Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran semalam telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.  Keputusan tersebut yg diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dibuat setelah kementerian mempertimbangkan data-data yang telah dianalisa sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, PPSMI didapati tidak memberikan manfaat yang berkesan pada para murid sekolah. Prestasi murid-murid sekolah selepas peperiksaan tidak menunjukkan perkembangan.

Keputusan Kerajaan tersebut menerima riaksi yang berbeza-beza dikalangan tokoh2 dan rakyat. Prof DiRaja Ungku Aziz menyokong penuh tindakan kerajaan. Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pula merasa sedih kerana PPSMI dilaksanakan ketika beliau masih lagi PM, dan ia adalah diantara keputusan terakhir yg dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir selaku PM pada waktu tersebut.

Pun begitu, kerajaan tidaklah mengetepikan langsung program-program pembanggunan bahasa Inggeris disekolah. Langkah2 yg dinamik telah digariskan oleh kementerian untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris. Langkah2 tersebut antara lain menambahkan waktu pembelajaran bahasa Inggeris. Malahan guru-guru bahasa Inggeris turut akan ditambah. Penekanan pada aspek tatabahasa inggeris turut diketengahkan. Langkah ini adalah jauh lebih baik dari mengajarkan bahasa inggeris didalam mata pelajaran matematik dan sains. Ini kerana PPSMI tidak dapat memberikan penekanan pada penguasaan bahasa melainkan hanya pengetahuan pada istilah-istilah sahaja.

Apa pun keputusan kerajaan dalam hal ini adalah satu tindakan yang bijak. Syabas pada kerajaan, Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin.  Adalah lebih sempurna jika pengajian bahasa diajarkan secara khusus bukannya dengan dikembarkan dengan mata pelajaran yang lain. Seperti yang ditegaskan oleh PM, kerajaan tidak mengetepikan penekanan pada penguasaan Bahasa Inggeris, sebalik Kerajaan menambah baik program pengajian tersebut.