Halal secara amnya merujuk kepada hal-hal yang dibenarkan untuk umat Islam, yang meliputi soal makan-minum, perniagaan, pakaian dan lain-lain lagi. Namun, kebiasaannya soal HALAL lebuh mudah dikaitkan dengan makan-minum. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai badan khas untuk memantau persijilan halal. JAKIM bagi peringkat pusat dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri diberikan tanggungjawap tersebut. Memandangkan Melayu adalah majoriti, maka jelaslah keperluan untuk bahan-bahan yang halal sangat tinggi. Ini mendorong sesetengah perniagaan milik bukan Islam untuk menipu dengan menggunakan logo palsu ataupun logo-logo dari institusi yang diragui dan tidak diiktiraf.  

Akta Halal dijangka akan dibentangkan di Parlimen tahun ini. Ini menurut Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharom. Harapan kita sebagai umat Islam di Malaysia agar akta halal ini dapat diperkasakan. Seterusnya menjamin kesucian bahan makanan umat Islam dinegara ini terjaga.

Saya secara peribadi tidak bergantung harap pada logo HALAL semata-mata, baik yg keluarkan oleh Jakim atau lain-lain pertubuhan. Seringkali bila saya ke pasaraya saya dapati ada makanan-makanan yang diimport dan berlogo halal tetapi mempunyai kandungan bahan yang meragukan. Yang sering saya temui ialah produk CHEESE yang kebanyakannya diimport dari Australia. Sepanjang pengalaman saya berada di Australia, saya tak pernah pun nampak produk CHEESE tersebut halal, malahan pada pek yang dijual di Malaysia pun terdapat kandungan ‘RENNET’ didalamnya yang dah jelas haram.

Saya berharap benar agar bila kerajaan membentangkan akta halal, berikan status halal hanya pada syarikat yang dimilik oleh orang Islam, ini yang pertama. Seterusnya, barulah bahan-bahan, proses dan sebagainya. Janganlah dengan mudah memberikan status halal pada pengusaha bukan Islam kerana mereka hanya lebih berminat untuk mengaut keuntungan dari poket orang Islam. Jika mereka benar menghayati ‘HALAL’ sudah pasti mereka akan memeluk Islam.