Dato’ Seri Nizar Jamaludin dalam satu wawancara Harakahdaily menyifatkan bahawa pilihanraya akan lebih aman tanpa kehadiran BN. Malahan menurut beliau polis pun tidak sibuk kehulu dan kehilir.

Hari ini pula adalah hari pengundian bagi DUN Penanti. Pakatan Rakyat tidak bertanding kerana ia adalah pakatan yang tidak berdaftar. Yang bertanding hanyalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan calonnya Dr. Mansor Othman.

Dr. Mansor dijangka menang mudah memandangkan pencabar-pencabarnya adalah calon bebas. Beliau juga dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. 

Sehingga jam awal petang, dianggarkan bahawa peratusan yang mengundi adalah sebanyak 40% ataupun kira-kira 6,000 orang. 

Benarlah tanpa BN pilihanraya memang aman. Malahan bilangan yang keluar mengundi pun tak ramai. Polis dan petugas SPR pasti tidak sibuk.