Pakatan DAP/PKR/PAS ternyata gagal memenuhi aspirasi rakyat. Oleh yang demikian tidak layak mereka menggelar diri mereka “pakatan rakyat” kerana apa perjuangan untuk rakyat yg telah mereka lakukan sejak menjadi kerajaan. Sebaliknya apa yang terjadi berlaku skandal sana sini.

Negeri Perak telah disalah urus secara membabi buta hingga mendorong tiga ADUN pakatan keluar menjadi bebas. Kini Perak kembali aman. Tinggal persatuan bola sepak Perak sahaja yg masih dipimpin oleh Nizar. Natijahnya pasukan Perak tiada wang untuk membayar gaji pemain. Hampir 90% pemain senior berpindah. Kedudukan dalam liga Super pun teruk. Apa kata Nizar bagi saja pada Zambry, gerenti OK. Pasukan Perak pun akan kembali gah kembali.

Di Selangor kecoh dengan penglibatan Ronnie Liu dan Ean Yong dengan kongsi gelap dan penyelewangan Dana.

Di Pulau Pinang yang dikuasai sepenuhnya oleh DAP dan dipimpin oleh S/U Agongnya bersikap lepas tangan. Kes Penduduk India di Kampung Buah Pala tidak dihiraukan. Malahan mereka cuba pula menyalahkan kerajaan BN dahulu dan cuba pula memindahkan isu itu pada kerajaan pusat. Pada hal ia adalah masalah negeri.

Nasib baik Datuk Seri S. Samy Vellu masih lagi mampu memberi khidmat. Beliau adalah antara tokoh politik yang paling banyak diburuk-burukkan oleh pembangkang. Kehadiran Hindraf yang membuat kacau seolah2 menenggelamkan fungsi MIC hinggakan masyarakt India menjadi antara mereka yg anti BN.

Namun kesediaan Samy Vellu dan MIC untuk mendapatkan RM3.2 juta bagi menebus kembali tanah2 untuk orang India tersebut sangatlah dialu-alukan. Kini bola dikaki Lim Guan Eng, adakah mahu menolong atau mahu berpolitik. Apapun jika berjaya Samy Velly dan MIC telah menabur budi yg sangat besar untuk masyarakat India.

Bagi DAP pula, jelas mereka tidak berfungsi langsung sebagai kerajaan negeri. Mereka gagal menyelesaikan sebarang isu. Ada baiknya dibubarkan sahaja DUN Pulau Pinang, buat pilihanraya baru

Bernama:

26 Julai, 2009 13:51 PM

MIC Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan P.Pinang Selesai Isu Kg Buah Pala

BUTTERWORTH, 26 Julai (Bernama) — MIC sedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, di Bukit Gelugor dekat sini demi kepentingan masyarakat India.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya telah hubungi beliau (Lim) pagi ini dan kami akan tentukan tarikh perjumpaan pada petang ini bagi mencari jalan penyelesaian masalah penduduk India di kampung berkenaan.

“Mungkin perjumpaan itu akan diadakan dalam tempoh dua atau tiga hari ini dan saya akan datang sekali lagi ke Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini Ahad.

Samy Vellu berkata adalah lebih baik mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah penduduk Kampung Buah Pala daripada bertelagah antara satu sama lain.

“Menjadi tugas dan tanggungjawap MIC untuk membantu dan mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang melibatkan masyarakat India di negera ini.

“Kita harap perbincangan yang akan diadakan dengan Ketua Menteri itu akan membuahkan hasil yang positif kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Samy Vellu sekali lagi menyatakan kesediaan MIC untuk membayar RM3.2 juta berdasarkan harga premium bagi mendapatkan kembali tanah Kampung Buah Pala itu.

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd.

Koperasi itu melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos ini.

— BERNAMA

Berita Harian:

KUALA LUMPUR: MIC akan mendepositkan bayaran premium RM3.2 juta dengan peguam parti itu bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Katanya apabila kerajaan Pulau Pinang bersedia menyerahkan tanah berkenaan kepada penduduk Kampung Buah Pala, maka peguam parti akan membuat bayaran kepada kerajaan negeri itu.

“Saya telah mengarahkan peguam MIC supaya menulis kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah berkenaan. Peguam akan mengirim wang tersebut apabila kelulusan tanah diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata dalam mana-mana urusan tanah, bayaran akan hanya dibuat selepas transaksi atau dokumen transaksi siap.

“Di sini, kita mempunyai seorang Ketua Menteri memberitahu kita supaya membayar terlebih dahulu sebelum berbincang,” katanya, sambil menegaskan bahawa MIC akan berpegang kepada janji dan menggesa Lim supaya turut berbuat demikian.

Samy Vellu berkata beliau terkejut dengan kenyataan Lim bahawa MIC “berbohong” apabila menyatakan bahawa parti itu akan membayar premium sebanyak RM3.2 juta.

“Saya menghormatinya sebagai pemimpin muda yang dinamik. Tetapi malangnya dia boleh berkata apa jua mengikut kesesuaiannya untuk ketika itu dan dia akan berpusing apabila terdesak.

“Kami perlu melihat apa Lim nak cakapkan mengenai isu Bukit Cina di Melaka dan banding dengan apa yang dia lakukan dengan Kampung Buah Pala,” katanya.

DAP, di mana Lim menjadi setiausaha agungnya, telah menyelesaikan isu Bukit Cina pada 1984 dan Lim dipetik sebagai berkata bahawa ia menunjukkan keutamaan DAP dalam memulihara budaya dan warisan penting berbanding projek pembangunan untuk keuntungan pihak swasta.

Samy Vellu berkata MIC juga ingin menyelamatkan Kampung Buah Pala demi memulihara warisan dan kebudayaan India.

Beliau menggesa kerajaan negeri itu supaya tidak mengaburi mata rakyat kerana tanah berkenaan dipindahkan semasa Lim menjadi Ketua Menteri dan bukan oleh kerajaan negeri sebelum ini. – Bernama