1. Utusan Malaysia, 22/5/09
  2. Berita Harian, 22/5/09
  3. mstar, 22/5/09

Keputusan untuk menghadkan pengambilan mata pelajaran SPM adalah satu langkah yang paling wajar diambil oleh kerajaan. Tujuan asal menjadikan SPM sebagai peperiksaan terbuka adalah untuk menghapuskan kegilaan pada Aggregat/Gred dan menerapkan budaya ilmu, bukan sekadar ilmu untuk lulus peperiksaan. Namun trend masakini menunjukkan berlakunya kegilaan dalam mengambil subjek sebanyak yang mungkin.

Tetapi ibubapa, sekolah mahupun pelajar tidak boleh disalahkan, kerana dengan ketiadaan had, mereka terpaksa membukti kecermerlangan diri sendiri dengan memperolehi “A” sebanyak yang mungkin, jika tidak terlepaslah peluang untuk memperolehi biasiswa ataupun peluang untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang diingini.