Isu terbaru ialah bila bukan Islam masuk masjid. Di pihak UMNO melihat ini sebagai satu penghinaan pada Islam, bagi PAS pula ia tiada salahnya. Ada pun kedua pendapat ini benar, bergantung pada situasi.

M-star (29/8/2010:: Salahkah bukan Islam memasuki masjid) melaporkan bahawa Majlis fatwa kebangsaan menetapkan bahawa: 

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Utusan Malaysia (30/8/2010:: Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!) pula mengupas isu ini:

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima ‘gelaran’ negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq ‘Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: “Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali.” (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

 

Jelaslah bahawa jika sekiranya seorang yg bukan Islam masuk ke masjid sebagai pelancong atau kerana ingin mendalami Islam, maka adalah harus hukumnya asalkan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetap. Namun yg berlaku baik dlm kes Teo Nie Ching (DAP) dan William Leong Jee Keen (PKR), kedua mereka masuk ke masjid/surau bukan atas kapasiti pelancong mahupun kerana ingin mendalami Islam, tetapi atas dasar politik yang meletakkan mereka seperti ketua kepada semua umat Islam dikawasan tersebut. Kedua mereka adalah tokoh2 DAP dan PKR, dan keduanya dengan jelas adalah bukan Islam dan juga menolak kedaulatan Islam. Mereka hanya hadir dimasjid dan surau semata-mata untuk menggula-gulakan umat Islam agar leka, seperti yang dilakukan oleh penjajah British. Inilah yang menjadikan isu ini sensitif seolah-olah Malaysia sudah tiada lagi pemimpin berugama Islam. Adakah ini persediakan PAS untuk menjual “hak kepimpinan” kepada bukan Islam asalkan dapat menjadi pemimpin kecil.