PAS mengaku bahawa mereka mempertahankan Islam, dan keterlibatan mereka dalam Pakatan DAP/PKR/PAS akan mendaulatkan Islam lebih tinggi berbanding BN. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Islam makin dihina. Sudahlah Nik Aziz menghalalkan perbuatan DAP menghina Islam, Hassan Ali (pesuruhjaya PAS Selangor) pun tunduk pada Ronnie Liu yang mahukan agar arak dijual dikawasan majoriti melayu di Shah Alam. Terbaru pembinaan kuil pun berleluasaan. Hairan bagaimankah seorang kafir boleh mempengerusi hal-ehwal berkaitan ugama di Selangor, sedangkan Islam adalah agama Persekutuan seluruh Negara.

Utusan 18/9/2009: JAIS Persoal EXCO Lulus Bina Kuil

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.