Blogger dinturtle melaporkan tentang enam tuntutan bebas yang dianggotai oleh pertubuhan-pertubuhan Mahasiswa IPTA. Intipati tuntutan tersebut ialah kebebasan berpolitik dikalangan mahasiswa dan juga ahli akademik.

Kalau dilihat siapa yg galak sangat berpolitik ini tak lain ialah mahasiswa melayu bumiputra sendiri. Saya agak hairan, dalam banyak-banyak hal isu politik juga yang dilebih-lebihkan dan didahulukan.

Padahal ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh Mahasiswa seperti menyertai pertandingan2 rekacipta antarabangsa, mengetengahkan budaya Malaysia pada antarabangsa, melahirkan idea-idea bernas membantu menghapuskan kemiskinan dikalangan rakyat dan menjana pendapatan untk mahasiswa sendiri supaya tidak bergantung harap pada pinjaman PTPTN, MARA atau JPA atau mengembangkan lagi sumber biasiswa. Itu apa yg terpikir oleh saya, sedangkan ada banyak lagi yg boleh dilakukan oleh mahasiswa, bukan sekadar berpolitik.

Saya lebih gembira melihat anak-anak melayu/bumiputra ini naik ke pentas dimajlis konvo sebagai penerima ijazah kelas pertama, penerima anugerah-anugerah khas diatas kecemerlangan akademik/bukan akademik. Saya malu bila mereka ini sekadar cukup makan untuk lulus. Nanti bila sudah bergraduan kerajaan juga dipersalahkan kerana susah untuk mendapatkan kerja, sedangkan prasarana IPTA sentiasa dipertingkatkan agar setanding dengan universiti-unversiti kelas dunia yang lain.

Saya sarankan agar mahasiswa melayu/bumiputra contohilah mahasiswa bukan bumiputra, mereka pun aktif juga berpersatuan, tapi tidaklah asyik tertumpu pada hal politik. Sikit-sikit tak salah, macam ubat batuk, kalau diambil mengikut dos insyallah baik batuk, tapi kalau overdose, jadi mabuk dan khayal.