Ketika kerajaan Perak dibentuk selepas pilihanraya, Nizar naik menjadi Menteri Besar kerana dilantik oleh Sultan, dewan tak bersidang, maka turunnya Nizarnya kerana titah Sultan juga.

Rakyat tak pilih sesiapa pun menjadi MB, MB itu adalah calon yang dicadangkan oleh parti yang mempunyai kerusi terbanyak atau sekumpulan parti-parti campuran seperti DAP, PKR, dan PAS yang mengakui bahawa mereka yang mempunyai majoriti didewan. Namun yang memilih MB adalah Sultan.

Bila seorang MB tiba-tiba mengadap untuk membubarkan dewan sedangkan dewan baru dibentuk, maka terbuktilah MB tersebut tiada sokongan majoriti. Itulah yang telah dilakukan oleh Nizar.

Jalan paling mudah untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan kembali mengadakan persidangan Dewan. Dewan perlu bersidang dengan dihadiri oleh kesemua ADUN-ADUN untuk mendapatkan penjelasan dan pengiraan bagi menentukan siapakah sebenarnya yang mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Rakyat sudah memilih, sampai bila asyik mau pilih-pilih … yg rakyat Perak perlukan ialah sebuah kerajaan yg bekerja. Malah itulah juga hasrat Paduka Seri Sultan Perak.