PRK Aman Tanpa BN

Tinggalkan komen

Dato’ Seri Nizar Jamaludin dalam satu wawancara Harakahdaily menyifatkan bahawa pilihanraya akan lebih aman tanpa kehadiran BN. Malahan menurut beliau polis pun tidak sibuk kehulu dan kehilir.

Hari ini pula adalah hari pengundian bagi DUN Penanti. Pakatan Rakyat tidak bertanding kerana ia adalah pakatan yang tidak berdaftar. Yang bertanding hanyalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan calonnya Dr. Mansor Othman.

Dr. Mansor dijangka menang mudah memandangkan pencabar-pencabarnya adalah calon bebas. Beliau juga dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. 

Sehingga jam awal petang, dianggarkan bahawa peratusan yang mengundi adalah sebanyak 40% ataupun kira-kira 6,000 orang. 

Benarlah tanpa BN pilihanraya memang aman. Malahan bilangan yang keluar mengundi pun tak ramai. Polis dan petugas SPR pasti tidak sibuk.

Profile Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim

3 Komen

Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim (10/8/1947)

Gelaran kehormat:

  • Datuk Seri

Pendidikan:

  • Sarjana Muda, Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1971

Jawatan dalam UMNO:

  • Ketua Pemuda Umno, 1984-1986
  • Naib Presiden UMNO, 1986-1993
  • Timbalan Presiden UMNO, 1993-1998

Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat

  • Penasihat Umum

Jawatan dalam Parlimen:

  • Ahli Parlimen, Permatang Pauh, 1982-1999
  • Ahli Parlimen, Permatang Pauh, 2008-kini
  • Ketua Pembangkang, Dewan Rakyat, 2008-kini

Jawatan dalam Kerajaan:

  • Menteri Belia dan Sukan, 1983-1984
  • Menteri Pertanian, 1984-1986
  • Menteri Pendidikan, 1986-1991
  • Menteri Kewangan, 1991-1998
  • Timbalan Perdana Menteri, 1993-1998

Anwar Ibrahim telah dipecat dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan pada September 2, 1998 berikutan tuduhan salah laku seks dan salah guna kuasa.

PRK DUN Penanti

Tinggalkan komen

Keputusan:

Calon PKR menang dengan majoriti 5,558 undi

  1. Mansor Othman, PKR, 6,052
  2. Aminah Abdullah, Bebas, 392
  3. Nai Khan Ari, Bebas, 494
  4. Kamarul Ramizu Idris, Bebas, 56

Kesemua calon bebas hilang wang pertaruhan. Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi adalah 46.15%. Ia dikatakan adalah rekod terendah dalam sejarah. 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Calon-calon:

  1. Mansor Othman, PKR
  2. Aminah Abdullah, Bebas
  3. Nai Khan Ari, Bebas
  4. Kamarul Ramizu Idris, Bebas

Nota:

PRK di DUN Penanti diadakan kerana penyandangnya Mohammad Fairuz Khairuddin (PKR) meletakkan jawatan. Fairuz juga adalah bekas TKM I Pulau Pinang. Hanya Nai Khan Ari yang layak mengundi di DUN tersebut. BN pula tidak meletakkan calon untuk bertanding kerana memboikot PRK ini yang disifatkan sebagai permainan politik PKR.

Fakta Pengundi:

Melayu: 72.68%

Cina: 24.22%

India: 2.39%

Lain-lain: 0.71%

Mogok lapar tiada sambutan?

Tinggalkan komen

Zaman ICT ni kalau nak tengok sama ada isu itu popular atau tidak sangat mudah, lawati sahaja laman2 web atau portal2 berita sama ada yang pro BN atau pro DAP-PKR-PAS. 

Kempen mogok lapar yang dilancarkan oleh DAP pada hari Selesa lepas dan berakhir Khamis semalam nampak macam tiada sambutan. Malang sekali apabila portal berita utama yang pro DAP-PKR-PAS sendiri pun tidak melaporkan sebarang perkembangan kempen tersebut melainkan pada hari pertama, itu sahaja. Malahan portal Harakah pun tiada liputan berkenaan dengan solat hajat yang dikatakan sebagai penutup kempen mogok lapar tersebut. 

