Kembalikan Selangor pada BN … kerajaan pakatan sampah pun tak boleh urus!!!

Tinggalkan komen

Sejak kebelakangan ini sampah-sampah dipersekitaran Bandar Baru Bangi nampak tak terterus. Mula-mula tak perasan sangat tapi mula tersedar bila kat dalam TV dan internet pun orang kecoh pasal sampah tak terurus dinegeri Selangor ini. Rupa-rupanya kerajaan negeri dibawah pimpinan Khalid Ibrahim dan Pakatan “Rakyat” yang mengaku hebat yang punya angkara.

Semuanya bermula bila mereka menamatkan kontrak Alam Flora pada 16 Oktober 2011, atas alasan bahawa alam flora banyak melantik subkontraktor yg pro UMNO.

Bagi aku tak taulah nak kata apa pun, kroni UMNO ka PAS ka DAP ka, kalau kerja bagus, on-time, tip-top tak dak hal.

Hari ni dah dua kali pusingan sampah tak diambil di Bandar Baru Bangi. Masalahnya sampah tersebut telah menjadi pusat pembiakan ulat sampah, dan ulat sampah ni dah boleh mengesot masuk dalam rumah. Jenuh seharian mencuci.

Tengahhari talipon talian Hotline 1-800-88-2824 … kata operator, kontraktor sampah dah lari … muahahhaha … apa punya gile … bayangkan kalau sebulan diorang tak ambik sampah, sanggupkah anda semua hidup dengan ulat sampah dan lalat berterbangan, bau yang busuk dan penyakit yang berleluasa datang dari sampah pampers, perut ikan, perut ayam, sayur dan buah busuk.

Pada semua warga Selangor, marilah tukar balik kerajaan negeri Selangor ni pada BN. Dah terbukti kerajaan Pakatan “Rakyat” ini tak boleh buat kerja. Isu pengurusan sampah adalah sangat besar. Ia berkaitan dengan kebersihan, menghindarkan penyakit dan mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk kehidupan manusia.

Sampai sekarang kerajaan Khalid Ibrahim tak habis-habis menyalahkan UMNO itu dan ini, UMNO sabotaj la hapa la … apa punya cerita la ni … penyelesaiannya tidak dicari … sekarang hangpa dah jadi kerajaan hangpa kenalah selesaikan masalah rakyat ini … kalau tak boleh buat berhenti saja jadi kerajaan

Ini sangat berbeza dengan kerajaan BN yang selama ini sudah menyediakan program pengurusan sampah yang cemerlang. Kerajaan Pakatan Rakyat haram satu sen pun tak boleh buat kerja.

Link:

mstar: Kemana hilangnya pengutip sampah?

Borneo Post: Masalah sampah terserah pada Selangor

Selangordaily dot com: Masalah sampah semakin kritikal

harakahdaily: Sampah: Selangor buka talian hotline

Suarapakatanrakyatdotcom: Masalah sampah di Selangor makin meruncing

Kopitiam tipu ‘Halal’

Tinggalkan komen

Alhamdullilah penipuan pengusaha kopitiam akhirnya terbongkar. Menjadi masalah besar bila pengusaha makanan Cina (bukan Islam) menumpukan pasaran pada umat Islam, tetapi logo halal yang dipamerkan bukan logo yg diiktiraf JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri. Apa salahnya kalau mereka menjual sahaja makanan pada bukan Islam. Ramai kaum Cina yg rasis, dan anti perlembagaan yg benci pada Melayu. Tapi terhegeh2 pulak nak menjual makanan pada melayu sampai sanggup menipu.

Kita tak kesah kalau mereka nak berniaga. Tapi kalau nak mengaku Halal, kenelah patuhi undang-undang. Jangan permainkan logo Halal.

Terbuktilah Akta Halal amat diperlukan untuk melindungi kepentingan umat Islam. Sikap pengusaha cina yang suka menipu pelanggan amatlah mengecewakan. Adalah lebih baik jika Sijil Halal hanya dikeluarkan pada pengusaha Islam sahaja.

Tipu logo halal: Pengusaha restoran boleh didenda RM100,000

MELAKA 24 Julai – Sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, selain denda maksimum RM100,000, pengusahanya juga boleh dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kementerian mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan itu jika peniaga didapati melakukan penipuan berkaitan logo halal.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius tindakan peniaga menjual makanan tidak halal tetapi menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat swasta.

