PRK Penanti adalah satu episod malang bila mana demokrasi dirogol oleh sekumpulan gabungan politik pembangkang untuk meneruskan momentum pilihanraya lalu menarik perhatian BN dari menumpukan sepenuh tenaga untuk memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas dek kerana kegawatan ekonomi dunia. Tidak dinafi bahawa bekas penyandang DUN tersebut, Fairus Khairuddin berhak untuk meletakkan jawatan. Namun dengan alasan dangkal “kerana mahu melanjutkan pelajaran” tidaklah wajar sama sekali.

Mereka yang didapati bersalah dibawah undang-undang, seharusnya meletak jawatan, tetapi jangan2 suka-suka sahaja meletak jawatan.  Mereka telah dipilih oleh rakyat kerana mereka juga telah menawarkan diri.

Maka dengan itu ada baiknya jika BN mengambil sikap memulaukan PRK Penanti. PRK ini hanyalah satu  drama Anwar Ibrahim untuk terus menyebarkan dakyah-dakyah karut.

BN seharusnya hanya bertanding jika terjadinya kematian pada penyandang atau jika penyandangnya hilang kelayakan kerana jenayah dsb. Jangan terikut-terikut rantak pendek akal Penasihat Umum PKR. Mereka sedang kekeringan isu.