Bersih 3.0 telah dilaksanakan pada 24/4/2012. Sudah banyak yang perkatakan berkenaan perhimpunan tersebut. Apa yang pasti ianya ada satu percubaan dari pihak-pihak parti pembangkang untuk menghuru-harakan negara Malaysia yang aman ini. Ia adalah satu percubaan untuk menunjukkan pada negara luar seolah-olah rakyat negara ini ditindas oleh satu kerajaan yang zalim.

Kini pihak-pihak yang teraniya akibat perhimpunan bersih tersebut telah bertindak balas. Atas kapasiti yang sama iaitu hak bersuara pakatan peniaga burger telah membuka derai didepan ruman ambiga dan yang terbaru sekumpulan veteran tentera telah membuat senaman punggung juga dihadapan rumah ambiga, pengerusi bersih yang berdegil mahukan perhimpunan diadakan ditempat awam, dan tidak menghiraukan nasib orang lain yang sememangnya sedang hidup dalam aman damai mencari rezeki dan melakukan aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Hairan pula perhimpunan sebegini diadakan, tokoh BERSIH ini pula mintak dihentikan. Dimanakan keadilan. Apakah mereka sahaja yang boleh melakukan perhimpunan orang lain tak boleh…

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/16/mstar_berita/20120516143421&sec=mstar_berita

Henti Ganggu Ambiga – Pak Samad

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak menghentikan ganguan dan ancaman peribadi terhadap Pengerusinya, Datuk S. Ambiga.

Malah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ganguan ke atas bekas Presiden Majlis Peguam itu.

“Saya mengutuk segala bentuk karenah gangguan dan ancaman terhadap Datuk Ambiga. Saya merasa sedih dan marah apabila melihat karenah gangguan yang sedang dilakukan ke atas beliau yang juga warga Malaysia.

“Pihak yang berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat ini,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sasterawan Negara yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden membabitkan sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun bagi menyatakan bantahan di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara di sini.

Bantahan dengan membuka sebuah gerai menjual burger yang bertujuan menuntut ganti rugi daripada penganjur perhimpunan itu dilakukan selama sejam di situ dengan simbolik memasak 200 burger yang turut diberikan kepada Ambiga.

Terbaru sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 turut mengadakan senaman ‘tonggeng’ di hadapan rumah Ambiga.

Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.