“Kementerian sedang membuat pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972 khususnya bagi memperkemaskan isu-isu berkaitan logo halal yang sewenang-wenangnya digunakan oleh kedai menjual makanan tidak halal,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2010 di Dataan Pahlawan, Banda Hilir di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta dua Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim.

Ismail Sabri mengulas mengenai sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang telah diserbu Jakim semalam selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Kopitiam tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, akta tersebut akan dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.Jika pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 diluluskan, beliau berkata, hanya satu pihak iaitu Jakim dan jabatan agama Islam di setiap negeri yang dibenarkan mengeluarkan logo halal.

 

Kopitiam seluruh negara diragui

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

 KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai. 

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging. 

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja. 

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal. 

“Permohonan dibuat melalui telefon… pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain. 

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. 

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf. 

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi. 

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

 

Halal: Kerajaan tidak akan berkompromi

KUALA LUMPUR 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pengusaha makanan yang mengaku menjual makanan halal sedangkan ia tidak menepati standard yang ditetapkan.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan juga tidak akan bertolak ansur terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi syarat halal selepas mereka memperolehnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sekiranya berlaku dua kesalahan tersebut, pihak pengusaha terbabit akan menerima hukuman yang setimpal seperti mana diperuntukkan undang-undang.

”Mengikut undang-undang, pengusaha tidak wajib memohon sijil halal tetapi jika mereka mengaku menjual makanan halal, mereka wajib mempunyai sijil halal Jakim. Jika mereka gagal dan kemudian didapati makanan mereka memang tidak halal, mereka ini boleh dihukum.

”Sebagai contoh apabila timbul syak sembelih tidak betul atau penyediaan hidangan tidak mengikut piawaian halal. Sekiranya dakwaan ini betul mereka yang terlibat boleh dihukum di bawah perihal dagangan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Usahawan Desa 2010 di pekarangan Stadium Bukit Jalil di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah kopitiam terkenal di sini, diserbu oleh Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Muhyiddin berkata, beliau tahu mengenai isu tersebut kerana pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

”Saya tahu mengenai isu ini dan ia melibatkan soal penggunaan perkataan halal. Mereka yang mengaku produk atau makanan mereka halal hendaklah membuktikan ia benar-benar halal.

”Pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan dan jika benar produk atau makanan yang dijual tidak halal, pengusaha seperti ini boleh dikenakan tindakan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mahu pengusaha hotel serta restoran yang masih belum mempunyai sijil halal segera mendapatkannya daripada pihak Jakim.

Beliau berkata, walaupun ia bukan satu kewajipan, tetapi pihak terbabit harus bersama-sama bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman yang disahkan halal bagi melindungi kepentingan umat Islam.

Katanya, adalah tidak wajar golongan berkenaan enggan memohon sijil halal lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan kerana pada bulan tersebut pihak pengusaha berlumba-lumba menarik minat umat Islam berbuka di premis mereka.

”Nasihat Jakim mesti diberi perhatian oleh pengusaha hotel dan restoran. Bukan sahaja pada bulan puasa tetapi di sepanjang masa. Sekiranya mereka kata produk, makanan dan perkhidmatan mereka halal, ia mesti disertakan dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

”Tidak lama lagi bulan Ramadan dan sudah pasti banyak hotel mahu mengambil kesempatan mempromosi makanan Ramadan. Bagi hotel yang masih belum mempunyai sijil halal diminta segera berbuat demikian,” katanya.

Penuntut Cina Luar Negara Memburukkan Malaysia

Tinggalkan komen

Hari ini saya telah bertemu dengan seorang usahawan motel warga asing dari Australia. Dalam pada berbual itu usahawan tersebut menceritakan bahawa dia sering bertemu dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Kebetulan kerananya motelnya berdekatan dengan universiti, maka ramai jugalah penuntut yg menginap disitu terutama mereka yang baru tiba sebelum mendapat kediaman yang sebenar.

Usahawan tersebut menceritakan pada saya betapa kesihannya dia pada penuntut Cina yg sering menceritakan padanya bahawa mereka ditindas di Malaysia. Tempat mereka dinafikan di IPTA walaupun “konon” mereka mempunyai gred yang sama.

Kalau hendak membeli kereta pula mereka perlu membayar lebih mahal. Mereka ditindas semata-mata kerana mereka adalah keturunan Cina.

Usahawan itu membuat kesimpulan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang amat teruk.

Saya hanya tersenyum mendengar kisah dari usahawan itu sebelum saya membuka mulut. Saya nyatakan bahawa mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA ataupun biasiswa bukanlah kerana mereka Cina. Tetapi mereka sendiri tewas kerana tidak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding yg lain. Kalau ada 1000 orang calon pelajar, sedangkan tempat yang ada hanyalah 100, sudah tentu kita akan mencari markah bonus dari bahagian yang lain.

