Alhamdulliah sejak Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan PM telah banyak yang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat. Sering kali BN dicop sebagai Barang Naik. Hakikatnya barang siapa yg tidak naik, tapi itu cerita lain.

Adapun harga barangan di Malaysia bukan sepenuhnya dikawal oleh kerajaan pusat. Hanya segelintir barang yang menjadi keperluan utama dikawal oleh kerajaan pusat agar harganya tidak terlalu tinggi. Harga minyak sebagai contoh dikawal oleh kerajaan pusat dengan subsidi, selain dari harga beras, gula dan minyak masak.

Bagi barangan lain ianya bergantung pada bekalan dan permintaan (supply and demand). Inilah yang menentukan harga barangan tersebut. Harga bawang misal kata bergantung pada keadaan semasa di China ataupun India yang merupakan pengeluar utama dan ia diimpot dari negara tersebut.

Kenapa harga barangan tersebut dinaikkan? Kerana ianya dinaikkan oleh pemborong. Sedangkan kalau pemborong tidak menaikkan harga pun boleh.

Harga rumah pun bukan kerajaan yang naikkan, tapi pemaju yang menetapkannya. Saya difahamkan bahawa di Selangor sebagai contoh, semasa BN menjadi kerajaan setiap kawasan perumahan mesti ada tiga jenis (1) Mahal (2) Sederhana (3) Murah. Ini adalah polisi kerajaan BN agar rakyat masih mampu membeli rumah. Namun pemaju seringkali merungut kerana mereka tidak boleh buat untung. Ini kerana hanya rumah mahal sahaja yg boleh buat untung. Kerajaan Pakatan Selangor yang ditadbir oleh bekas ahli koporat lebih suka menurut kehendak pemaju, maka kini tiada lagi rumah murah di Selangor, semuanya rumah mahal, apartment pun kalau ada yg berstatus kondo.

Nasib baik Dato’ Najib mengambil inisiatif untuk menubuhkan kedai 1Malaysia, kedai ikan 1Malaysia, klinik 1Malaysia dan juga skim rumah pertama, selain dari perumahan rakyat. Ini semua adalah inisiatif kerajaan.

Langkah2 yg diambil oleh kerajaan ini amat dialu-alukan oleh rakyat. Ingatlah lain parti yg membentuk, lainlah bentuk kerajaannya. BN telah terbukti sebuah kerajaan yang prihatin, cekap dan mesra rakyat. Semua pihak untung dibawah pemerintahan BN. Marilah semua bersyukur kepada Allah dan mudah-mudahan BN akan terus memerintah dan memberikan khidmat yang terbaik pada rakyat.