Berada di PWTC sekarang untuk majlis himpunan Ulama, Cendakiawan Islam dan Penulis Malaysia, 2012.

Majlis anjuran Kelab Sahabat 1 Malaysia. Bermula dari malam semalam hinggalah ke Ahad.

Banyak tokoh-tokoh terkemuka yang hadir sebagai panelis. Satu topik yang dibincangkan – peranan penulis Maya, Ulama, Cendakiawan Islam dalam mempertahankan Islam di Malaysia.

Jelas sekali initipati yang harus diketengahkan ialah Kemulian Akhlak. Inilah yang harus dipegang oleh semua individu termasuk penulis Maya.

Apa yang merisaukan ialah perpecahan umat Islam yang begitu kritikal dewasa ini. Inilah yang seharusnya menjadi target penulis maya, iaitu menghapuskan perpecahan dan memupuk perpaduan.