Tentang kereta pulak agak kurang pasti sama ada ia wujud atau tidak, kerana apa yg saya ketahui kalau mahu membeli rumah adalah. Itupun kerana bumiputera adalah warga asal Malaysia. Ianya adalah satu perjanjian sosial yang telah dipersetujui oleh kaum pendatang pada 1957 dahulu.

Fasal pinjaman kereta pula, saya pernah membuat pinjaman bank dengan Hong Leong Bank. Mereka telah memberikan saya diskaun 10% semata-mata kerana saya ada degree. Bukan kerana saya Melayu atau Islam.

Usahawan tersebut lagi terkejut bila saya katakan bahawa di Malaysia dalam 10 org terkaya, org melayu yg kaya hanya seorang sahaja. itupun dlm ranking pertengahan. Nombor satu atau 2 sering bertukar antara Robert Kuok atau pun Ananda Krisnan.

Terkejut usahawan itu mendengar penjelasan saya. Tak tahulah sama ada dia bersetuju atau tidak. Tapi dia benar-benar terkejut.  Mungkin dia akan merujuk ke internet dan membuat sedikit kajian. Eloklah kalau begitu.

Saya pun agak terkejut kerana inilah rupanya maklumat yang telah disebarkan oleh penuntut cina dinegara luar. Ini benar-benar satu tohmahan. Bagaimanakah ianya boleh jadi begitu. Namun ternyata sikap mereka agak perkauman.

DAP harus digantung pendaftarannya oleh ROS

Tinggalkan komen

Teo Beng Hock adalah setiausaha politik kepada EXCO DUN Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP). Teo telah ditemui mati dibanggunan SPRM Selangor pada 16/7/09 pada jam 1:30 petang. Dia berada disana kerana telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan berhubung dengan kes penyelewengan dana kerajaan negeri dan keterlibatan DAP Selengor dengan kegiatan kongsi gelap.

Isu DUN Selangor menjadi gempar selepas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendesak supaya dilakukan rombakan EXCO. Ia kemudiannya menjadi huru hara apabila ADUN PKR Wee Choo Keong membuat sindiran tentang keterlibatan exco Kerajaan Selangor dengan kongsi gelap. Dengan tidak semena-mena Teresa Kok dan Ronnie Liu menghentam ADUN Wee.

Susulan dari itu, SPRM kemudiannya menyerbu beberapa pejabat ADUN2 DAP tersebut dan melakukan siasatan. Ramai saksi kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk mendiang Teoh.

DAP ternyata nampak tertekan, malahan demi mengelakkan ADUNnya disaman oleh Dr. Khir Toyo, mereka telah mengistiharkan banggunan DUN Selangor sebagai kawasan kebal. Mereka “mengatasi undang2” selagi berada di kawasan DUN.

Tindakan DAP jelas merungsingkan, malah menjadi tanda tanya. Yang nyata mereka cuba menidakkan kesalahan mereka dengan menudung jadi pada SPRM dan PDRM. Adalah lebih baik jika pendaftaran DAP digantung sementara bagi membolehkan ia disiasat dengan lebih terperinci.

Mahukah kita rakyat MALAYSIA mempunyai sebuah parti politik yang terlibat dengan jenayah terancang?  DAP harus membuktikan mereka adalah parti yang bersih.

Pemansuhan PPSMI

Tinggalkan komen

Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran semalam telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.  Keputusan tersebut yg diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dibuat setelah kementerian mempertimbangkan data-data yang telah dianalisa sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, PPSMI didapati tidak memberikan manfaat yang berkesan pada para murid sekolah. Prestasi murid-murid sekolah selepas peperiksaan tidak menunjukkan perkembangan.

Keputusan Kerajaan tersebut menerima riaksi yang berbeza-beza dikalangan tokoh2 dan rakyat. Prof DiRaja Ungku Aziz menyokong penuh tindakan kerajaan. Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pula merasa sedih kerana PPSMI dilaksanakan ketika beliau masih lagi PM, dan ia adalah diantara keputusan terakhir yg dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir selaku PM pada waktu tersebut.