Agak melucukan bila Malaysiakini melaporkan satu program menanam pokok yang dianjurkan oleh Nizar tidak mendapat sambutan. Apa yang lebih lucu ialah bila Nizar sendiri sampai lewat. 

Apa pun rakyat Perak sudah bosan dengan tingkah laku ala “KOMUNIS” DAP-PKR-PAS. Mungkin ini petanda kejatuhan pakatan serong DAP-PKR-PAS

DAP-PKR-PAS nak mogok lapar di Perak

Tinggalkan komen

  1. Pakatan mogok lapar demi Perak, Malaysikini BM, 23/5/09

Jika betul rencananya maka hari ini akan berlangsunglah mogok lapar anjuran parti DAP, PKR dan PAS di Perak.

Mogok lapar adalah satu amalan yg dilakukan dengan meluas oleh orang-orang kafir diseluruh dunia. Antara yang popular dengan mogok lapar ialah Mahatma Gandhi. Namun dikalangan umat Islam tidak pernah dianjurkan perkara yang sedemikian. Adapun mogok lapar orang2 kafir, dengan amalan berpuasa umat Islam adalah jauh berbeza. Mogok lapar yang lakukan oleh orang kafir adalah sebagai satu protes. Manakala amalan berpuasa umat Islam, sama ada yg sunat mahupun yg wajib bukanlah dilakukan kerana protes. Bagi umat Islam, amalan berpuasa adalah satu ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah demi untuk memperolehi keredaan Allah. 

Amatlah pelik jika PAS menggabungkan amalan berpuasa dgn amalan mogok lapar orang2 kafir kerana protes mereka terhadap Sultan Perak. 

Adakah Nizar Jamaluddin juga akan bermogok lapar atau berpuasa? Jika berpuasa bagaimana niatnya?

Menyokong komen “Zul Kreatif”

Tinggalkan komen

Kalaulah ada gelaran “Perekacipta Negara” maka gelaran itu selayaknya diberikan pada Zulkifli Haron, seorang anak melayu yang mempunyai kepintaran luar biasa dalam melahirkan rekacipta-rekacipta kreatif dan berteknologi tinggi. 

Sesuatu yang unik berkenaan dengan Zulkifli Haron ialah, beliau bukan lulusan universiti, tetapi kepakaran yang dimiliki menjadi rujukan para ilmuan universiti.  

Dalam wawancara tersebut [1] beliau menegaskan perlu dilakukan pengolahan pada sistem pembelajaran agar dapat melahirkan perekacipta2 yang bagus. Pendapat beliau ada benarnya. Secara amnya, sistem pendidikan di Malaysia terutama kurikulum yang diamalkan diperingkat Universiti, baik IPTA mahupun IPTS adalah berdasarkan kepada teori dahulu baharu praktikal. Itu pun peratusan praktikal dlm lingkungan 30% shj. Alasannya ialah dengan teori yg bagus, penuntut akan dapat menguasai aspek praktikal dengan mudah. Namum apa yg berlaku ialah hanya segelintir kecil yang berjaya menjadi perekacipta, yang lain lebih kepada ulat buku.

Mungkin ada baiknya jikalau sistem tersebut diubah. Walaupun peratusannya dibiarkan pada kadar yang sama, tetapi dimulakan dengan amalan praktikal dahulu selama dua tahun yg pertama sebelum diasak dengan teori2 canggih pada dua tahun yg terakhir. Kita tidak akan maju selagi kita tidak mengikut acuan kita sendiri. Tetapi adakah universiti yg radikal yg akan memulakan trend sebegini.

Bila lagi Pakatan Rakyat nak didaftarkan nih ….

Tinggalkan komen

Nama Pakatan Rakyat sudah diberi. Media2 dah sering menyebut. Tapi tiap kali pilihanaraya yg bertanding sama ada PAS, PKR atau DAP, bila masa Pakatan Rakyat nak bertanding nih?

