Kalaulah ada gelaran “Perekacipta Negara” maka gelaran itu selayaknya diberikan pada Zulkifli Haron, seorang anak melayu yang mempunyai kepintaran luar biasa dalam melahirkan rekacipta-rekacipta kreatif dan berteknologi tinggi. 

Sesuatu yang unik berkenaan dengan Zulkifli Haron ialah, beliau bukan lulusan universiti, tetapi kepakaran yang dimiliki menjadi rujukan para ilmuan universiti.  

Dalam wawancara tersebut [1] beliau menegaskan perlu dilakukan pengolahan pada sistem pembelajaran agar dapat melahirkan perekacipta2 yang bagus. Pendapat beliau ada benarnya. Secara amnya, sistem pendidikan di Malaysia terutama kurikulum yang diamalkan diperingkat Universiti, baik IPTA mahupun IPTS adalah berdasarkan kepada teori dahulu baharu praktikal. Itu pun peratusan praktikal dlm lingkungan 30% shj. Alasannya ialah dengan teori yg bagus, penuntut akan dapat menguasai aspek praktikal dengan mudah. Namum apa yg berlaku ialah hanya segelintir kecil yang berjaya menjadi perekacipta, yang lain lebih kepada ulat buku.

Mungkin ada baiknya jikalau sistem tersebut diubah. Walaupun peratusannya dibiarkan pada kadar yang sama, tetapi dimulakan dengan amalan praktikal dahulu selama dua tahun yg pertama sebelum diasak dengan teori2 canggih pada dua tahun yg terakhir. Kita tidak akan maju selagi kita tidak mengikut acuan kita sendiri. Tetapi adakah universiti yg radikal yg akan memulakan trend sebegini.