Pun begitu, kerajaan tidaklah mengetepikan langsung program-program pembanggunan bahasa Inggeris disekolah. Langkah2 yg dinamik telah digariskan oleh kementerian untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris. Langkah2 tersebut antara lain menambahkan waktu pembelajaran bahasa Inggeris. Malahan guru-guru bahasa Inggeris turut akan ditambah. Penekanan pada aspek tatabahasa inggeris turut diketengahkan. Langkah ini adalah jauh lebih baik dari mengajarkan bahasa inggeris didalam mata pelajaran matematik dan sains. Ini kerana PPSMI tidak dapat memberikan penekanan pada penguasaan bahasa melainkan hanya pengetahuan pada istilah-istilah sahaja.

Apa pun keputusan kerajaan dalam hal ini adalah satu tindakan yang bijak. Syabas pada kerajaan, Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin.  Adalah lebih sempurna jika pengajian bahasa diajarkan secara khusus bukannya dengan dikembarkan dengan mata pelajaran yang lain. Seperti yang ditegaskan oleh PM, kerajaan tidak mengetepikan penekanan pada penguasaan Bahasa Inggeris, sebalik Kerajaan menambah baik program pengajian tersebut.

Sejujur mana PAS

Tinggalkan komen

Idea kerajaan perpaduan adalah idea Dato Seri Hadi Awang. Sebagai Presiden PAS beliaulah yang mengemukan idea tersebut. Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak menyambut baik mana-mana cadangan yang difikirkan baik untuk rakyat, untuk perpaduan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Pun begitu setelah Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa berhempas pulas mempertahankan idea mereka sendiri yang ditentang oleh Dato Nik Aziz, seluruh DAP dan PKR, kita UMNO pula yang dipersalahkan. UMNO juga yang diperdajalkan.

Cukup-cukuplah, rakyat sudah nampak kini siapa yang jujur siapa yang tidak. Ingatlah bukan UMNO yang memulakan idea kerajaan Perpaduan. Ini idea PAS, idea kumpulan Hadi Awang. Amatlah tidak adil bila UMNO yang dipersalahkan. Seharusnya PAS dan Hadi Awang sendiri yang harus menyalahkan diri sendiri.

Ada baiknya jika Hadi Awang berundur dari kerusi Presiden PAS. Ini kerana telah terbukti Hadi Awang ditolak oleh org2 PAS sendiri dan pakatan pembangkangnya.  Hadi Awang jelas merupakan seorang Presiden PAS yang lemah.

Dalam UMNO sendiri, bila berlaku perkara yg sedemikian, Presiden UMNO yg ideanya ditolak akan mengundur diri. Begitulah yang dilakukan oleh Dato’ Onn Presiden UMNO yang pertama, dan Tun Abdullah, Presiden UMNO yg ke-6.

Kerajaan Perpaduan

Tinggalkan komen

Kerajaan perpaduan adalah satu ilham yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Ia adalah satu cadangan untuk membentuk satu kerjasama antara PAS dan parti-parti politik lain, selain dari PKR dan DAP.

Ia menjadi isu hangat diantara pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan juga pemimpin-pemimpin PKR. Isu tersebut mula menjadi hangat apabila rahsia pertemuan diantara tokoh-tokoh PAS yang diketuai oleh Tim Presiden Nasaruddin Mat Isa dan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah tersebar.

Pertemuan tersebut telah menyebabkan Dato’ Nik Aziz hampir merajuk dan berpatah arang dengan Hadi Awang. Demi meredakan ketegangan didalam pihak PAS sendiri, istilah yang pada mulanya dikenali sebagai Muzakarah, telah ditukar kepada Muqabalah.

Dikalangan parti politik lain, UMNO menyambut baik cadangan tersebut. Namun MCA membantah keras atas dengan alasan yang berbaur prejudis dan perkauman.

PKR dan DAP juga turut membantah. Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Hadi Awang dan PAS dengan kenyataan bahawa PAS hanyalah sebuah parti yang menang kerusi parlimen paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Satu perkara yang Karpal juga agak terlepas pandang ialah, walaupun jumlah kerusi PAS paling sedikit, jika PAS menarik balik kesemua kerusinya, 1/3 kekuatan pakatan DAP-PKR-PAS turut terjejas. Ini kerana perbezaan kerusi diantara mereka hanya sedikit.

Malahan beberapa orang tokoh terkemuka PAS turut membantah. Selain dari bantahan oleh Nik Aziz, nada yang sama turut dilaungkan oleh bekas Naib Presiden PAS Husam Musa. Ia menjadi pendorong bagi Husam Musa untuk mencabar sekurang-kurangnya Nasharuddin Mat Isa sebagai Tim Presiden. Namun Husam tewas dalam pertandingan tersebut.

Older Entries