Dilaporkan bahawa, Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat telah mengadap Yang Dipertuan Agong pada 24/12/2010 yang lalu. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Presiden PAS, Dato’ Hadi Awang, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dato’ Nik Aziz dikatakan telah menerima titah mengadap yang dibawa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Memandangkan pertemuan tersebut adalah pertemuan tertutup, maka Dato’ Nik Aziz dilaporkan tidak mahu mengulas lanjut mengenainya melainkan mengesahkan sahaja bahawa pertemuan tersebut berlaku. Ia juga sebahagian dan majlis santapan malam yang dianjurkan oleh Yang DiPertuan Agong, yang berlangsung di Istana Terengganu Kuala Lumpur.

Apa pun tokoh2 PAS yang lain dikatakan bimbang dengan perkembangan tersebut. Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron menyatakan kebimbangan beliau andaikata usaha untuk meneruskan projek kerajaan perpaduan menjadi agenda. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga dilaporkan oleh Harakah agak tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan menyatu-patukan PAS dan UMNO. Beliau turut menempelak Tun Abdullah, dengan kata lain ” …. jangan sibuk2 nak menyatukan PAS-UMNO”

Malang sekali sekiranya usaha yang baik seperti itu dilihat sebagai satu kebimbangan. Seharusnya sebagai umat Islam, sebarang usaha kearah perpaduan masyarakat haruslah diutamakan demi kebaikankan semua pihak. Nabi Muhammad SAW sangat2 menganjurkan agar semua umat Islam bersatu padu. Baginda sendiri pernah menyatu-padukan kaum Ansar dan Muhajirrin semasa peristiwa Hijrah yang kedua, ke Madinah. Apakah kaum Melayu yang juga Islam di Malaysia ini tidak boleh mengikuti sunah itu. Janganlah bila nak berpoligami baru nak mengikut sunnah, hal yang lain boleh ditolak ketepi.

Adapun pertemuan seperti ini harus dianggap positif. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS berhenti berbalah berlebih-lebihan hingga akhirnya menggadaikan kedaulatan Islam di Malaysia ini.

Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong (Malaysiakini, 4/1/2011)

 Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap – Nik Aziz  (Harakah, 4/1/2011)

Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan PAS  (Harakah, 4/1/2011)