Dato’ Nik Abdul Aziz telah melahirkan rasa kekecewaanya kerana tidak berpeluang untuk mengerjakan haji pada tahun ini kerana ada orang tertentu yang membuat bising tentang hal tersebut. Yang dibisingkan ialah kerana haji tersebut ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Yang membatalkan hasrat ialah Nik Aziz sendiri. Yang dipertikaikan ialah kerana mempunyai unsur rasuah kerana sebarang bentuk penajaan walaupun untuk menunaikan haji adalah rasuah. Hal ini kerana Nik Aziz selain seorang Ustaz juga adalah seorang Menteri Besar. Lainlah jikalau Nik Aziz hanya seorang Imam atau Ustaz biasa yang tiada kuasa didalam kerajaan. Kalau Nik Aziz nak juga disponsor untuk pergi haji maka elok benarlah bersara dari kerajaan dan dari politik macam Tun Dr. Mahathir. Mungkin waktu tu dah tak de orang yang akan memandang Nik Aziz lagi.

Dalam pada kecelaruan yang berlaku dalam PAS dan PAS-Kelantan khususnya, Nik Aziz terus mempublisitikan doa untuk memusnahkan masa depan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Bijak betul dia berdrama, ini semua tak lebih dari tektik untuk mengalihkan pandangan sahaja.

Bila masuk aje 2/12/yy apa lagi akan bergemalah sekali lagi permintaan untuk Chin Peng pulang ke Malaysia. Yang menjadi masalahnya ialah Chin Peng bukan warga Malaysia, kenapa mahu pulang. Dan yang lebih dasyat lagi ialah Chin Peng adalah pengganas. Dia harus dihukum bukannya diampunkan.

Dalam pada nak menutup kelemahan mereka Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa mereka mengharamkan kursus BTN kerana ia kononnya bersikap perkauman. Yang BN pun bodoh juga, terus terikut2 rentak mereka yang mengeluarkan kenyataan yang kursus BTN akan dirombak supaya sesuai dengan semua kaum.

Apa pun ini semua adalah drama untuk parti pembangkang menutup masalah mereka. Lalu mereka ciptakan satu isu supaya BN melatah dan tidak dapat menyerang balas. Yang bodohnya BN juga, masih gagal memperkemaskan diri dari serangan pembangkang.