Dun Penanti mencatatkan rekod sebagai peratusan pengundian terendah dalam sejarah. Rekod terendah sebelum ini adalah di DUN Telang Usan Sarawak pada Pilihnaraya Negeri Sarawak 2006, iaitu 52.6%. 

Secara amnya calon PKR telah menang besar di Penanti dengan majoriti 5,585 undi. Kemenangan besar ini turut disertai dengan kekalahan teruk pencabar-pencabar bebas yang turut hilang wang pertaruhan. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh calon PKR adalah 1,000+ kurang dari pilihanraya sebelumnya, ia tidak menggambar kekuatan sebenar BN.

Ukuran kekuatan diantara PKR dan BN hanya dapat dibuat perbandingan jikalau kedua-duanya turut bertanding. Namun jika jumlah undi yang menjadi ukuran, Dr. Mansor tetap menang jikalah katakan undi yg diperolehi BN tetap sama iaitu 5,000+. 

Jelaslah BN masih belum mampu untuk bangkit dari pukulan kuat yang diterima dari tsunami pilihanraya ke-12 yang lalu. Momentum kebencian pada BN yang telah terbina semasa pentadbiran Tun Abdullah sangat menebal. Pun begitu untuk mengatakan bahawa PKR-PAS-DAP juga semakin kuat juga tidak ada asas kerana BN masih mempunyai majoriti yang agak banyak di Dewan Rakyat. 

Apa yang nyata kedua-dua BN dan juga gabungan PKR-DAP-PAS berada dalam keadaan yg setara. Pilihanraya ke-13 akan tiba dalam masa 2-3 tahun sahaja dari sekarang. Baik BN mahupun gabungan PKR-DAP-PAS, kedua-duanya sedang dinilai oleh rakyat. Kejayaan atau kegagalan BN akan dinilai dari segi sejauh mana kedudukan ekonomi negara dlm masa 2 tahun dari sekarang.

Gabungan PKR-DAP-PAS pula akan dinilai dari segi sejauh mana gabungan ini dapat bertahan. “Pakatan Rakyat” mungkin satu nama popular masa kini, tetapi jika berterusan dalam keadaan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah, nama “Pakatan Rakyat” akan menjadi senjata yang makan tuan pada gabungan PKR-DAP-PAS ini. Jangan dipandang rendah akan perkara ini kerana barisan Pemuda UMNO kini berketuakan YB Khairy Jamaluddin. Beliau mungkin nampak senyap sahaja pada waktu ini, malah mungkin ada yang sedang mentertawakan beliau kerana tidak terpilih jadi menteri …

Politik Malaysia adalah politik persepsi yang mana peranan persepsi boleh dikatakan 90% berbanding analisis yang kritikal. Bagi warga Malaysia, berita dinilai dipermukaannya. Sedang Anwar bermatian menyerang Najib dengan isu “Altantuya” … Najib pula boleh memenangi hati rakyat dengan mudah dengan memperbanyakkan program jalan2 dan lawatan2 ke kampung2, rumah2 anak yatim dan tempat orang susah. Akhirnya siapa yg lebih banyak melakukan propaganda merekalah yang akan menang. Itulah hakikat politik Malaysia. Dan itulah yang tersirat dan tersurat dari DUN Penanti ini.