Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan pengstrukturan semula rating petrol dipasaran. Antara lain, petrol RON 92 akan dimansuhkan penjualannya dan digantikan dengan petrol RON 95 sebagai petrol kadar biasa. Petrol RON 95 akan dijual pada harga kawalan yang lebih rendah bersubsidi, manakala RON 97 akan dijual pada kadar yang tinggi, tanpa subsidi.

Pelbagai pengguna menyuarakan pandangan yang pro dan kontra. Bagi yang pro mereka melihat perkara ini sebagai satu langkah yang bijak memandangkan petrol RON 95 adalah juga petrol kadar biasa dipelbagai negara lain seperti Australia, Japan, dan UK.

Bagi yang kontra pula, langkah tersebut, walaupun bagus, tetapi mungkin akan tetap memberikan impak kenaikan harga.

Kedua pendapat tersebut ada benarnya. Namun masih ramai yang keliru apa itu RON 92, 95, 97, dsb. Disini apa itu RON akan cuma dihuraikan dengan cara yang mudah.

RON itu adalah singkatan pada Research Octane Number atau dlm melayunya Nombor Penyelidikan Oktana untuk petrol tanpa plumbum. Ia berkait rapat dengan kualiti petrol tersebut.

Kualiti petrol yg menjadi pentunjuk disini ialah sifat petrol, yang mana petrol yang mempunyai RON yg rendah mempunyai kecenderungan untuk membakar lebih awal “pembakaran pra-matang”. Sebagai mana org “ADAM” sensitif dengan frasa “pancutan pra-matang” begitulah juga sensitifnya injin petrol dengan pembakaran pra-matang. Pembakaran pra-matang mempunyai kesan buruk iaitu, ia menyebabkan injin kurang berkuasa, malah pada jangka panjang boleh merosak injin tersebut. 

Injin petrol yang mempunyai RON yg rendah akan membuat bunyi bising seperti bunyi ketukan. Ini berlaku kerana petrol dah terbakar dulu sebelum pada masa yg sepatutnya. Tetapi petrol yang mempunyai RON yang tinggi mampu untuk menghalang fenomena tersebut. Maka RON itu ialah kadar bahan tambahan yg wujud dlm petrol tersebut bagi membolehkannya mempunyai kebolehan anti-ketuk. 

Persoalannya berapa tinggi dan rendah RON adalah wajar?

Bagi kereta-kereta yang dibina dari tahun 90an keatas, injin kereta tersebut telah direka bentuk untuk berfungsi pada kadar terbaik dengan RON 95. Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta kenalah merujuk pada buku manual kereta masing2. Maka tidak akan ada masalah kualiti pada RON 95 kerana dah memang sesuai.

Petrol RON lebih daripada itu katanya dapat memberi prestasi yang lebih tinggi sepeti V-Power yg mempunyai RON 98/99. Namun bagi kereta komersial asalkan RON 95 atau lebih dah kira OK. Jika ada yang ragu2 sama ada RON 95 ok ke tidak, jawapnya OK.

Namun jika ada yg ragu2 sama ada harga barang akan tetap naik walaupun pengguna digalakkan menggunakan RON 95 bukan RON 97, jawapannya mungkin takde. Ini kerana kalau minyak turun sekalipun, harga barang mana nak turun dan penjual barang tetap akan cuba cari jalan untuk naikkan harga. 

Dengan kewujudan RON 95 dapatlah pengguna pilihan yg lebih untuk petrol. Tetapi bagi persoalan tentang harga barang, kerajaan harus ada satu kaedah untuk menangkis perbuatan menaikkan harga barang. Jika tidak sia-sia sahaja.

Mungkin kaedah yg terbaik pertama sekali ialah kaedah psikologi, iaitu, petrol RON 95 guna pam label warna hijau … petrol RON 97 guna pam label warna merah, buatlah standard semua stesen minyak begitu. Ini kerana ramai yg dah terbiasa dengan perbezaan hijau/merah, walaupun minyak petrol berplumbum sudah lama pupus dipasaran.