Nizar MB semula … begitulah ketetapan mahkamah. Keputusan itu haruslah dihormati oleh semua pihak.  Selamat bertugas semula pada MB Nizar. 

Syabas juga kepada BN yang tidak memberontak dengan keputusan mahkamah tersebut. Sikap gentlemen BN memang sudah terkenal, tidak seperti ahli2 politik DAP/PKR/PAS yang akan menolak mentah-mentah sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak pada mereka.

Adalah lebih baik jika diadakan satu persidangan dewan tergempar agar demokrasi dapat diperjelaskan.  

Satu persidangan harus diadakan agar MB Nizar dapat memberikan justifikasi tindakannya. DUN hanya dipertimbangkan untuk dibubarkan oleh Sultan jika MB telah terbukti tiada sokongan majoriti secara hitam putih.