Pua Chu Kang buat lawak bodoh. Kereta perisai dengan kereta kebal pun tak boleh nak beza …. lagi satu peralatan-peralatan pertahanan ini ada harga pasaran ke???? Dia ingat beli kereta perisai macam beli Camry kot … 

Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran (Malaysiakini)

22/4/2010

 Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran. “Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2… boleh didapati kurang daripada RM 20 juta,” katanya. Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).