Keputusan mahkamah semalam menyatakan bahawa Nizar masih MB kerana tiada undi tidak percaya didalam Dewan …. hari ini permohonan Dr. Zambry pula diterima untuk menangguhkan keputusan mahkamah sehingga proses rayuan dapat dilaksanakan …

Maka jadinya baik Zambry ataupun Nizar kedua-dua masih tidak dapat menjalankan kuasa sebagai MB.

Ada pihak yang  berpendapat lebih baik dibubar DUN … ada juga yg berpendapat lebih baik dibuat sidang DUN supaya MB Nizar boleh diberikan undi tidak percaya … pun begitu ada satu lagi alternatif ialah menggantung DUN sehingga keputusan mahkamah dapat diselesaikan

Dalam keadaan sekarang baik Nizar mahupun Dr. Zambry keduanya tidak dapat menjalankan tugas. Tetapi negeri Perak tetap harus ditadbir … kalau pun DUN dibubar … siapakah yang akan menjadi Caretaker Goverment di Perak sementara DUN bakal dipilih semula … ini kerana kedua-kedua mereka terhalang dengan keputusan mahkamah …

Maka adalah lebih baik jika DUN Perak digantung sementara hingga keputusan mahkamah diselesaikan … dengan itu pentadbiran Perak masih berjalan … proses perundangan dapat dilaksanakan.

Walaupun kemelut politik di Perak ini nampak meletihkan, tapi adalah berbaloi untuk kebaikan rakyat supaya isu-isu perlembagaan ini dapat diperjelaskan

Itu pandangan saya ….