sebelum 1993, Raja-Raja di Malaysia juga mempunyai ilmu kebal. Taklah kebal dari tembakan atau tikaman senjata, tetapi kebal dari didakwa dimahkamah, walaupun mereka ada melakukan jenayah.

Namum demi memelihara integriti Institusi Beraja, yang mana Raja-Raja diangkat sebagai pelindung, pemimpin dan ketua-bagi segala ketua, pindaan dipinda terhadap kekebalan dari melakukan perkara yg tidak wajar. Adalah sewajarnya sedimikian maka oleh kerana itu Institusi Beraja terus terpelihara, dan Raja dilihat oleh Rakyat sebagai mereka yg amat bertanggungjawap adil dan saksama.

Kini mereka yang masih mempunyai “ilmu kebal” seantero Malaysia ini adalah mereka yg menjadi YB sama ada di DUN atau di Parlimen. “Ilmu Kebal” mereka ini adalah kebal dari didakwa diatas sebarang “kata-kata” yg lafazkan didalam dewan.

Adapun tujuan “Ilmu Kebal” itu diberi adalah supaya mereka YB2 tersebut tidak merasa terikat untuk membincangkan sebarang isu yang mungkin dianggap sensitif diluar dewan.

Namun penyalah gunaannya tampak makin berleluasa dan kemuncak ialah kenyataan/panggilan Gobinh Singh a/l Karpal Singh, AP-Puchong (DAP) kepada Najib Tun Razak yg dengan kurang sopan berulang kali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia. Ia mendorong Timbalan Speaker Dewan untuk mengarahkan YB Puchong tersebut keluar dewan dan usul penggantunganya akan dibincangkan kemudian.

Persoalannya disini ialah adakah “ilmu kebal” yg diberikan pada YB2 menjadi lesen untuk menjadi kurang ajar?

Adakah sikap kurang ajar sebegini yang kita mahu dari kalangan YB-YB?

Kedengaran cakap-cakap kedai kopi bahawa YB-YB kita didalam dewan mempunyai kualiti bahasa yg lemah … malah persidangan dewan yg disiarkan live menjadi rancangan TV bertaraf “M” (not recommended for Children”).

Jika ilmu kebal Raja2 dimansukan nagi menjamin bahawa Raja-Raja kita juga adalah mereka yg paling patuh dan taat pada undang-undang, maka ilmu kebal YB-YB didewan-dewan juga seharusnya dimansuhkan.

Rakyat mahu mereka yg dilantik sebagai YB adalah mereka yg terbaik dikalangan rakyat … baik budi pekertinya, baik tingkah lakunya dan baik moralnya … biarlah YB2 tersebut bertanggungjawap pada setiap kata-kata mereka … kita mahu YB dikalangan mereka yg paling bijak dan paling kritikal pemikirannya … jika YB2 tersebut hanya bijak memprovokasi tapi tanpa sebarang bukti, adalah lebih baik jika seekor burung kakak tua sahaja yg dijadikan YB.

Antara bola dan lumba motor

Tinggalkan komen

Tak sangka pula Liverpool boleh membelasah MU 4-1 … kalau “2-1” masih logik lagi. Dikala MU sedang berada ditahap tertinggi dalan permainan mereka, kejayaan Liverpool adalah satu kejayaan moral.

Dalam pada itu, dalam pertandingan WSBK pula, juara AMA Superbike 3 kali Ben Spies terus mempamerkan persembahan yang terbaik apabila menjuarai kedua-dua perlumbaan di Qatar, mengenepikan Noriyuki Haga dan Max Biaggi. Ramai dikalangan peminat lumba motor yang agak terkejut, tapi taklah terperanjat dengan kejayaan Ben Spies ini. Tidak terperanjat kerana dia memang seorang pelumba yang handal.Tapi terkejut kerana tidak sangka dia dah pun menang tiga kali dalam empat perlumbaan. Rugi benarlah pasukan MotoGP Suzuki yang melepaskan Ben Spies begitu sahaja. Ternyata selepas persaraan Kevin Schwantz, pasukan MotGP Suzuki semakin hilang daya saing.

Tahniah untuk Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal

Tinggalkan komen

Tahniah pada Nik Nur Madihah yang telah mencipta kejayaan yang cemerlang dengan memperolehi 19A1 dan 1A2. Kemampuan mencipta kejayaan yang sedemikian dengan keterbatasan sumber yg keterlaluan adalah sesuatu yang diluar dugaan.

Media melaporkan bahawa Nik Madihah bercita-cita untuk mendalami ilmu Fizik. Penulis blog ini mendoakan agar Nik Madihah berjaya memburu cita-cita tersebut, belajarlah dengan tekun hingga ketahap setinggi yang boleh, dan apabila berjaya sumbangkanlah ilmu tersebut pada masyarakat.

Dalam pada itu diharapkan agar pihak kerajaan dapat memberikan bantuan sewajarnya agar bakat Nik Madihah dapat diperkembangkan. Sesungguhnya kejayaan dia didalam peringkat SPM dalam keadaan yang serba kekurangan jelas menunjukkan bahawa potensi yang ada padanya amat besar. Adalah tidak mustahil jika bantuan sewajarnya diberikan, dia mampu untuk mencipta kecermalangan, mungkin diuniversiti-universiti ternama didunia seperti di Cambridge ataupun Oxford.

Older Entries