Tahniah pada Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari setelah mahkamah merumuskan bahawa bukti DNA tidak dapat dipastikan 100% tidak terusik.

Namun pihak pendakwa raya dikatakan akan mengemukan rayuan untuk perbicaraan dimahkamah rayuan. Penyokong Anwar agak berang dengan tindakan yang bakal diambil oleh pendakwa raya itu, tetapi berdasarkan fakta Anwar sendiri telah mengemukakan rayuan penangguhan hampir 70 kali tanpa bantahan. Macam mana pulak rayuan dari pihak yg sebelah lagi tak boleh pula.

Keputusan pembebasan Anwar boleh dikatakan satu keputusan yg diluar jangkaan. Ini kerana pihak pembela sendiri cenderong untuk mengatakan bahawa liwat itu adalah “suka sama suka” bukan paksaan.

Apa pun strategi pembangkang untuk menjadikan kes anwar sebagai momentum tidak menjadi. Ia tak ubah seperti tsunami yg tiba-tiba hilang. Kejadian tiga bom meletup serangkai semasa hari keputusan pertuduhan anwar tidak boleh diambil ringan. Ini kerana dah memang sejak dari awal lagi puak2 pembangkang beriaya-iya benar hendak berhimpun. Azmin pun pernah mencanangkan hendak merobohkan diding penjara. Di harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kini the economist pula melebelkan Anwar sebagai seorang tokoh yang tidak boleh dipercayai, gagal membentuk tokoh-tokoh pembangkang muda, dan menjadikan partinya sendiri sebagai hak milik keluarga.

The Economist: The end of sodomy 2.0

My News Hub: Mahkamah bebas Anwar, tapi liwat suka sama suka