Sudah semakin benar DAP menggantikan PAS. Didalam Pakatan DAP dilihat sebagai mastermind, PKR sebagai pencipta propaganda manakala PAS pembekal kepada kakitangan bawahan, orang-orang suruhan yang menuruti perintah DAP tanpa ragu dan was-was.

Kini DAP sudah boleh mengeluarkan apa sahaja pendapat, PAS akan menuruti satu persatu. DAP tidak suka jenama Islam, PAS tukar perjuangan dari negara Islam ke negara kebajikan. DAP tak suka hudud, PAS padamkan hudud dari perjuangan. DAP tak suka Hassan Ali, PAS cabut Hassan Ali dan buangkan dia jauh-jauh.

Jelas dan makin jelas PAS hanya menjadi pak turut pada DAP. DAP juga berura-ura mahukan kawasan melayu PAS diambil untuk diletakkan calon melayu ahli DAP sendiri. Bila ianya termakbul maka tiada lagi perlunya peranan PAS dalam pakatan, DAP dah boleh dapat undi melayu tanpa PAS. Maka benarlah DAP ganti PAS.