Malaysia ini negara yang cukup bertuah. Warganya bijak-bijak belaka. Kebijaksanaan setiap warga Malaysia cukup hebat hingga masing merasakan layak menjadi Perdana Menteri, kecuali mungkin penyokong-penyokong PKR dan PAS yang merasakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak menjadi PM.

Malah ahli UMNO sendiri pun ramai yg bijak-bijak ataupun yang perasan bijak. Mungkin ianya terhasil semenjak Tun PakLah menjadi PM kerana terlalu banyak flip-flop dan terlalu lemah terhadap tuntutan-tuntutan kecuali tuntutan orang Melayu.

Terkini pembentukan Kabinet yang baru Dato’ Seri Najib menjadi buah mulut perbualan ‘PM’ yg tidak rasmi. Antara yang menjadi ketidak puasaan hati ialah pembubaran Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi (KPUK)/MeCD. Keputusan Kerajaan meletakkan agensi-agensi KPUK dibawah Kementerian Pembanggunan Luar dan Wilayah dan MITI dipertikaikan. 

‘PM’ tidak rasmi ini ada yang mahu KPUK diwujudkan semula, ataupun agensi2nya diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Percayalah jika permintaan sebegini jika terus diminta-minta dan akhirnya Najib tunduk maka akan jadilah Najib itu pemimpin yang lemah aka FLIP FLOP.  

Adalah lebih baik jika para penyokong pro-Kerajaan, UMNO, BN memberikan peluang pada Najib untuk membuktikan kemampuannya. Kabinet yang terbaru sebulan pun belum lagi. Janganlah kita dengan mudah dihinggapi oleh sindrom aku lebih bijak. Berikan masa pada Najib untuk bertindak, malah Najib sendiri pun meminta masa enam bulan untuk dia dan kabinetnya di KPIkan, bersabarlah.