Hari ini saya telah bertemu dengan seorang usahawan motel warga asing dari Australia. Dalam pada berbual itu usahawan tersebut menceritakan bahawa dia sering bertemu dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Kebetulan kerananya motelnya berdekatan dengan universiti, maka ramai jugalah penuntut yg menginap disitu terutama mereka yang baru tiba sebelum mendapat kediaman yang sebenar.

Usahawan tersebut menceritakan pada saya betapa kesihannya dia pada penuntut Cina yg sering menceritakan padanya bahawa mereka ditindas di Malaysia. Tempat mereka dinafikan di IPTA walaupun “konon” mereka mempunyai gred yang sama.

Kalau hendak membeli kereta pula mereka perlu membayar lebih mahal. Mereka ditindas semata-mata kerana mereka adalah keturunan Cina.

Usahawan itu membuat kesimpulan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang amat teruk.

Saya hanya tersenyum mendengar kisah dari usahawan itu sebelum saya membuka mulut. Saya nyatakan bahawa mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA ataupun biasiswa bukanlah kerana mereka Cina. Tetapi mereka sendiri tewas kerana tidak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding yg lain. Kalau ada 1000 orang calon pelajar, sedangkan tempat yang ada hanyalah 100, sudah tentu kita akan mencari markah bonus dari bahagian yang lain.

Tentang kereta pulak agak kurang pasti sama ada ia wujud atau tidak, kerana apa yg saya ketahui kalau mahu membeli rumah adalah. Itupun kerana bumiputera adalah warga asal Malaysia. Ianya adalah satu perjanjian sosial yang telah dipersetujui oleh kaum pendatang pada 1957 dahulu.

Fasal pinjaman kereta pula, saya pernah membuat pinjaman bank dengan Hong Leong Bank. Mereka telah memberikan saya diskaun 10% semata-mata kerana saya ada degree. Bukan kerana saya Melayu atau Islam.

Usahawan tersebut lagi terkejut bila saya katakan bahawa di Malaysia dalam 10 org terkaya, org melayu yg kaya hanya seorang sahaja. itupun dlm ranking pertengahan. Nombor satu atau 2 sering bertukar antara Robert Kuok atau pun Ananda Krisnan.

Terkejut usahawan itu mendengar penjelasan saya. Tak tahulah sama ada dia bersetuju atau tidak. Tapi dia benar-benar terkejut.  Mungkin dia akan merujuk ke internet dan membuat sedikit kajian. Eloklah kalau begitu.

Saya pun agak terkejut kerana inilah rupanya maklumat yang telah disebarkan oleh penuntut cina dinegara luar. Ini benar-benar satu tohmahan. Bagaimanakah ianya boleh jadi begitu. Namun ternyata sikap mereka agak perkauman.