Sejak kebelakangan ini sampah-sampah dipersekitaran Bandar Baru Bangi nampak tak terterus. Mula-mula tak perasan sangat tapi mula tersedar bila kat dalam TV dan internet pun orang kecoh pasal sampah tak terurus dinegeri Selangor ini. Rupa-rupanya kerajaan negeri dibawah pimpinan Khalid Ibrahim dan Pakatan “Rakyat” yang mengaku hebat yang punya angkara.

Semuanya bermula bila mereka menamatkan kontrak Alam Flora pada 16 Oktober 2011, atas alasan bahawa alam flora banyak melantik subkontraktor yg pro UMNO.

Bagi aku tak taulah nak kata apa pun, kroni UMNO ka PAS ka DAP ka, kalau kerja bagus, on-time, tip-top tak dak hal.

Hari ni dah dua kali pusingan sampah tak diambil di Bandar Baru Bangi. Masalahnya sampah tersebut telah menjadi pusat pembiakan ulat sampah, dan ulat sampah ni dah boleh mengesot masuk dalam rumah. Jenuh seharian mencuci.

Tengahhari talipon talian Hotline¬†1-800-88-2824 … kata operator, kontraktor sampah dah lari … muahahhaha … apa punya gile … bayangkan kalau sebulan diorang tak ambik sampah, sanggupkah anda semua hidup dengan ulat sampah dan lalat berterbangan, bau yang busuk dan penyakit yang berleluasa datang dari sampah pampers, perut ikan, perut ayam, sayur dan buah busuk.

Pada semua warga Selangor, marilah tukar balik kerajaan negeri Selangor ni pada BN. Dah terbukti kerajaan Pakatan “Rakyat” ini tak boleh buat kerja. Isu pengurusan sampah adalah sangat besar. Ia berkaitan dengan kebersihan, menghindarkan penyakit dan mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk kehidupan manusia.

Sampai sekarang kerajaan Khalid Ibrahim tak habis-habis menyalahkan UMNO itu dan ini, UMNO sabotaj la hapa la … apa punya cerita la ni … penyelesaiannya tidak dicari … sekarang hangpa dah jadi kerajaan hangpa kenalah selesaikan masalah rakyat ini … kalau tak boleh buat berhenti saja jadi kerajaan

Ini sangat berbeza dengan kerajaan BN yang selama ini sudah menyediakan program pengurusan sampah yang cemerlang. Kerajaan Pakatan Rakyat haram satu sen pun tak boleh buat kerja.

Link:

mstar: Kemana hilangnya pengutip sampah?

Borneo Post: Masalah sampah terserah pada Selangor

Selangordaily dot com: Masalah sampah semakin kritikal

harakahdaily: Sampah: Selangor buka talian hotline

Suarapakatanrakyatdotcom: Masalah sampah di Selangor makin meruncing