Malaysiakini pernah melaporkan titah ucapan Pemangku Raja Kelantan ketika merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu di PWTC pada 2008.

Lindungi hak istimewa Melayu
Muda Mohd Noor
Apr 12, 08
8:00pm 
 
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

“Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

“Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu,” titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

“Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

“Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus,” titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu – demi kekuasaan – sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

“Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

“Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

“Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka.

Titah Pemangku Raja Kelantan adalah agak keras, namun tepat dan berfakta. Pejuang-pejuang anti-perlembagaan seperti DAP dan disokong oleh PKR dan PAS ternyata agak tersentak dengan titah tersebut.

Apakah kekalutan yang berlaku didalam Istana Kelantan kini adalah gerakan-gerakan licik pejuang-pejuang anti-perlembagaan ini yang mana antara lain cuba untuk menjatuhkan kredibiliti institusi beraja di Malaysia ini.

M-STAR hari ini melaporkan bahawa Tengku Abdul Aziz Hamzah yang juga kekanda Tengku Razaleigh Hamzah kini dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan yang baru bagi menggantikan Tengku Faris:

Khamis Mac 25, 2010
Tengku Muhammad Faris Kekal Pemangku Raja Kelantan

KOTA BAHARU: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Sultan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Menurut Wan Hashim, sehubungan itu juga baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Wan Hashim berkata keadaan Sultan Kelantan kini:”Baginda boleh bertitah boleh bercakap dan ingatan baginda bagus.”

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil anggota MPN untuk diadakan mesyuarat majlis itu bagi memutuskan keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran kegeringan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Beliau berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pihak menghormati undang-undang perlembagaan tanpa bertindak membelakangi undang-undang yang sedia ada. – BERNAMA

//