Melayu Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mana apa yang ditakrifkan sebagai Melayu itu telah diwartakan didalam Perlembagaan Malaysia: 

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai …  seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Perkara 160 turut memberikan takrifan kepada orang Asli, manakala Perkara 161A memberikan takrifan pada Anak Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Secara amnya Melayu, Orang Asli, Anak Negeri adalah dikelasifikasi sebagai bumiputera, iaitu kaum asal Malaysia. 

Takrifan undang-undang yang dinyatakan didalam Perlembagaan adalah satu perlindungan terhadap hak milik kaum bumiputera agar tidak ketinggalan, tertindas, dan diabaikan.