Dengar kata la ni ada himpunan hijau la plak untuk membantah kilang lynas. Tak habis2 lynas dijadikan isu sedangkan apa yg diperkatkan oleh pembangkang adalah tidak benar sama sekali.

Dalam satu pertemuan antara penulis Maya dengan Lynas yang diadakan pada Oktober tahun lepas,  CEO Lynas telah memberikan kronologi berkenaan dengan masalah tersebut.

Isu Lynas mula-mula dibangkitkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Satu pertemuan antara Lynas dengan Tuan Ibrahim telah berjaya mendapat satu sepakat, antara lain, Tuan Ibrahim bersetuju dengan fakta yang dibentangkan bahawa Lynas hanyalah kilang pemprosesan bahan kimia yang biasa, bukannya berradioaktif.

Kemudian isu Lynas bangkit semua setelah Tuan Ibrahim menjadi calon untuk merebut kerusi Tim Presiden PAS pada pemilihan 2011. Ini bermakna Lynas sengaja dijadikan isu untuk menaikkan populariti dirinya sendiri.

Kemudiannya, AP PKR Fuziah “toron” telah mengambil alih menjadi juara dalam isu ini. Pelbagai pembohongan dilakukan, antaranya memanggil Doktor veterina, pakar sakit puan, dsbnya untuk menunjukkan betapa radioaktifnya kilang Lynas itu. Pun begitu kenyataan pakar sains nuklear tidak pula diminta, mahupun dicari. Ini kerana pakar sains nuklear sendiri menyatakan bahawa kilang Lynas itu bukan kilang radioaktif. Malahan dedahan menonton TV jauh lebih beradioaktif dari kilang Lynas pada jangka masa yang sama.

Bila kilang Lynas mengajak untuk mengadakan lawatan dan penerangan mereka tidak mahu datang.

Adapun kilang Lynas ditubuhkan di Malaysia dan Gebeng atas beberapa sebab:

1. Pada asalnya ia mahu dibina di China. Tetapi polisi kerajaan China sentiasa berubah-ubah, malahan tiada pembelaaan dari peniru harta intelek.

2. Ia juga pernah dicadangkan untuk dibina di Singapura. Tetapi kerajaan Singapura mengenakan cukai yang tinggi

3. Pembinaan kilang ini di Australia adalah hampir mustahil kerana pemprosesan bahan kimia memerlukan banyak air, manakala Australia sungguhpun ada bahan nadir, tetapi kekurangan air untuk industri. Ini menyebabkan pemprosesan menjadi terlalu mahal.

4. Malaysia dan Gebeng menjadi pilihan terbaik. Negara yg stabil, suasana perniagaan yang condusif, Gebeng dekat dengan pelabuhan Kuantan dan Pahang ada banyak sumber air.

Pendek kata Lynas bukanlah kilang radioaktif, sebalik hanya kilang pemprosessan bahan kimia, manakala bahan nadir merupakan objek operasi. Kewujudan Lynas bakal menjadi punca rezeki untuk beribu rakyat Malaysia, tidak mengira siapa. Ini juga akan turut menggalakkan pertumbuhan industri lain dipersekitannya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yg murah.

Bahan nadir bumi adalah bahan utama dalam peralatan teknologi masa kini, seperti handphone, computer, smartphone, tablet, termasuk juga untuk perubatan seperti MRI.

Jika tidak mahu bahan nadir bumi ini diproses, maka janganlah gunakan apa sahaja gadget teknologi terkini tersebut. Janganlah jadi hipokrit