Apakah masalah sebenar Pakatan Rakyat yang hingga kehari ini masih gagal menjadi pertubuhan berdaftar. Mana logo, mana perjuangan, mana organisasinya, siapa ketua, siapa balaci?

la ni yang nampak ketuanya ANWAR, leftenannya DAP, balacinya PAS. PAS akan membekalkan kader untuk berbaring ditengah jalan. Benarkah ini organisasinya.

Sudah-sudahlah tu jangan asyik nak tipu sahaja rakyat, bagi nama konon Pakatan Rakyat … ke itu nama pendek sahaja … nama panjangnya ialah Pakat-Pakat Menipu Rakyat

Terkini Dr. Zambry MB

Tinggalkan komen

Mahkamah rayuan telah membuat keputusan untuk membatalkan keputusan hakim dari mahkamah tinggi tempoh hari setelah menimbang tara isu-isu berkenaan dengan perlantikan MB Perak secara menyeluruh. Maka Dr. Zambry adalah sah sebagai MB [1].

Keputusan mahkamah antara lain mengesahkan bahawa Sultan Perak telah melaksanakan tanggungjawap baginda dengan benar.  Kuasa baginda juga telah dikembalikan setelah percubaan demi percubaan Nizar dan tokoh pembangkang untuk menafikannya.

Pun begitu, Nizar masih lagi mempunyai ruang untuk merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Nizar dijangka aka merayu secepat yang mungkin [2]. Amatlah dialu-alukan bagi Nizar pula untuk merayu ke peringkat yang lebih tinggi agar rakyat Malaysia lebih celik isu dan celik perlembagaan. Ini juga bagi menyesahkan isu ini direkodkan dengan terperinci agar generasi masa depan tidak mudah tertipu dengan muslihat pembangkang yg hebat memusingkan fakta-fakta.

  1. Mahkamah Rayuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah
  2. Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PAS dah semakin bongkak

Tinggalkan komen

Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan siri kekalahan pilihan raya kecil, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manik Urai nanti.

” Oleh kerana senario BN yang kini berfikir soal duit yang tidak ada dan membazir (jika buat pilihan raya). Saya cadangkan Umno tak payah masuk dalam pilihan raya kecil. Saya yakin BN akan kalah. Duit habis, malu lagi,” katanya.

Jelasnya, PAS akan mengikut perlembagaan yang ditetapkan, dengan meletakkan calon dalam pilihan raya Dun Manik Urai nanti.

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon, HarakahDaily, 22/5/09

Begitulah pendapat Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS yang juga salah seorang tokoh kanan PAS.

Apa dah kemaruk kuasa benarkah PAS? Atau adakah PAS sudah dihinggapi sikap bongkak? Ingatlah bahawa hanya Allah yang berkuasa menentukan kalah atau menang.

Malang sekali kenyataan ini keluarkan ketika keluarga Allahyarham masih bersedih dengan kehilangan insan yg disayangi. Macam seolah-olah bersorak pula dapat buat pilihanraya lagi. Agaknya kalau Mustafa Ali yg kerahmatullah macam mana pulak riaksi keluarga beliau dengan kenyataan sebegini.

Apa pun soal BN akan bertanding atau sudah jelas, seperti yg dinyatakan oleh pengerusi BN, yg mana BN hanya akan bertanding jika kekosongan berlaku kerana kematian atau kerana undang2 seperti yang termaktud dalam perlembagaan. Ini adalah demi kerana hendak memelihara demokrasi. PAS sendiri pun pernah memboikot PRK atas pelbagai alasan, seharusnya BN juga layak untuk melakukan perkara yg serupa. 

 

Kes MB Perak di Mahkamah

Tinggalkan komen

Keputusan penghakiman akan menetukan sama ada keputusan hakim dalam mentafsir Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak betul atau terkhilaf.

Ia juga akan menetukan sama ada undi tidak percaya didalam dewan adalah satu-satunya jalan untuk menentu sahkan bahawa seorang MB telah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan.

Ia juga akan menentukan sama ada dakwaan Nizar bahawa DUN Perak telah mengalami kebuntuan pada 3/2/09 sebelum mengadap Paduka Seri Sultan untuk memohon membubarkan dewan.

Older Entries