Aiskerim adalah sejenis makanan yang dikelasifikasikan sebagai manisan. Sejarah aiskerim boleh dijejaki sejak zaman parsi, lebih 400 tahun sebelum masihi lagi. Pada masa tersebut peti ais masih belum direkacipta lagi … jadi org-org parsi telah menggunakan ais dari salji yang kemudiannya dicampur dengan buah, saffron dan lain-lain perasa lagi.

Sejak turun temurun aiskerim menjadi hidangan istimewa malah menjadi salah satu hidangan istimewa istana diseluruh dunia. Kini ada pelbagai jenis aiskerim dijual dimana-mana kedai dan pasaraya. Jenama pun pelbagai, ade padle pop la, cornetto dan banyak lagi.

Baru-baru ini telah diadakan satu kempen makan aiskerim “duduk jilat sampai bersih” di dataran shah alam. Penganjur kempen telah mengadakan satu kempen sihat tentang cara terbaik memakan aiskerim, iaitu duduk, makan dan jilat sampai bersih. Aiskerim tidak sepatutnya dimakan didalam keadaan berdiri, juga tidak sepatutnya dimakan didalam tandas. Makanlah aiskerim ditempat yang baik dan bersih dan dengan tertip. Penganjur turut mengingatkan pada para hadirin bahawa selepas makan aiskerim jangan lupa pulang ke rumah, jangan sampai ibu kita tercari-cari dimana kita berada ….