Setelah lapan tahun diperantauan, kini saya telah betul-betul bermastautin di Malaysia, negara yang tercinta dan dicemburui ramai oleh orang-orang lain, lebih-lebih lagi dari kalangan para muslimin dari Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab. Namun, saya agak terkejut dengan sikap para pengguna jalan raya yang semakin teruk. Pemanduan cuai dimana-mana, baik dijalan kampung, bandar dan lebuh raya.  Sebelum saya meninggalkan tanah air, boleh dikatakan mereka yang memandu secara tidak berhemah agak kurang ditemui, terutama pada waktu siang. Tetapi kini, tak sampai dua bulan pun saya ditanah air, bilangan pemandu yang tidak mematuhi undang-undang yang berlaku dihadapan mata saya sudah tak cukup jari nak dibilang, walaupun sudah dimasukkan jari kaki. Tidak hairanlah statistik kemalangan semakin tinggi.

Baru-baru ini saya telah bertembung dengan sepasang lelaki/perempuan berada didalam sebuah Naza/Peugoet 206 berwarna metalik. Kereta itu dipandu oleh pasangan lelakinya.  Kereta kami berada dilaluan yang ditengah manakala mereka berada dilaluan yang kiri. Setelah beberapa ketika kereta kami meluncur memintas kereta tersebut yang memang sepatutnya perlahan pun, sesuai dengan kedudukan mereka dilaluan kiri.

Tidak lama kemudian, kereta Naza itu memecut lalu cuba untuk memintas sebuah kereta lain yang juga berada dilaluan kiri. Percubaan memintas memerlukan mereka bertukar laluan dari sebelah kiri ke sebelah tengah. Pun begitu belum pun kereta Naza itu berjaya melepasi kereta kami kereta itu cuba memaksa masuk ke laluan tengah hingga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kereta kami. Apa yang lebih buruk ialah sipemandu tersebut telah mengeluarkan tangannya dari tingkap lalu memberikan isyarat marahnya pada kami. Kerana telah diprovokasi, saya juga telah mengeluarkan tangan saya tanda protes. Mereka ternyata tidak berpuas hati lalu cuba untuk melakukan brek kecemasan untuk mengakibatkan kami melanggar mereka dari belakang. Percubaan tersebut tidak berjaya kerana isteri saya yang memandu sudah boleh mengagak perbuatan mereka itu. Kereta kami kemudiannya memintas kereta Naza-206 tersebut. Mungkin kerana merasa egonya tercabar, sipemandu terus mengeluarkan isyarat tangan pada kami. Saya pun membalasnya tengan tangan saya juga. Lalu kereta Naza itu terus memecut memburu kami dah cuba pula menghimpit dari laluan kanan ke tengah. Kereta Naza tersebut kemudiannya masuk kelaluan kiri, cuba memaksa kami supaya memotong mereka. Mungkin dengan niat untuk bermain kasar lagi, tetapi isteri saya terus memandu kereta itu dibelakang kereta Naza tersebut.

Kereta Naza tersebut semakin perlahan dah akhirnya berhenti. Kereta kami juga berhenti. Sipamandu Naza, seorang lelaki berusia 33 tahun, bersaiz kecil, berbadan kurus dan mempunyai berat diantara 45-50 kg terus meluru kearah pintu saya disebelah kiri. Ketika saya baru hendak melangkah keluar dia terus menyerang saya dengan menolak pintu kereta saya. Mungkin dengan niat untuk menakut-nakutkan. Kemudian saya keluar dan menolaknya kebelakang.

Kalau itukan hati saya sudah pun membelasah lelaki ini pada ketika itu. Namun  semata-mata kerana undang-undang melarang saya mengambil tindakan yang ganas, maka saya tidak meneruskan niat saya. Dengan tegas saya menyatakan bahawa “you adalah seorang pemandu yang tidak berdisiplin, cuba memotong dan menukar laluan tanpa memberikan sebarang lampu isyarat dan memandu secara merbahaya hingga boleh mengakibatkan kemalangan dengan orang lain”. Lelaki tersebut menyalahkan kereta saya yang kononnya perlahan, sedangkan saya tegaskan bahawa kereta berada pada kadar kelajuan yang betul, tetapi dia tidak memandu dengan berhemah.

Dengan nada ego lelaki tersebut mahu saya meminta maaf kerana telah membalas isyarat tangannya. Namun saya membalas bahawa saya tidak akan meminta maaf, sebaliknya lelaki tersebut yang harus meminta maaf pada saya dan berjanji untuk memandu kereta dengan lebih berdisiplin. Masih dengan ego lelaki tersebut meminta maaf pada saya. Setelah dia meminta maaf saya juga meminta maaf jika ada terkasar bahasa. Sebelum pulang kekeretanya, saya sempat mengingatkan pasangan tersebut agar lebih berdisiplin dan memandu dengan cermat.

Pengalaman diperantauan telah mematang saya dengan disiplin dan undang-undang. Pun begitu agak kecewa kerana sikap pemandu-pamandu ditanah air tampak semakin teruk. Baik yang muda, tua, lelaki, perempuan, mahupun yang memakai serban dan kopiah. Patutlah pihak PDRM sendiri semakin kecewa dengan sikap pemandu yang buruk dan statistik kemalangan yang tinggi dijalanraya, terutama ketika musim perayaan. Bagi pemandu Naza-206 tersebut, saya ada tiga pertuduhan yang saya “simpan” dahulu. Pertama, gagal mematuhi undang-undang jalanraya, kedua memandu secara tidak berhingga hemah hingga boleh mengakibatkan kemalangan jalanraya dan yang ketiga serangan keatas saya dengan dengan niat untuk mencederakan. Saya tidak akan ragu-ragu untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Mungkin inilah cara yang lebih baik untuk membantu negara membetulkan sikap dan disiplin masyarakat yang semakin menjadi-jadi.